Ahad, 12 Oktober 2014

PicoSA 2014

Rabu 1 Oktober 2014 - 4 ptg


Rahida :
Kak saya nak bagitau akak, kumpulan projek akak telah dipilih untuk menyertai  pertandingan projek pelajar semester akhir pada 9 Oktober 2014.

Ni garispanduan penyertaan. Tapi yang paling urgent, kena sediakan abstrak kajian dalam BI dan emel ke urusetia JKE latest Jumaat ni.

Saya tegok aje dia. Fikiran agak blur tak boleh nak tangkap apa yang dikatanya.


Saya :
Siapa yang buat keputusan kumpulan mana yang masuk? Kriteria pemilihan?

Rahida :
Dr Wan yang pilih sebab dia yang ajar kelas DPM6A. Apa-apa hal akak deal dengan Dr Wan ye.


Sebaik Ida berlalu, saya call wakil kelas, Syiqin tolong call Fatin, jumpa saya sekarang.

5 minit kemudian Syuhaidah muncul.

Saya kata pada dia, jangan tanya saya apa-apa. Cuma dengar apa saya nak bagitau.

Your group has been chosen to participate in the project competition next week. So I need the 4 of you to come and see me tomorrow early in the morning.

Syuhaidah angguk tanpa soalan.



Khamis 2 Oktober 2014 - 8 pagi

Pagi-pagi lagi 4 gadis Malaysia - Fatin, Syuhaidah, Izzati dan Carol muncul tercongok depan saya.

Saya terangkan pada mereka duduk perkara, apa yang perlu dibuat dan apa yang kena dibuat.

Panik juga budak-budak tu termasuklah saya sekali sebab banyak benda nak dikejar, termasuk nak balik cuti raya haji.

Translate abstrak, sedia slide presentation, reka poster size AO yang perlu dicetak segera dan macam-macam lagi.


Jumaat persediaan sedikit tergendala bila saya terpaksa ambil cuti kecemasan. Tapi sempat datang pejabat jam 3, sediakan abstrak emel pada Kak Zie dan minta tolong semak dan emel ke urusetia.


Selasa depannya selepas cuti raya barulah kelam-kabut semula. Itupun Rabu pagi baru siap poster pameran. Petangnya pulak bersama pelajar menyediakan tapak pameran. Mujur tak banyak yang nak dibuat sebab kajian mereka lebih berbentuk konsep dan teoritikal.

Khamis 9 Oktober 2014 - PicoSA 2014 berlangsung. Macam-macam pesanan ditinggalkan pada mereka. Apa yang perlu diterangkan tentang kajian. Macamana nak jawab kalau penilai tanya macam ni macam tu. Akhirnya saya kata All the best. Apa-apa pun anda semua dah menang kerana menyahut cabaran memasuki pertandingan ini. Puas menunggu dari pagi di dewan untuk penjurian, jam 12.30 Syuhaidah hantar mesej - Puan kami dah selesai penjurian. Penilai tanya sikit je puan.

Petang jam 3 acara penyampaian hadiah berlangsung. Alhamdulillah, kumpulan saya memenangi pingat emas dan tempat ketiga bagi kategori Jabatan Perdagangan. Mereka pun tak sangka bila dijemput ke pentas menerima hadiah. Seronok melihat mereka naik pentas menerima hadiah kemenangan cukup bermakna buat saya selaku penyelia. Saya tanya apa perasaan mereka - mereka kata seronok sangat. Alhamdulillah, itulah makna sebuah kejayaan.

Kepada Fatin, Syuhaidah, Izzati dan Carol - congratulations. You are awesome kerana sanggup menerima saya selaku penyelia anda.

 
Bersama Pelajar Kumpulan seliaan & Ketua Jabatan
Pemenang Pingat Emas tempat Ketiga DPM 6A


Booth pameran yang sangat ringkas. Konsep : Less is more!

 Pemenang Pingat Emas tempat Pertama
Pn Noor Izyana dan Kumpulan DPR
 
 
 
Pemenang Pingat Emas tempat Kedua DIN
 

Pn Suria dan Kumpulan DPR
 
 
Pn Tuty dan Kumpulan DPI
 
Kumpulan DIN

Kumpulan DPM6B
 
Our students are our future leaders. We are proud of you!!!



Jumaat, 26 September 2014

BICARA ILMUWAN




Orang yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu Nampak salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus


Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias


Tidak solat punca utama perceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat, in shaa Allah bahagia" - Ustaz Don Daniyal


Selalulah solat berjemaah walau payah macamana sekalipun, boleh jadi Jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus


Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat. - Ustaz Haslin Baharin


Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa kemudian baru bangun. - Al-Habib Ali Zainal


Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. - Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


Jagalah solat anda, kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya. - Sheikh Abdullah Jahaf


Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - Ustaz Dasuki Rani


jangan cakap " Pergi solat. Kalau tak masuk api neraka". Tapi cakaplah "Jom solat. Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama" - Tuan Guru Harun Din


Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol





Rabu, 24 September 2014

UNLOCK YOUR LUCKY BOX


Minggu ni dah minggu kuliah ke 13. Pejam celik, pejam celik dah nak habis sesi perkuliahan Jun 2014. Maknanya ada 2 minggu lagi untuk habiskan semua kerja berkaitan - kuliah, tutorial dan kerja kursus pelajar.
 
 
Mengajar kursus Organizational Behavior - kursus yang penuh dengan teori, konsep dan prinsip, kadang-kadang letih juga memikirkan pendekatan penyampaian yang dapat menarik perhatian dan menggalakkan penglibatan pelajar.
 
 
Jadi, untuk tutorial minggu ini saya rangka kuiz tapi tak nak yang berbentuk konvensional - pen & paper quiz. Puaslah sepetang semalam godek-godek komputer - create file, copy and paste, dan hyperlink. Dah siap, kena test run dulu, takut-takut tersalah jawapan. Alhamdulillah siap.
 
 
Hari ini kelas jam 8 pagi. Dah pesan pada pelajar dalam kelas yang sebelumnya, kelas yang berikutnya kita akan buat tutorial. Masuk kelas pagi ni saya kata kita akan buat kuiz. Apalagi 'bising' lah semua 34 gadis-gadis pelajar (pelajar saya DPM6A semuanya gadis!).
 
"Tak acilah puan. Hari Isnin puan kata nak buat tutorial aje. Hari ni pulak buat kuiz" macam-macam bunyi, komplen ada. Sebabnya, depa ni kalau kata ada kuiz  mesti suspen dah.
 
Saya beri taklimat ringkas macamana kuiz ni akan dilaksanakan :
1. Bentukkan 3 kumpulan
2. Setiap pelajar akan menjawab soalan mengikut giliran
 
 
 
 
 







Seronok melihat telatah mereka menjawab soalan. Beriya-iya dan bersungguh-sungguh nak pastikan jawapn mereka betul. Siap google nak cari maksud inadequate. Kawan-kawan kumpulan tolong semak nota cari jawapan yang tepat.

Jawapannya senang aje - samada TRUE atau FALSE, tapi puas juga nak menunggu mereka menekan butang jawapan. Layan ajelah. Kumpulan yang lain jadi Mat Kacau, cuba mengelirukan kumpulan lain. Kalau jawapan mereka betul, ahli kumpulan bersorak. Tapi kalau salah, ahli kumpulan lain tolong sorak!

Kumpulan 3, ada seorang pelajar berkeperluan khas. Turn Ilya jawab soalan, ahli kumpulan sporting, siap belajar bahasa isyarat nak bagi clue TRUE atau FALSE. Dan jawapan Ilya betul. Pandangan mata saya tertangkap pada tingkah Adawiyah yang bersungguh-sungguh menggoyangkan tangan. Saya kata awak nakal ye. Tapi Ada balas, puan, saya sorak gembira untuk kumpulan 3 tapi guna bahasa isyarat!

Akhir sesi, semua kumpulan mendapat markah seri - 9 / 12 = 75%. Well done. kalau ikut gred exam 75% = A-. Okaylah tu kan.

Terima kasih kepada anda semua DPM6A.


You are awesome. See you in your next project tomorrow - BAZARIA AMAL.
 
 
 
 
** Nampaknya pagi-pagi esok, saya kena cucuk ATM !!!


Isnin, 15 September 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Hari ini, sehari lagi, sebelum Malaysia menyambut ulangtahun Penubuhan Malaysia yang ke 51. Dan kita masih lagi meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia ke 57.

Tema sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.  Harapnya menyentuh dan menggamit rasa semua rakyat Malaysia, yang cintakan negaranya.

Cinta yang membawa pelbagai pengertian dan maksud.

Cintakan Negara. Cintakan keamanan yang dikecapi kini. Cintakan perpaduan yang menyatukan kita semua sebagai satu bangsa yang merdeka, jiwa dan minda.

Tema ini, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, menggamit saya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang sangat membahagiakan.

Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Batang Berjuntai ( sekarang dikenali dengan nama Bestari Jaya).

Sekolah di mana kami mula mengenal cinta. Cinta sesama rakan, cinta antara kaum.

Tahun 1974 saya menjejakkan kaki di sekolah ini. Sekolah luar bandar, yang sangat sederhana, dengan dua blok setingkat dan sebuah bangunan balairaya dijadikan bilik darjah.

Di sini kami diajar ABC, di sini kami diajar 123, di sini kami diajar mengeja, membaca dan mengira. Masih terbayang-bayang peralatan dalam bilik darjah - meja kerusi kayu, papan hitam dan kapur berwarna-warni, pembaris kayu panjang yang digunakan oleh cikgu. Dan papan hitam mini yang dibawa oleh murid setiap hari ke sekolah.

Di sini juga, kami di ajar nilai cinta dan kasih sayang sesama manusia, tanpa mengira pangkat dan darjat, tanpa menilai warna kulit dan bangsa. Semua kami adalah sama.

Tiada kempen, tiada sepanduk, tiada program khusus dijalankan untuk menyemai rasa cinta antara kami. Semuanya berlaku secara semulajadi.

Cikgu tugasnya mendidik kami, mengajar kami membaca, mengajar kami mengira. Set induksi tak dirancang. Berlaku secara spontan. Melalui kata nasihat dan contoh teladan yang ditunjukkan.

Cikgu Saadiah, cikgu kelas 1 Rajin. Sangat garang dan tegas. Sementara nak habis darjah satu, kami bertukar-tukar ketua darjah sebanyak 40 kali, sehingga beliau berpuas hati.

Alam kanak-kanak mananya tahu nak duduk diam. Bila cikgu sibuk dengan kerja menanda latihan murid, murid pulak sibuk dengan aktiviti mereka. Bising, tak duduk diam, mengacau kawan dan macam-macam lagi. Sudahnya kena ikat di kaki meja cikgu.

Setiap hari ada sesi mengeja orang putih atau spelling sebelum tamat sesi sekolah hari itu. Semua kena berdiri atas kerusi. Kalau betul jawab, boleh balik cepat. Kalau tak maknanya kena tinggal dek bas sekolahlah jawabnya. Kerana takut balik lewat, saya berusaha belajar English dengan abang yang masa tu dalam darjah 3. Dan sejak itu saya faham bahawa saya boleh jadi pandai kalau saya berusaha.

Cikgu Faridah - cikgu yang cantik, suka menyanyi. Lagu kegemarannya lagu dendangan A.Ramlie dan Maria Bachok. Suaranya sedap. Dan rakan duetnya dah tentu Badrul Hisam, pelajar kelas Tekun yang merupakan pesaing kuat saya dalam pelajaran. Tapi dia tu aksyen sikit. Sebab Cikgu Faridah sayang kat dia, dan dia pandai.

Kawan-kawan sekelas di SKRP adalah rakan-rakan terbaik yang saya pernah ada. Semua kami adalah sama. Latarbelakang ekonomi keluarga yang lebih kurang sama. Anak pelombong bijih, anak pekerja estet.

Kami pergi sekolah naik bas. Mula-mula tu naik bas Len, bas awam. Lepas tu baru ada bas sekolah. Macam-macam warna.  Seingat saya, saya naik bas warna hijau nombor plet BAU. Abang driver masa tu memang baik. Tak lupa nyonya yang jadi konduktor bas. Disebabkan kami jarang dapat naik bas kecuali ke sekolah, kadang-kadang kami (saya, Yan dan adiknya Aziah) akan siap cepat-cepat, tunggu bas dan ikut bas tu pergi Sg. Tinggi dan Pacific Tin. Lepas tu baru pergi sekolah.

Pacific Tin, Sungai Tinggi, Bukit Minyak, Padang Pasir, Kg. Rantau Panjang - itulah tempat tinggal kami. Kehidupan kami penuh dengan adventure. Hari sabtu dan ahad adalah hari penerokaan alam semulajadi.

Saya masih ingat aktiviti wajib hujung minggu bersama anak jiran - Norlian, Kak Ijah, Kak Ina. Kami duduk bawah pokok kelapa sawit tepi rumah, kutip buah kelapa sawit yang gugur, rebus dan makan. Memang sedap. Lazat dan berkrim.

Tak pun, kami masuk hutan getah seberang jalan. Cari kayu getah. Atau kalau malam tu hujan, esoknya kami berebut cari cendawan. Takpun kutip getah sekrap buat nyala api, maklum masa tu masih lagi masak guna dapur kayu. Kalau takde minyak gas, kenalah guna getah sekrap.

Selalu juga pergi berendam kat parit tepi rumah dan tepi jalan. Menyodok anak-anak ikan di celah-celah lumut yang hijau. Tak senang duduk anak-anak ikan tu kalau tiba hujung minggu. Ada sekali tu sambil tunggu bas sekolah, sempat lagi saya buka kasut, stoking dan masuk dalam parit nak tangkap anak ikan. Sedar-sedar mak kat belakang bawa rotan. Kena juga selibas dua kat betis. Dan sepanjang hari tu saya diejek oleh kawan-kawan di sekolah.

Lagi adventure kalau abah suruh pegi kedai. Jauh jugak dari rumah. tapi kedai tu dekat dengan kapal bijih. So ada banyak bukit bijih. Saja je lalu situ dan panjat atas bukit tu. Merasale pegang bijih dan amang.

Masa tu kami tak pernah stres pun pasal nak dapat 5A. Yang kami tahu, datang sekolah belajar dan main. Waktu pj memang ditunggu sebab boleh bebas main di padang. Tapi permainannya tak lain tak bukan - gelek gelung rotan, baling buntil beras. Baju senaman - t shirt putih, seluar pendek. Memang colonial sungguh. Awal tahun, cikgu dah kutip duit, beli t-shirt putih untuk baju sukan. Siap tulis nama dan kelas dengan pen marker. Akan ada sesi mencelup baju ikut rumah sukan. Biasanya abang-abang dan kakak-kakak yang akan tolong cikgu buat kerja tu. Lepas celup, sidai di sepanjang pagar sekolah.

Belanja sekolah cuma masa tu cuma 20 sen. Air 5 sen, nasi atau mihun 10 sen. Sekolah pulak sediakan makanan percuma program AMP - Amalan Makanan Pemakanan. Kalau sekolah petang, masuk kelas aje makan free dulu. Nasi putih, sambal tumis dengan kacang gorang. Sedap.

Kawan-kawan ? Ada yang okey, ada yang tak. Seingat saya, tak ramai yang nak kawan dengan saya. Che Paridah - sebab kakak dia kawin dengan pak cik saya, so terpaksalah kawan dengan saya. Azizah Sapuan - rasanya masa tu memang anti kat saya. Mungkin sebab saya selalu periksa no. 1, so dia jeles sikit. Sharifah Azura - dia macam timing sikit sebab dia cantik, anak Syed lagi. Norliza Idrus pun sama. Saya rasa mungkin sebab kedudukan ekonomi keluarga mereka lebih baik sikit dari keluarga saya. Dan sebab itu jugalah mereka tak ingat saya masa berjumpa di majlis reunion Februari lepas. Kalau ada pun kawan yang rapat dengan saya - Alizah. Tapi itu mungkin perasaan zaman kanak-kanak saya saja.

Kawan-kawan lelaki - Rizal, kawan gaduh saya sebab dia selalu ejek saya kat rumah. Dan pernah sekali dia mengamuk dalam kelas sebab katanya cikgu lebih sayangkan saya. Sabaruddin - yang paling kenit dalam kelas. Tapi kenit-kenit dia, lari laju. Tiap kali rehat kami tarik kerusi keluar kelas, buat bulatan. Bekal yang kami bawa akan di pas keliling bulatan, makan sama-sama, Sabaruddin selalu volunteer pergi beli air kat kantin. Mencicit aje larinya.

Ismadi - budak nerd (istilah sekarang). Rambut berminyak sentiasa, selalu dijadikan contoh masa pelajaran Kesihatan.  Yang paling tinggi Norman dan Megat. Megat - paling cool dan macam abang-abang sikit. Rasanya sampai sekarang sifat itu kekal dalam dirinya. Johar - hansem dan adik-adik dia Johan dan Jora pun hansem dan cantik. Saya selalu suka tengok muka dia sebab dia sangat cool. Razali, Karim, Yusof, Roslan, terbayang-bayang wajah kawan-kawan ni.

Waktu tengahari lepas habis sekolah, kami berlumba-lumba keluar kelas dan cop letak beg dulu. Boleh bayangkan beg berbaris sebagai ganti tuannya yang nak pergi main. Terlompat-lompat main ten-ten. Bila bas datang, automatik kami akan berbaris ikut susunan beg tadi. Tak perlu cikgu atau jaga untuk pastikan kami berbaris.

Alangkah manisnya zaman kanak-kanak. Di sini saya belajar erti hidup. Di sini saya mengenal erti kepayahan. Di sini saya mengerti erti kejayaan. Di sini saya mengecap nikmat kehidupan.



Kalau ditanya di mana cinta saya bersemi, jawab saya - di sini.

Di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang.
Saya rindu segalanya yang ada di sini.


 
 Darjah 3 Rajin 1976

Rabu, 1 Januari 2014

SELAMAT DATANG 2014

Hari ini, hari pertama tahun 2014.
Pagi-pagi lagi, sidai baju sekolah (last minute jugak ni).
Lepas tu ke Subang Perdana melayan kemahuan Kak Lang nak beli beg sekolah. Semuanya kalau boleh kena beli sama macam kawan baiknya.
Next stesyen - Kompleks PKNS - cari tudung sekolah.
Agenda petang - nak masak kek lumut dan muffin coklat. Sejak dah beli kuali ajaib ni, kenalah gunakan. kalau tak membazir namanya.

Azam?

1. InsyaAllah nak menambah saham akhirat. Moga Allah memberi kekuatan, peluang dan ruang untuk saya istiqamah.
2. Maafkan semua kesalahan sesiapa juga. Saya tak mahu rasa marah dan dendam mengisi ruang hati yang memang tak besar mana pun.
3. Memberi, lebih dari menerima. Dalam kehidupan peribadi, keluarga, kerjaya.


Mudah-mudahan saya mampu melaksana hasrat hati ini, insyaAllah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau ampunilah segala dosa kami. Kau permudahkanlah segala urusan kami. Kau berkatilah segala usaha kami. Kau rahmatilah semua yang kami sayangi. Kau lindungilah kami dari segala kejahatan. kau lorongkanlah kami kepada segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Pelindung.





Year End Holiday

Dah lama tak bercuti dengan anak-anak. Selalunya kami bercuti bila balik kampong. Tahun ni dapatlah juga bawa anak-anak bercuti di Langkawi. Itupun serba-serbi last minute. Confirm tiket flight, booking hotel, packing baju.

Apapun Alhamdulillah kami selamat sampai di Langkawi dan selamat kembali ke Shah Alam.


Selamat mendarat di Lapangan Terbang Langkawi
 
 

 
Bergambar di Dataran Lang.

 
Kali pertama dan terakhir naik skycab/cable car. Cukuplah merasa naik sekali. Tahap kengerian melihat ketinggian puncak memang tak terucapkan!

 
Anak-anak di puncak stesyen skycab. Udara sejuk rasanya macam kena langgar dengan awan.


 
Ikmal saja yang nak melayan emaknya suruh berposing.


Di Birds' Paradise
 

 
Ikaml di celahan lembing, Kota Mahsuri



Camera trick hasil idea petugas Taman Agro Mardi.