Isnin, 2 Mei 2016

1 Mei - Hari Pekerja

Hari ni 1 Mei. Hari Pekerja. Mengiktiraf peranan dan sumbangan warga pekerja dalam pembangunan bangsa, ekonomi dan negara.

Sedar tak sedar dah hampir 20 tahun aku tergolong dalam kumpulan pekerja ni. Dan dah berkhidmat dengan empat majikan.

Tamat pengajian peringkat diploma tahun 88 masa tu economic recession. Susah nak dapat kerja. Naik kebas lidah jilat stem mohon kerja dengan spa. Zaman tu takde online application lagi. Tiap-tiap pagi tunggu posmen datang. Kut2 ada surat panggilan temuduga.

Abah pun naik rimas tengok aku dok melengong di rumah. Satu hari, balik dari pekan abah bagitau abah dah carikan aku kerja di kedai singer. Ala kedai yang jual barang-barang letrik, perabut tu. Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku lagu meletop dia. Singer menawan keluarga bahagia🎢🎡🎢!

Bermulalah kehidupan aku sebagai pekerja. Gaji? $150 sebulan! 😯😯😯 Kenapa? Tak percaya? Aku pun tak percaya time tu aku boleh hidup dengan gaji banyak tu. Siap boleh bagi mak lagi tiap-tiap bulan.

Majikan kedua aku - Sinar Enterprise. Asalnya pemilik syarikat ni ejen kedai Singer tempat aku mula bekerja. Dia pujuk aku kerja dengan dia. Minta tolong sangat-sangat untuk pengurusan kedai - akaun, gaji, kertas kerja, tender. Opps! Lupa nak bagitau. Syarikat ni selain dari ejen Singer, juga buat kerja-kerja pendawaian dan pemasangan letrik. Jadi aku pun dah tau macam-macam benda tentang letrik ni. Tak sia-sia aku jadi budak sains masa sekolah dulu. Dan tak sia-sia aku ambik business studies masa di itm. Gaji? Up sikit. $300 sebulan. Mewahlah sikit. Siap boleh belikan mak set sofa rotan singer bayar bulan-bulan. Tapi kerja terukle sebab aku sorang je kena handle semua urusan syarikat.

Tahun 91 projek lebuhraya utara selatan tengah rancak. Masa tu banyak kontraktor mula operasi mereka di site. Tak tau macamana aku boleh terjebak mohon kerja dengan syarikat Jepun ni.

Kalau tak silap aku Azlin yang pernah aku tolong masa dia pergi interview nak masuk maktab perguruan di Ipoh kot yang bagitau aku ada syarikat Jepun nak cari secretary.

Aku pun cubalah. Pergi interview siap bawa resume bagai. Debarnya mengalahkan  nak masuk interview spa.

Aku ditemukan dengan project manager Mr Hiromichi Hayakawa. Dia tak tengok pun resume dan sijil-sijil yang aku bawa. Satu saja soalan yang dia tanya aku. Do you know how to type? Alamak! dan-dan aku rasa menyesal tak belajar menaip masa tunggu result spm dulu. Nak kerja punya pasal, aku angguk aje.

Dia ajak aku masuk pejabat dan dia tunjuk aku satu benda berbungkus. Dia suruh aku bukak. Tara.... mesin taip elektrik. Baru sampai dari Jepun.

Mr Hayakawa tanya aku - you know how to use this? Dia acah-acah aku suruh taip surat. Aku angguk je lah. Ketuk ketik sikit-sikit. Dia suruh aku salin taip satu surat. Siap dalam masa 10 minit. Nasib baik dia tak ikut skala 1000 patah perkataan 10 minit. Akhir cerita jadilah aku secretary to a project manager. Saliza-Mitsui Construction JV. Lepas tu baru aku tau rupanya dia pun tak tau nak operate mesin taip tu πŸ˜‚πŸ˜‚. Gaji aku $600. Wow kaya mak masa tu. Ibaratnya sekarang sama dengan $1500 untuk lepasan diploma.

Paling best kerja di syarikat ni aku dapat belajar attitude orang Jepun. Selain dari hait-hait dan san depa , depa sangat komited time kerja, kerja sungguh-sungguh tak angkat kepala selagi tak siap drawing. Yang di site, selagi belum lunch hour takkan berani tunjuk muka kat ofis.

Bos aku ada satu rutin yang aku kena jaga betul-betul. Pukul 1-2 time rehat. Bila dia tutup pintu bilik, aku tau dah dia nak tidur. Bukan tidur πŸ˜ͺπŸ˜ͺ yang kroh kroh gitu. Just 10-15 minutes nap. So aku kena tapis semua incoming calls untuk dia. Yang bagusnya cukup 15 minit mesti dia bangun sendiri. Senang kerja aku, tak payah nak gerak diaπŸ˜€.

Lagi satu peel dia jangan suka-suka nak ubah apa yang dia buat. Main task aku adalah taip surat. In english. So bos aku akan draf surat. Pas kat aku. Aku taip. Dah siap, aku kena hantar surat yang aku taip sekali dengan draf surat yang dibuatnya. Dia akan check word by word.

Kalau aku tukar satu perkataan pun confirm dia perasan. Bila dia angkat muka je tengok aku dengan pen dia tekan-tekan kat perkataan tu, aku tarik nafas panjang-panjang sambil salawat banyak-banyak.

Nak-nak bila dia tanya - Haniza san, why did you change this? Dengan suara garau dia. Tapi dengan penuh yakin aku jawab - the word you wrote earlier was a noun. The right word should be a verb. Cewah macam cikgu orang putih je aku jawab.

Tapi jangan ingat senang-senang dia akan terima penjelasan aku. Tau apa dia buat? Dia akan buka kamus english-jepun dia. Dia check perkataan yang aku tukar tu. Kalau betul dia akan ucap terima kasih terangguk-angguk - thank you very much haniza san, sebab dia belajar satu makna yang baru dan dia akan highlight perkataan tu. Maknanya dia dapat satu pelajaran baru. Tapi kalau kau salah, siaplah kau, dia tulis nama kau sekali dengan kesalahan yang kau buat dalam buku nota kecik dia. Tapi aku yakin 110% tiap kali aku buat correction kat draf surat dia sebab cikgu english aku ajar aku dengan cukup baik. Terima kasih pada cikgu english aku di MGS Mrs. Hee dan Mrs. Leong di UKM yang mengajar aku hingga aku dapat menguasai english dengan baik dan berjaya betulkan grammar bos aku. Project manager tuπŸ˜€.

Staf yang dia bawa dari jepun muda-muda masa tu. Mr K. Nakano, Mr. M. Miura dan Mr. Hirofumi Kawada. Lagi satu pantang orang jepun dalam bekerja, kalau dia minta kau tolong buat sesuatu yang di luar skop kerja kau, do not simply say no. Dia akan ingat sampai bila-bila dan confirm bonus πŸ’°πŸ’°πŸ’°kau tak sama macam orang lain dapat.

Hampir 2 tahun aku kerja di syarikat ni. Dari gaji aku $600 dinaikkan ke $900 bila bos tau aku nak pergi temuduga SOCSO di Pusat Bandar Damansara. Aku baru je nak pergi interview bos aku dah gabra takut aku berhenti kerja ngeh ngeh ngeh πŸ˜‚πŸ˜‚! Dia siap tanya aku kenapa apply kerja lain. Gaji tak cukup ke? Aku dengan naifnya jawab gaji okay. Tapi aku kena ada plan B sebab bila siap projek ni syarikat akan bungkus. Pindah project site lain pulak. Bos ada offer aku ikut dia next projek di Filipina. Mak oii! Bagai nak luruh jantung aku masa tu. Bagi seorang anak felda masa tu bila dengar nak kena kerja kat oversea memang tak lah. Sebab tu aku kena sediakan plan B to make sure I will continue working lepas projek ni siap πŸ˜“

Tahun 1992 keluar iklan tawaran biasiswa tenaga pengajar Politeknik untuk lanjutkan pengajian di peringkat degree. Kak normala suruh aku cuba mohon. Disebabkan memang cita-cita aku nak bergelar pendidik aku pun mohon (masa ni aku tak cerita pun kat bos aku atau hr manager). Ops lupa nak bagitau. Lepas tamat spm aku pernah mohon nak masuk maktab. Tapi tak berjaya. Allah swt tau aku tak sesuai jadi cikgu budak sekolah. Sepatah kata kawan aku masa sekolah (sekarang Dr Norliza di UiTM SA) - kalau aku tau niza jadi cikgu kat sekolah tu aku tukar anak aku ke sekolah lain. Huhuhu teruknya aku kan😩. Dan pengalaman mengajar tuisyen ejaan budak tadika anak jiran mak dengan terang lagi bersuluh menunjukkan aku tak layak jadi cikgu. Sebabnya? Aku tunjuk gambar obor kat dia. Aku ajar dia eja O-b-o-r dengan bunyi sekali. Dia ikut dengan penuh semangat. Lepas tu dia sambung o-b-o-r = api. Adoi nak pengsan aku gelak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ kesedihan kerana anak muridku gagal.

Nak dijadikan rezeki aku berjaya dalam temuduga tu. So aku memulakan kembali alam pengajian di UKM dan seterusnya sambung pengajian di peringkat sarjana di ITTHO Batu Pahat.

Tahun 1999, 4 Januari aku melapor diri sebagai guru sandaran terlatih di PSA. Dari sinilah timbulnya idea aku namakan blog aku diaricikgu99. Kini dah hampir 17 tahun aku bergelar pendidik dalam sistem Politeknik. Dan kini aku di sini di PMM meneruskan khidmat mendidik anak bangsa. InsyaAllah panjang usia sihat tubuh badan aku akan terus berkhidmat hingga bersara. (Sign 58 tapi tak tau lah kut-kut bersara awal☺).



pstt: punyalah panjang ceritanya sampai makan 2 hari nak mengarang.

So I wish my ownself Happy Belated Workers' Day (tak nak guna perkataan labour sebab depa samakan dengan minyak cap b----!)

Tiada ulasan: