Sabtu, 30 April 2016

Berhati-hati di lebuhraya

Program perasmian mobile ctc di merlimau sentral selesai jam 12.

Kak lang selesai program motivasi spm di smk dang anum jam 12.30.

Balik rumah-makan-solat-rehat kejap, jam 2 gerak balik ke shah alam.

Alhamdulillah oleh kerana perjalanan kami menongkah arus, lebuhraya clear. πŸš˜πŸš•πŸššπŸšŒ tak banyak seperti yang menghala ke selatan.



Dari ayer keroh lagi dah nampak deretan kenderaan bergerak perlahan. Menyusuri lebuhraya ke arah utara, rupanya deretan tadi bertali arus dari senawang.

Singgah isi minyak di ⛽petron r&r seremban. Minggu lepas tak banyak kereta yang singgah. Tapi hari ni boleh tahan.

Inilah rakyat Malaysia. Kuat jiwa dan hatinya terikat dengan kampong halaman. Pantang cuti panjang sikit, lebuhraya takkan kosong. Dengarnya lebuhraya dari kl ke utara dah sesak sejak pagi tadi.

Dalam keriangan memandu sambil membayangkan lambaian desa, jangan abaikan keselamatan. Rancang perjalanan anda. Bagi yang membawa anak-anak kecil, sediakan bekalan makanan ringan. Siapa tau berlaku kejadian tak diduga. Dan kita tersangkut berjam-jam dalam kesesakan.

Jam 3.30 menyusur keluar ke klia tiba-tiba trafik terhenti. Alamak hati dah berkata-kata. Jem pulak ke. Rupanya jentera πŸš’ berhenti di laluan paling kanan membantu mangsa kemalangan di sebelah sana lebuhraya menghala ke nilai.

Sempat mengintai dari cermin kereta. Teruk juga. Remuk habis sisi kanan kereta dari belakang ke depan. Mudah-mudahan semua mangsa dapat diselamatkan. Sebab dalam jarak 7km dari tempat kejadian, πŸš‘ tersangkut dalam kesesakan! Kenderaan bertali arus sesak dari klia ke bandar saujana putra. Panjang tu.

Alhamdulillah jam 4.30 kami selamat sampai di teratak budiman. Home sweet home🏑😍

Tiada ulasan: