Isnin, 10 Disember 2018

DIA CINTAKU

Hadirnya tak pernah diduga
tidak mencari
tidak juga dicari
namun Allah hadirkannya dalam diari hidupku.

sangat bermakna
walau bukan di mata yang lain
sangat berharga
walau tiada timbunan harta.

dia yang telah memberiku satu gelaran
ISTERI
dia yang telah mengangkat kembali martabat wanita ku.

dia yang mengajarku erti insan
dia yang mengajarku erti kasih sayang
dia yang mengajarku erti rindu
dia yang mengajarku hidup bukan untuk di sini.

aku dipinjamkan sebutir permata
dan kini aku perlu kembalikan semula kepadaNya.

walau tak lama
aku bahagia
walau tak lama
aku redha aku isterinya.

perginya membawa jiwaku bersama
janjiku padanya
aku akan jadi isterinya di dunia
dan bidadarinya di syurga.

terima kasih abang
atas cinta ini.

Al Fatihah buat suamiku cintaku jiwaku syurgaku
Allahyarham Hasri bin Hassan
06.10 - 02.12