Selasa, 25 Oktober 2011

CINTA DAN KECINTAAN

Banyak cinta perkara cinta. Pelbagai juga tafsiran diberi padanya. Tak kurang berbezanya fahaman antara manusia.

Cinta pada diri sendiri, cintakan harta, cinta pada anak-anak, cinta keluarga. Biasa kita dengar. Yang jarang disebut dan terucapkan mungkin, cintakan ilmu.

Mendengar celoteh dan bicara Prof KJ dari UPM yang diundang khas untuk berkongsi ilmu dalam penulisan ilmiah, jelas terbias rasa cintanya yang mendalam terhadap ilmu. Ketara benar di rona wajah betapa kecintaannya terhadap penerokaan ilmu tidak berbatasan.





Walau sudah berada di posisi yang sangat membanggakan, yang sering menjadi dambaan para ilmuwan, yang sewajarnya tidak bisa digoyahkan oleh sesiapa, yang membolehkan beliau 'berehat' seketika dari visi meneroka dan mencipta, namun rasa kecintaannya yang membara tidak menghadkan perjalanannya.

Penuh hemah teguran dilontar. Penuh karisma ilmu dikongsi. Dalam slanga 'orang sebelah sana', beliau berjaya menjadikan sehari berkursus penuh penghayatan dalam gelak tawa (yang tanpa sedar sebenarnya menggelakkan diri sendiri atas 'kecuaian' dek kerana belum berilmu!). Natijahnya, ramai teruja untuk memulakan langkah pertama, menghasilkan penulisan ilmiah, dalam pelbagai medium dan 'genre'! Mudah-mudahan kobaran semangat ini bakal terus membara dan menyala sepanjang usia perkhidmatan. Sepatah kata Prof, jadikan penulisan ini satu budaya dalam kalangan pendidik. Bukan semata untuk kenaikan pangkat.

Rasa cintanya yang mendalam terhadap 'mereka' yang amat dekat dengannya dikongsi di layar ilmu. Saya belum pernah melihat penceramah yang menyediakan bahan penyampaian berlatarbelakangkan gambar-gambar peribadi orang-orang yang mereka sayangi. Betapa penghargaannya kepada semua yang memberi makna dalam hidupnya dikongsi bersama khalayak dengan penuh rasa bangga.

Mudah-mudahan nurani saya juga ditiupkan dengan rasa kecintaan sebegitu! InsyaAllah.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Pelan Kecemasan

Rasa sunyi je 2, 3 minggu kebelakangan ni. Walau riuh di sekeliling, tetap rasa sunyi.

Ruang hati sedikit kosong bila Kak Yus berangkat ke tanah suci. Lama pulak tu. Jadi rutin harian di pejabat sedikit tersasar. Selalu 1/2 jam lepas clock in, wajah Kak Yus akan terpacul di depan muka. Sejuk hati memandang wajahnya yang tak pernah kering dengan senyuman, dan tak pernah lekang dengan bicara yang menyejukkan jiwa.

So, jadilah saya seorang yang sedikit 'beku', tak tau nak sembang dengan siapa. Sementelah rakan-rakan seunit semuanya senior plus jejaka Malaya. Ada tidak, Zarina di sebelah meja. Pun tak banyak yang boleh dibualkan.

Terubat sedikit sunyi bila dapat contact semula kawan-kawan lama. Bertanya khabar selepas 34 tahun terpisah. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Lucu bila seorang kawan beritahu, dia lambat balas sms saya sebab terperanjat, tak sangka saya akan sms dia. Takut saya tersalah hantar.

Katanya saya ni tak berapa nak ambil port hal orang. Masa sekolah dulu dia segan nak rapat sebab saya duduk dalam kelas saya yang tersendiri. Saya pun terfikir, eh! bukan kami classmates ke? So tentulah duduk dalam kelas yang sama.

Dia kata saya pandai sangat. Selalu tak kesah hal orang lain. Serius aje dalam kelas. Kalau orang usik-usik pun, bolayan aje.

Ha! ha! Kelakar pulak bila ingat balik. Agaknya memang saya dilahirkan sebegitu sifatnya. Tambah dibentuk dengan acuan yang dicipta emak sepanjang tempoh membesar. Selaku anak perempuan sulung dan tunggal, mak mencerna sifat-sifat saya sebagaimana yang dirasakannya betul dan munasabah. Belajar memasak, bantu urus adik-adik, selesai masalah sendiri. Pendek kata, saya tersangat berdikari sejak kecil.

Tapi peluang bertemu rakan-rakan lama, membuka jendela pemikiran konvensional saya. Walaupun kerjaya mereka turut menuntut mereka berfikir dengan serius, tapi mereka tetap mencari peluang, mencipta keseronokan hidup sesuai dengan usia kini.

Pergi kelas memasak, belajar menjahit. Yang lelakinya memancing. Live life simple, to the fullest, kata mereka. Jangan over stress, jangan over do. Masing-masing dah ada target, bila capai usia emas ni, dah ada plan nak buat bisnes apa, nak buat aktiviti apa.

Well, Haniza you have none. Tapi saya sejukkan hati saya, I love my job now very much. Saya menyimpan cita-cita ini seawal di sekolah tadika lagi. Dan saya tak pernah rasa bosan, berjumpa dengan pelajar yang bermacam kerenah. Saya belajar banyak perkara. Sehingga kadang-kadang terlupa yang saya harus menggembirakan hati sendiri.

Tak pernah terfikir nak join bisnes. Takut nanti sendiri yang kena beli barang yang dijual sebab tak pandai nak pujuk orang beli. Nak ada hobi masa lapang? Ada, tanam bunga. Tapi sepatah kata mak saya, tak tau la berapa panjang umur bunga tu esok!

Entahlah. Harap-harap rasa gembira datang bekerja tidak akan luntur ditelan masa. Kalau itu berlaku, saya rasa hidup saya akan serabut. Sebab saya tak ada pelan kecemasan untuk itu!

Sabtu, 15 Oktober 2011

BELATED BIRTHDAY TREAT

29 September lepas, Ikmal genap berusia 9 tahun. Si bongsu, yang menceriakan walau kadangkala memeningkan dengan kerenahnya yang tak terjangka.

Paling 'banyak mulut', paling kuat makan, sangat rajin bercerita, suka bertanya, pandai ambil hati.

Birthdaynya jatuh pada hari bekerja. Maknya sibuk, plus penat dengan aktiviti explorace hari sebelumnya, so tak sempat nak buat apa-apa. Balik kerja petang tu, hanya sempat masakkan penne fettucini carbonara (maknya baru pandai masak resipi ni!).





On the day celebration. Baju sekolah pun tak sempat nak tukar!


Sibuklah Ikmal 'mengungkit', birthday along makan kat kayu manis, birthday kakak celebrate kat KFC. Imal , mama masak je kat rumah. Maknya diam ajelah.

Dua minggu lepas terpaksa menghadiri bengkel seminggu di Kajang. Dan saya bawa bersama anak-anak. Kira special birthday treat untuk Ikmal, walaupun terlewat.

Imal punya birthday mama celebrate bagus punya. Tidur kat hotel, dapat mandi kolam, jalan-jalan kat Kajang. Saya memujuk.

Ala, memang la Imal punya birthday, tapi diaorang pun merasa juga (merujuk pada kakak dan abangnya). Hai, payah maknya nak jawab. Apa pun harapnya anak-anak berbahagia.






Ikmal, Kak Lang and swimming pool - bff!



Maknya duduk tepi kolam aje, jadi part time life guard hotel !




Shopping baju Chelsea, Boboboi, Angry Bird!




Leka main game boy sambil tunggu along beli aiskrim di McD









Makan di coffee house, last day of meeting (sudahnya banyak-banyak meja yang direserve, tinggal kami aje yang mengisinya)

Special Birthday Cake treat from Oriental Crystal!
HAPPY BELATED BIRTHDAY DEAR!








ALANGKAH

Bahagiakah hati kalau kantung dipenuhi wang?
Bahagiakah kalbu andai diri disayang orang?
Bahagiakah diri jika hidup dilimpahi kemewahan?

Siapa kata teratak buruk mengundang derita?
Siapa bilang baju nan lusuh melambang sengsara?
Siapa terdetik wajah yang mendung tiada ceria?

Dalam ramai, masih keseorangan.
Dalam riuh, tetap kesunyian.
Dalam terang, kerap kegelapan.

Ke mana hati perlu dibawa?
Ke mana fikir perlu dirujuk?
Ke mana serabut perlu dirungkai?

Andai jiwa kalis keliru.
Andai sengsara pergi berlalu.
Andai hati terubat sendu.

ALANGKAH bahagianya hati yang pilu.


Jumaat, 14 Oktober 2011

TAK PASTI

2,3 hari ni rasa serba tak kena aje kat ofis.

Nak kata tak ada kerja, banyak yang menunggu. Masuk ofis aje, atas meja bertimbun dengan kertas-PB1 yang perlu disemak dan ditandatangan. Belum lagi nak pastikan seminar yang dirancang berlangsung dengan jayanya.

Satu dah selesai. Alhamdulillah, tidak menghampakan. Hari ni, satu lagi seminar akan berlangsung. Minggu depan yang terakhir. Harap-harap semua yang terlibat mendapat manafaat darinya. Pun perlu rancang satu lagi program/kursus untuk staf.

Dah masuk minggu ke 13 kuliah. Celam-celum tinggal 2 minggu lagi sebelum final exam, tak termasuk minggu 'kecederaan' dan study week. Rasa nak terkehel segala sendi, nak mengejar apa yang tertinggal.

Bila hati rasa gundah, Manjae jadi mangsa, kena kacau. Semalam dia terpaksa mendengar keluhan saya. Fikiran pun macam kosong aje. Kaki bagai tak berpijak kukuh di bumi. Entahlah apa yang mengganggu sebenarnya.

Banyak yang terbuku di hati, terkekang di minda. Ada yang telah terluah, tak kurang yang masih tersisa. Mencari ruang dan masa untuk menelusuri permasalahannya. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Pun tak pasti apa yang menunggu di hujung waktu.

Isnin, 3 Oktober 2011

LAGI-LAGI EXPLORACE

Saksikan aksi dan gelagat peserta explorace Cabaran Pasca Merdeka DPM Sesi Jun 2011.