Jumaat, 30 September 2011

EXPLORACE


Alhamdulillah, setelah lama tidak menganjurkan aktiviti luar kelas untuk pelajar, hasrat terpendam sekian lama terlaksana sudah kelmarin, Rabu 28.9.2011.

Idea menganjurkan explorace saya utarakan kepada ajk kelab, bersempena sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia. Dek macam-macam rintangan dan halangan, ianya hanya dapat dilaksanakan selepas sambutan berkenaan. So temanya pun kena tukar, Cabaran Pasca Merdeka. Peserta 145orang. 29 kumpulan. 20 urusetia. Saya kata pada Naim, kita kena catat dalam PSA Guinness Book of Record ni!

Puas juga ajk kena torture dengan saya, nak memenuhi prinsip dan objektif penganjuran aktiviti. Saya tekankan cabaran yang diketengahkan mestilah mencakupi 3 aspek - kognitif, afektif dan psikomotor. Ternganga mulut tiap ajk bila saya sebut kognitif, afektif dan psikomotor. Cik Azani selaku penasihat kelab, senyum aje di hujung meja. Puas kena marah bila soalan cabaran tak memenuhi ALO/PLO program!

Sehingga jam 1.30 tengahari hari aktiviti akan dilangsungkan, saya menghempas-pulaskan semua ajk, nak memastikan semua persediaan, peralatan dan worst case scenario, telah diambilkira. Sementelah Azani tiada kerana berkursus di luar, nak tak nak, mereka kenalah tahan dengan saya. Sampai ambil anak balik dari sekolah pun kena sub kat kawan (thanks Che Ta). Selebihnya saya serahkan pada Allah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Last minute, saya berjaya memujuk plus memaksa beberapa rakan pensyarah untuk join. Alhamdulillah dengan semangat waja, berbekalkan selipar jepun wakaf surau pensyarah, berbaju kurung, berterompah, mereka berjaya mengatasi anak-anak murid yang jauh lebih muda. To Haza, Hana, Shima, Lin dan Jem, thank you very much, for joining the games.

Lihatlah aksi-aksi peserta dalam menghabiskan semua cabaran demi 10 buah hamper!






Flag off by KJ








Melekat mata-mata ikan di sekeliling kelopak bunga raya.





Menggubah tanjak. jangan tak tau, ada peserta yang gubah tanjak berbentuk topi baba dari Cina.




cantum gambar PM ketiga. banyak yang siap, gambar Tunku. Kata peserta, kami nak cepat, janji gambar complete.






Prinsip Rukunegara. Semua peserta boleh jawab. Agaknya masa sekolah dulu kita dah selalu nyanyi Rukunegara!


Team pensyarah-pensyarah yang sporting!









Check point terkahir, pengiraan markah.







 Sesi rehat sebelum penyampaian hadiah.










Pemenang saguhati

Tempat ketiga


 
Naib Johan

Johan.


Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sabtu, 10 September 2011

MAK

Pagi tadi hantar Yani ke kelas tambahan di sekolahnya, cikgu-cikgunya masih bersemangat berjuang habis-habisan mempersiapkan murid-murid menduduki UPSR minggu depan.

Balik ke rumah, saya bersenam memunggah pasu-pasu bunga, make over taman mini depan rumah. Lelah juga dibuatnya angkat pasu ni, ubah ke tempat lain, susun batu-batu kerikil. Mujur cuaca redup dan gerimis.

Jam 12 saya ke sekolah semula nak ambil Yani. Sampai di lampu trafik di simpang Politeknik, sambil queue tunggu lampu hijau, dari jauh saya terpandang seorang perempuan mendekati lepas satu kereta ke kereta yang lain, sambil menunjuk sekeping gambar, dan jarinya memegang dahi sambil mulut terkumat kamit. Fikir saya, dia mencari orang hilang. Bertanya kalau-kalau ada sesiapa ternampak orang dalam gambar tersebut.

Saya tunggu dia mendekati kereta saya. Lampu dah bertukar hijau. Melepasinya saya memperlahankan kereta, berkongsi rezeki yang ada sambil mata saya mencuri pandang gambar yang dipegangnya. Rupanya gambar seorang anak lelaki, yang cacat, bertongkat. Rasa saya akibat penyakit saraf.

Allahhuakbar. Saya insaf sendiri. Itulah ibu, mak, mama, ummi dan apa jua panggilan dan gelaran yang setara dengannya. Hilang rasa malu. Tolak ke tepi penat dan bahayanya dia menyusuri jalan-jalan. Demi seorang anak.

Terkenang  mak di kampung.

Waktu saya melahirkan anak sulung, mak sanggup menumpang di surau hospital menunggu saya dari malam membawa ke pagi, hingga saya selamat melahirkan.

Tahun pertama saya di UKM, dengan berbekalkan duit biasiswa sahaja (selepas berhenti kerja untuk sambung belajar), saya tak memikirkan perlunya saya berbaju baru di hari raya. Tapi sebak di hati Allah saja yang tahu, bila balik ke kampung, mak menyerahkan sepasang baju kurung yang dah siap berjahit.

Satu pagi anak sulung saya merengek nak makan cucur udang, tapi tak nak campur bawang atau sayur. Saya buatkan. Sedang leka menggoreng cucur tersebut, tiba-tiba ia meletup. Dan minyak panasnya mendarat ke serata muka saya.

Mak, yang ketika itu sedang berada di bilik air membasuh kain, berlari tanpa memikirkan dirinya terjatuh, mendapatkan saya, mengelap muka saya dan menyapu minyak gamat ke serata muka. Katanya takut berparut, nanti nak mengajar muka dah cacat, anak murid pun takut tengok muka pensyarahnya (masa tu saya sedang belajar di ITTHO dalam sarjana pendidikan). Bergenang airmata saya. Begitu sekali prihatinnya mak pada saya.

Hari ini, mak masih mak yang dulu. Penuh prihatin walau dalam serba tidak upaya. Masih berusaha menggagahkan diri menjenguk ke dapur untuk memasak sejenis dua hidangan untuk anak cucu, walau kami semua melarangnya.

Masih tetap mencuri-curi  melihat anak cucunya dalam gelap, yang tidur bergelimpangan di serata rumah bila semua serentak balik pada hari raya. Berselimut ke tidak? Cukup tidak bantalnya?

Puas dipujuk, agar mahu tinggal bersama anak-anak, mak tetap dengan dirinya. Betah tinggal di kampung. Tak usah risau, katanya. Tapi pagi saya nak pulang ke rumah selepas cuti hari raya, mendapatkan mak, mencium tangan dan pipinya, menitis airmatanya sambil tersedu. Tak terbaca saya gelora hatinya. Sementelah mak tidak berupaya lagi bersuara seperti dulu.

Mak, saya sayang mak. Saya rindu nak dengar suara mak macam dulu.


Jumaat, 9 September 2011

TERIMA KASIH CIKGU

Kembali dari de Palma 12.00 tengah malam Rabu, sampai di rumah, unpack barang serba sikit, terus tertidur. Sebelum tu set alarm dulu jam 4am nak bangun sahur, puasa sunat sempena solat hajat di sekolah Yani hari Khamis nanti.

Nama pun manusia, saya terlajak bangun jam 6am. Maknanya terlepas waktu nak bersahur. Alhamdulillah saya berjaya melalui hari semalam.

Sibuk itu ini di pejabat, meeting dengan AJK Kelab DPM clock out jam 5.30. Sedang memandu balik, Nurul called.

Hang nak pi sekolah pukui berapa?
7 kut, saya balas.
Anak aku kata kena sampai before 7.
Tak apalah lambat sikit. Nak kena cari kuih sikit nak bawa ke majlis tu.
Kena bawak ke? suara Nurul dah menunjukkan riak risau.
Saja je nak tambah-tambah.
Aku nak bawak apa, nak masak sure tak sempat.
Hang pi la beli pisang emas 2,3 sikat.
(So malam tadi Nurul datang dengan 3 sikat pisang)

Singgah di TTDI beli kuih, terserempak dengan KJ. Pun inti perbualannya sama, sekolah anak-anak masing-masing menganjurkan solat hajat untuk UPSR.

Tok tek tok tek, saya sampai rumah pukul 6. Minta adik tolong uruskan apa patut. 6.45 we (saya dan dua anak dara) went off ke sekolah. (Kesian adik saya, dia datang dari kampung, transit di rumah saya sebelum balik ke UUM malam tadi. Dek kakaknya sibuk benar, terpaksa minta tolong adik lelaki saya hantarkan dia ke stesyen bas, sebab perjalanannya jam 10.30, khuatir majlis tu habis lewat, dan memang lewatpun).

Saya datang ke majlis solat hajat itu selaku ibu (walaupun pada masa yang sama saya juga seorang pendidik). Rasa macam majlis terbuka hari raya. Penuh kawasan kantin dengan murid-murid tahun 6 serta ibubapa, dan pastinya guru-guru. Dan dewan sekolah penuh dengan hadirin menunaikan solat hajat hingga ke akhir majlis.

Rasa sebak dan terharu, mengenangkan pengorbanan guru. Sempat bersembang dengan guru kelas anak saya yang bongsu, tinggal lebih jauh dari rumah saya. Sarat mengandung, datang dihantar oleh suami. Nampak kereta cikgu depan saya tadi, cikgu tinggal di mana? saya berbasa-basi.
Pristana. Dah setahun minta tukar sekolah, tapi tak dapat. tahun ni nak cuba lagi.
Dalam hati saya berbisik, jelas dari kata-katanya kelelahan nak datang malam-malam, walau beliau tidak mengajar murid tahun 6, masih menghadirkan diri atas komitmennya terhadap tugas dan amanah.

Setinggi penghargaan kepada semua guru-guru, terutamanya guru-guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam. Atas pengorbanan tenaga, masa, wang ringgit yang mereka curahkan kepada anak bangsa. Tak terkecuali mereka menumpahkan kasih dan sayang terhadap anak-anak kita, yang kadangkala kita selaku ibu/bapa tanpa sedar, terlupa yang anak-anak kita perlukan kehadiran dan kasih sayang kita.

Moga mereka dilimpahi berkat dan iradahNya.


"A hundred years from now, it will not matter what kind of car I drove, what kind of house I lived in, how much money I had in the bank...but the world may be a better place because I made a difference in the life of a child." -- Forest Witcraft

TERIMA KASIH CIKGU.

Khamis, 8 September 2011

SINAR SENJA



Kata ramai orang, jangan siakan usia muda. Masa muda ni lah kena enjoy, kerja kuat, kumpul harta.

Masa muda juga semangat berkobar-kobar, hasrat dan impian meluap-luap.

Mengimbau kembali ke 13 tahun ke belakang, waktu mula melapor diri di PSA. Semangat dan iltizam nak jadi pendidik yang 'berjiwa' pendidik sangat meluap-luap. Adakalanya terbabas juga dari landasan.

Bila dikenang semula, kerapkali saya bersikap 'terlalu' dalam banyak perkara. Tegas dengan pelajar. Mengambil serius semua perkara (walaupun ramai orang kata itu cuma perkara kecil).

Tapi selari dengan masa, makin menginjak usia, 'kelelahan' mula mengintai diri. Bukan dek merosotnya semangat dan iltizam seorang pendidik. Tidak juga dek persekitaran yang mengalami banyak perubahan.

Makin meniti usia senja, saya perlu menyeimbangkan banyak perkara.

Berlaku adil pada tubuh badan, deria dan segala pancaindera yang dipinjamkan Allah.

Menjaga hablumminannas dan hamblumminAllah dengan lebih tertib dan teliti.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan saya kekuatan, kesabaran, ketakwaan, keimanan dan ketekalan hati dan jiwa bagi meneruskan hidup selaku khalifahNya dalam usia yang masih bersisa.

Pada usia muda, semangat berkobar bak sinar mentari pagi. Merangsang dan membakar jiwa dan raga untuk berbakti sesuai dengan fungsi dan amanah.

Harapannya agar di usia yang makin meniti senja, saya mampu menyinari dengan sinar yang menyejukkan dan meneduhkan dalam kecantikan budi dan jiwa, sebagaimana cantiknya sinar mentari di kaki senja.

InsyaAllah.









Matahari senja jam 6.30 petang dari jendela de Palma Ampang.
Masih menyinar dalam keteduhan rupa, walau dilindung awan.

SEMOGA BERJAYA

Hari ini saya kembali bertugas setelah selesai urusan tugasan di luar.

Terlepas beberapa kejadian di jabatan kelmarin, hari ini mata terpesona melihat keanggunan rakan-rakan dalam suit yang cantik, bersedia mengggalas amanah dan tanggungjawab serta harapan untuk mengharumkan nama organisasi dalam pertandingan Konvensyen KIK peringkat negeri Selangor selepas berjaya menduduki tempat ke 3 (kalau tak silap saya) di peringkat Politeknik seMalaysia sebelumnya.

Terbiasa dengan nilai dan budaya kerja di sini, saya sangat percaya, mereka telah penuh bersedia dengan bahan pembentangan. Sementelah melihat komitmen mereka sebelumnya. Kalau tak dicongak pun apa persediaan teresbut, saya percaya umum boleh mengagak, melihat kepada kesepaduan dan kebersamaan mereka dalam memilih corak dan fesyen suit mereka. Sepatah kata Aya, diaorang semua kena ikut corak dan fesyen yang Aya muat kak.



Aya, Rita, Ani, Pn. Rubiah, Dila dan Tasya (Tiada dalam gambar : Haza dan Shima)

Kepada mereka semua, doa kami mengiringi perjuangan anda!

Selasa, 6 September 2011

SAMA TAPI TAK SERUPA

Dalam kesibukan mengejar masa sebelum check in di De Palma petang ni, sempat singgah di unit DIN untuk copy, saves files dan bakar ke cd.

Ralit menanti mesin tu buat kerja, mata terpandang kawan-kawan berbaju biru.

Lihatlah hasil di lensa kamera saya yang tak berapa nak vogue.

Agaknya apa caption yang paling tepat untuk foto ini ye?

Macamana kalau saya letak CARI LAPAN PERBEZAAN? Okey tak?



Foto 1


Foto 2

Kalau tak dapat cari, sila lihat skema jawapan di bawah!!!



























































SKEMA JAWAPAN

Perbezaan 1:
Foto 1 : Ada seorang berdiri
Foto 2 : Semua duduk


Lagi 7 perbezaan, fikirlah sendiri ye!










Isnin, 5 September 2011

SEPAGI DI TAMAN BOTANI

Semalam, usai menyudahkan urusan anak sulungku di Selayang, kami ke Taman Botani Perdana.

Becok Ikmal bertanya macam-macam. Macamana mama tau tempat ni? Mama pernah datang tak? Along, kakak pernah datang sini tak? Letih melayan soalan-soalannya yang tak putus-putus. Hingga alongnya kata, boleh tolong tak, tolong diam. Apa lagi berkeriaulah dalam kereta, saling berjawab. Maknya sabar ajelah sambil memandu sepanjang Jalan Kuching.

Sesat juga dalam kawasan taman tu. Maklum tak pernah sampai. Siap memarkir kereta, kami mencari port untuk isi perut dulu. Bekal nasi lemak dari rumah. Ikmal teruja melihat pasangan pengantin Cina bergambar di sekeliling taman. Bukan sepasang, berpasang-pasang.

Lagilah becok mulutnya bertanya, mama dulu masa kawin tangkap gambar macam ni ke? Kat taman mana? Siap dia membandingkan pasangan mana yang secocok, mana yang tak sepadan.

Dia yang paling teruja, nak main tu, nak naik ni. Masuk gelungsur yang berbelit-belit. Saya yang risau, takut dia tersangkut kat dalam tu.

Jarang kami outing bersama ke tempat-tempat riadah macam ni. Kebetulannya anak-anakku mewarisi tabiat emaknya, homely type. Apapun, aku puas. Dapat meluangkan masa walau seketika, melarikan diri dari buruan kerja. Tak pernah kami beraya di taman rekreasi. Tapi tak mustahil juga kami akan mengulanginya lagi, kalau ada usia di tahun-tahun mendatang.




Kak Lang pening fikir minggu depan nak UPSR. Moga dia berjaya dan Allah memberkati usahanya.




Ikmal dan Kak Lang, dekat, mesra tapi acapkali pantang tersentuh.



Anak teruna @ bujang saya.