Rabu, 18 Mei 2016

Moh kita bersukan..... Part 1

Hebohnya lama dah. Diwar-warkan sukan dalam kalangan staf. Dianjur oleh KSK. Penyelaras jabatan, Hoirie pun dah lama berkempen. Mencari calon-calon ahli sukan. Wakil jabatan.

Macam-macam sukan dan permainan. Indoor and outdoor. English games - dixit, catan, what say you, apples to apples, scrabble. Catur dan carom. Permainan padang - petanque, bola tampar dan futsal. Serta bowling.

Hebatnya anak-anak buah aku, tak perlu disuruh. Tak payah digertak. Sangat sporting, proaktif dan komited. Sentiasa ada volunteer. Saling ajak-mengajak. Dorong-mendorong. Hasil pimpinan kj-kj terdahulu. Aku je depa tak pelawa. Agaknya sebab age gap yang jauh dengan depa, depa pun tak confident nak suruh aku main ๐Ÿ˜ญ. Excited nak main, dengan muka tak ๐Ÿ™ˆ, aku mencalonkan diri aku sendiri.

Aku, bab-bab sukan fizikal tengah padang ni, memang kurang minat (ke sebab tak pandai main?). Pernah cuba main bola tampar, tergeliat pergelangan tangan. Futsal? Memang idakle. Mau semput ngejo bola tu. Pernah main petanque. Memang no 3 itupun mungkin nasib aje. Bowling-semedang masuk longkang๐Ÿ˜“.

Sebab nak bagi moral support kat anak buah, aku calonkan nama sendiri untuk main scrabble. Perasan macam baguih je english ngeh ngeh๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€.  Belasah je la. Janji ambik bahagian. Kali terakhir main benda ni 30 tahun dulu.

Mainnya idakle susah beno pun. Bina perkataan dalam english. Tapi aku kalau bab-bab ada markah ke, poin ke, memang senak perut dibuatnya. Bukan apa. Takut kalah. Nak-nak pulak sendiri offer diri bawa maruah jabatan. Mau tak debo dibuatnya. Alhamdulillah, akhirnya selepas 1 jam pertarungan, aku menang johan kumpulan 2 dan naib johan keseluruhan. Fuh! ๐Ÿ˜ฅ Lega teramat. Kalau tak malu oo๐Ÿ™ˆ.

Keputusan pertandingan hari 1:
Tempat pertama : Dixit - Siti Najdah
Tempat kedua : Scrabble - aku le๐Ÿ˜€
Tempat kedua : Catan - Nisrina
Tempat ketiga : Catur (p) - Norlina
Petanque mampu bertarung hingga suku akhir.

Para penyumbang medal untuk JP hari ini.

Team petanque. Kita pose dulu sebelum wisel pemula.

Aksi wira dan wirawati JP. Penuh gaya dan wibawa.

Hari ni, first time dengo games dixit, apples to apples
what say you☺


Esok, pertarungan diteruskan dengan bola tampar. Di group whatsap, heboh dema kempen pakai baju biru. Kalau tak menang pun, at least menang gaya kata dema. Apa-apa ajela kome. Janji bahagia๐Ÿ˜‚.

Nanti kita sambung part 2, 3 & 4 ye☺.

Tiada ulasan: