Jumaat, 6 Mei 2016

2/3 Malam

Selalu, dalam lena tidur kita, kita terjaga dalam gelap. Mata pun macam nak tak nak je bukak. Apa yang kita buat? Paling-paling kita akan sambung tidur. Atau check mesej di fon? Online fb?

Dulu, kalau aku terjaga tetengah malam, otak aku akan memproses segala macam teori. Malam yang panas. Mimpi yang ngeri. Otak yang tak habis-habis mikir macam-macam hal dunia. Badan letih. Sebab tu tidur tak lena sampai pagi. Jeles je bila tengok orang lain boleh 😴😴😴 kroh kroh sampai ke pagi. Bak kata mak aku, kalau gugur 💣 di sebelah pun tak sedo. Amboii melampau sungguh perumpamaan tu kan 😂😂😂.


Tapi sebenarnya tak semua orang akan terjaga tetengah malam. Tau kenapa? 

Sebab Allah swt nak bagi kita peluang 'berdua-duaan' denganNya. Dalam sepi malam. Dalam lena manusia. Dalam hening alam.

Dulu aku tak tau kenapa aku sering terjaga malam. Kiranya Allah swt sayangkan aku. Allahuakbar. Berpuluh tahun usiaku dihabiskan dalam kerugian.

Sujudlah. Tahajjudlah. Ya Allah, nikmatnya waktu itu. Hanya kita dengan Dia, Maha Mendengar Maha Mengasihani. 

Ceritalah. Luahkanlah. Rayulah. Mohonlah. Pada Dia. Hanya pada Dia. Dia Yang Maha Kuasa.


Aku kongsikan sedikit yang aku perolehi dari seorang ulama tersohor yang aku temui di Sik Kedah.

Bangunlah di 2/3 malam katanya.

Tunaikanlah solat tahajjud 2 rakaat. Kemudian susuli dengan solat hajat 2 rakaat. Di setiap rakaatnya, selepas dibaca surah al Fatihah, sambunglah dengan surah al Ikhlas 3 kali.

Selesai salam, bacalah surah al Fatihah. Selepas ayat - iyyakanakbudu waiyyakanasta'in - berdoalah mohonlah apa jua yang dihajati. Kemudian baca ayat yang seterusnya hingga selesai. Ulangi 7 kali.

Kemudian, bacalah surah-surah berikut :

Surah al A'raf : 23


Surah al Anbiya : 83

Surah al Anbiya : 87

Surah an Namlu : 19

Surah al Imran : 31

* selepas ayat : fattabi'uni (sebutlah nama anak-anak berbin/binti ibunya), telan air liur di rengkung/kerongkong, kemudian teruskan baca surah ini hingga selesai

Surah at Toha : 25-29
Surah as Sat  : 35


Istiqomah, in shaa Allah ia akan mendarah daging dalam jiwa kita. Berdoalah. Mohonlah. Mintalah. Syukurilah. Taubatlah. Tangislah.

Ya Allah, aku ingin selalu dekat denganMu. Jangan biarkan aku lena melewati 2/3 malamMu. Aamin.

Tiada ulasan: