Khamis, 19 Mei 2016

Kolaborasi bersama industri

Jalinan kerjasama bersama industri merupakan di antara KPI tahunan yang perlu dicapai. Bulan pertama aku menjejakkan kaki di sini, Pn Suria, semasa briefing serah tugas, dah maklumkan bahawa JP belum ada kolaborasi dengan mana-mana industri lagi. Termenung aku sekejap. Pertamanya sebab aku pun belum jelas selok belok nak memulakan langkah ke arah itu. Dan yang keduanya, aku tak ada rapport dengan industri berhampiran.

Tetapi seperti yang aku sebut dalam entri aku sebelum ini, pegawai-pegawai di jabatan aku sangat proaktif dan progresif. Alhamdulillah akhirnya nota kolaborasi (NoC) di antara PMM dan Koko Minda Food Industries berjaya dimeterai hari ini.

Menariknya tentang operasi syarikat ini, dengan tenaga kerja tempatan penduduk sekitar Serkam seramai 25 orang, pengeluaran dibuat dengan mengambilkira amalan-amalan sunnah. Selain dari bahan-bahan mentahnya, alunan ayat-ayat suci al-Quran berkumandang setiap masa. Operasi mencampur bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran produk hanya dilakukan oleh pekerja lelaki sahaja. 80% kerja dilakukan menggunakan mesin dan kerja pembungkusan produk ke dalam kotak masih dilakukan secara manual. Sepatah kata pemiliknya, jika semua kerja dimesinkan takde kerjalah pekerja-pekerja saya.

Dan syarikat ini sedang mendaki ke puncak bilamana mereka sedang dalam rangka kerja membina kilang yang lebih besar bagi membolehkan mereka membuat pengeluaran dalam volum yang lebih besar untuk memenuhi permintaan tender yang baru sahaja mereka perolehi. Dan mereka akan bersiaran dalam rancangan Koko Log sebanyak 26 siri di tv pada bulan Ogos nanti yang mana penggambarannya telah dibuat di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PMM. Dan juga mereka sedang mengorak langkah menjadi syarikat bumiputera pertama mengeluarkan ready to drink cocoa dalam kotak. Syabas KMF dan terima kasih kerana sudi menjadi rakan industri kami.

Secara peribadi aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Siti Najdah dan Cik Nazila di atas usaha dan komitmen mereka dalam merealisasi hasrat ini. In sha Allah banyak manfaat dan kebaikan bakal menyusul untuk kedua-dua belah pihak.

Sekitar upacara menandatangani NoC

Warga kerja JP bersama Tn Pengarah dan pihak KMF


Penerangan tentang operasi pengeluaran

Kerja pembungkusan produk.


Produk keluaran syarikat.




P/s : Next, NoC bersama Bawal Ratu. Mula-mula pindah ke sini, sebulan sel-sel otakku membeku sebab takde kerja nak dibuat. Tapi selepas 10 bulan, naik kejung semua urat-uratkuπŸ˜₯. Alhamdulillah dengan rahmatNya mengurniakan aku team yang superb awesome gorgeous, in sha Allah kami boleh walaupun 80% dari kami adalah diva πŸ‘ΈπŸ‘ πŸ‘œπŸ’„πŸ˜€.





Tiada ulasan: