Isnin, 30 Mei 2016

Jejak sahabat

Hidup dan kehidupan. Banyak warna. Bermacam cerita.
Apa yang ada di sekeliling kita. Tak semua difahami. Kerana kita tidak berada di dalamnya.

Aku tabik kawan-kawan aku. Megat. Rizal. Maimon. Berikhtiar menemukan kawan.
Berusaha menjejak sahabat. Maimon sanggup datang dari Perak. Bermalam di rumah adik. Nak join jumpa Ija. Kecil sangat rasa diri. Selalu bertangguh dan beralasan bila diajak.

Rancang, pakat melalui mesej. Kami nak melawat Ija, kata Megat. Kalau lapang jemputlah bersama kami. Congak sana, congak sini. At last, aku kata in sha Allah, ada rezeki kita jumpa ye.

Semalam, hadir jemputan kenduri kahwin di Port Klang. Adatlah bila berjumpa kawan-kawan lama, satu jam jadi dua. Mata kejap-kejap belek jam. Janji pukul 3 nak jumpa di stesen bas Greenwood. Tapi pukul 3.20 pun belum gerak lagi . Dalam hati, takpelah takde rezeki nak jumpa kali ni.

Jam 3.30 baru gerak dari Port Klang. Mesti depa dah sampai rumah Ija. Dalam hati redha ajelah. Aku teks Megat. Megat jalanlah dulu ye. Kalau ada rezeki kita jumpa. Tup-tup Megat balas. Kami baru sampai Selayang. Alhamdulillah. Masih ada harapan nak berjumpa kawan-kawan.

Akhirnya berjumpa juga kami, datang dari 3 penjuru -  BB, Klang dan Port Klang. Megat dan Rizal jadi ketua rombongan dan pemandu arah. Menjemput aku dan Aizura yang tersesat. Maimon dah standby di rumah Ija.

Gembiranya dapat jumpa Ija, Maimon dan Aizura. Sahabat zaman kecil aku. 38 tahun terpisah. Makcik Nyian, mak Ija masih ingat semua kenangan kami kecik-kecik dulu. Semua sedara mara aku masih dalam ingatannya. Sepatah kata Makcik Nyian, macamna makcik tak ingat kamu, anak Baharom. Masa kamu lahir abah kamu bagi nama kamu Haniza. Kata Makcik, masa Ija lahir, Pakcik Idrus tanya abah kamu, nak bubuh nama apa anaknya ni. Depa pakat dua orang, anak aku Haniza, ko bubuh nama anak ko Norliza. Dan bila sekolah kami sekelas.

Kami mengimbau kenangan manis. Segala selok-belok, blok berapa, lorong berapa, adik-beradik berapa, abang adik nama apa, semua kami ingat. Sebab bila berkawan, habis semua nama mak bapak adik beradik kawan kami akan tahu. Mana taknya. Kami-kami yang sebaya ni dah tentulah main sama-sama. Bila geng abang kakak main, kami pun join sama. Lapar, dahaga, mana dan aje singgah makan minum rumah sesiapa. Itulah indahnya hidup kanak-kanak dulu.

In sha Allah, silaturrahim akan terus ditaut selepas ini. Sementelah Megat pun ada bercadang nak kumpulkan kawan-kawan sekelas Rajin. Sebab kami memang rapat dan ingatan itu lebih kuat. Maimon aje dari kelas Usaha. Sepatah kata Mon, tak acilah. Mon pun nak join juga. Don wori Mon, nanti kita jemput Mon sekali ye.


Dalam erat genggaman tangan, sempat Aizura bertanya soalan cepumas.

Bersama Ija dan keluarganya, dan Megat serta Rizal

Jejak sahabat Maimon, selepas beberapa kali tertunda nak jumpa.

Ija, Maimon, aku dan Aizura

Alhamdulillah punya sahabat yang sangat mengambil berat. Janjinya, pertemuan semalam adalah pembuka jalan kepada pertemuan seterusnya (sebab dah tau jalan nak pi rumah). In sha Allah doa kami sentiasa ada untuk sahabat semua. Semoga di bulan mulia Syaaban ini yang membawa ke Ramadhan akan membawa sinar bahagia buat sahabat. Aamiin.

1 ulasan:

Megat berkata...

terimakasih