Sabtu, 27 Ogos 2011

DAH BALIK

Apa yang terjadi pada kita, acapkalinya tanpa kita duga.Walau bagaimana berhati-hati pun kita, malang tetap tak berbau.





3 minggu berpuasa, Unser saya tinggal di bengkel kereta, setelah dilanggar dari belakang. Oleh adik-beradiknya sendiri, Vios. Nampak kerosakan luarannya tak teruk. Tabi bleeding kat dalam yang lebihnya. Auto lock dan sensor system disfunction. Ikut perkiraan insurans, dekat 4k juga kos membaikpulihnya.

Dan 3 minggu juga saya berkelana meneruskan hidup dengan Unser kawan saya, Za. Terima kasih banyak-banyak atas persetujuannya dan suami meminjamkan saya Unsernya.

Semalam, Unser saya dah keluar dari bengkel. Nampak baru. Cat metaliknya di pintu belakang dan bumpernya terlebih kilat dibandingkan dengan lain-lain sisi badannya (walaupun setelah di polish). Bak kata Tuty, tu lah akak, ada hikmahnya kereta kau kena langgar. Kalau tak tentu kau tak buat apa-apa dengan kereta kau, kan?




Petang semalam, Rose datang ke rumah. Rose, cikgu yang melanggar kereta saya. Datang untuk berkongsi menanggung bayaran baiki kereta saya. Di samping meminta maaf kerana kealpaannya. Rupanya, dia dah 3 kali mengalami kemalangan kereta, 2 kali dilanggar kereta orang. Dan kali ini melanggar kereta orang. Apapun, pada saya tak rugi memaafkan.

Tapi, saya rasa tak sedap hati, sebab Unser saya jadi pendiam. Puas saya memikirkan kenapa dia berperangai pelik sejak balik dari bengkel. Marahkan saya ke? Saya called technician yang incharge kes saya. Bahrun, kenapa kereta akak senyap aje bila akak tekan remote? Tak ada bunyi, tet tet. Puas pulak Bahrun memikirkannya. Sebab siren tu kat depan kereta. Yang kena langgar belakang kereta.

Over the phone, penat nak memikir kemungkinan-kemungkinan yang tak jelas, saya kata tak apa lah. As long as dia boleh kunci dan bukak, kira ok. Tapi kalau dia jam, akak hantar balik ke Toyota.

Unser saya dah balik, dan akan ikut saya balik kampung hari ni nak beraya di kampung. Saya dapat dua kenalan baru, Rose dan Bahrun. Dan saya dapat seorang calon untuk program outsourcing DPM. Bahrun akan saya jemput untuk beri seminar tentang claim insurans kepada pelajar saya lepas raya nanti (walaupun mulanya dia menolak sebab tak pandai nak mengajar katanya!).

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.