Rabu, 11 Mei 2016

Indahnya kenangan ๐Ÿ‘ญ๐Ÿ‘ฌ

Semalam telah berlangsung majlis menandatangani NoC di antara PMM dan JPNM. Intipati kolaborasi adalah berpusatkan laluan kemasukan pelajar berkemahiran dalam bidang sukan.

Ramai yang hadir di majlis tersebut. Selain kami selaku tuan rumah, turut hadir adalah wakil-wakil dari jabatan pendidikan dan juga pengetua serta guru besar beberapa sekolah terpilih. Duduk di sebelah aku, seorang guru muda (dalam hati aku berkata mudanya guru besar ni) yang tiba sedikit lewat. Rupanya beliau mewakili guru besar sekolahnya.

Usai majlis, sambil menjamu selera minum petang, aku ringankan mulut bersembang dengannya. Kesian pulak tengok dia sorang-sorang sebab duduk terpisah dari delegasi jabatan pendidikan.

Cuba teka apa soalan yang aku tanya? Soalan standard.
Puan dari sekolah mana? Dan sebab aku pemastautin di negeri Hang Tuah ni so next soalan aku - puan memang orang sini ke?

Dengan dua soalan standard ni aje dah bawa kami bersembang hampir 1/2 jam. Kawan-kawan aku pun heran tengok aku rancak berlabun dengan cikgu tu. Sebab aku ni bukanla spesies yang ramah tamah sebenarnya๐Ÿ™ˆ.

Tau sebab apa kami boleh sembang sakan? Sebab kampong dia dekat dengan kampong aku. Walau berlainan pekan tapi aku biasa la dengan kampong dia tu. Maka terkeluarlah semua cerita orang kampong. Sementelah pulak dia sangat merindui kampong halamannya yang dah 2 tahun tidak dijengah sejak perginya kedua orangtuanya. Aku, sejak dah duduk jauh sikit ni, at least dua bulan sekali balik jugak menjengah abah dan mak di kampong.

Seronok mengimbau kenangan lasaknya kami waktu kecil dulu. Main polis๐Ÿ‘ฎ sentri. Tuju tin dengan selipar. Lawan congkak dengan lubang yang digali atas tanah. Buah congkak guna biji getah. Konda kondi. Galah panjang. Main aci lompat teng teng. Batu seremban. Rounders. Lompat getah zero point. Main tuju guli. Timbang bulu ayam. Cungkil lidi.

Tuju guli

Rounders

Konda kondi

Lompat getah zero point

Cungkil lidi

Batu seremban

Tuju tin

Teng teng

Semua jenis sukan ni melatih kami banyak kemahiran. Tuju tin, tuju guli, cungkil lidi mengasah kemahiran fokus.

Teng teng, zero point - kemahiran psikomotor, melompat, seimbangkan badan.

Batu seremban, congkak - kemahiran kognitif, mengira dan juga menyusun strategi.

Tu permainan wajib. Kadang-kadang permainan kami ada yang bermusim jugak. Main tembak-tembak๐Ÿ”ซ๐Ÿ”ซ. Main masak-masak. Main kawin-kawin ๐Ÿ’‘. Semua aktiviti luar rumah. Masing-masing tau lepas asar aje semua turun berkumpul kat laman rumah. 10 minit lagi nak azan Maghrib baru balik. Sebab kena get ready untuk pegi surau pulak. Solat dan lepas tu sambung dengan mengaji.

Bergaduh? Tu biasa.  Nak-nak kalau kalah. Atau tak puas hati. Dan-dan tu berenti main. Tarik muka terus blah aje. Yang sampai bertumbuk pun ada. Tapi takde sapa pun mak-mak yang datang nak bela anak masing-masing, atau serang mak sapa-sapa. Silap-silap kena belasah lagi ada.

Kalau budak lelaki gaduh dengan budak perempuan, silap-silap ada mak-mak yang jerit - "haa gaduh-gaduh. Beso besok aku kawinkan kome". Kejap-kejap tu jugak mintak maaf. Kosong-kosong. Seriau ooo buatnya masin mulut orang tua tu, haru aku kena kawin dengan anaknya yang tak hensem tu๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

Budak-budak zaman dulu payah nak tengok depa sakit. Antibodi kami kuat. Selain dari aktiviti lasak, kami makan makanan segar dari kebun dan kolam. Pucuk ubi, pucuk paku, jantung pisang, putik nangka, pucuk gajus. Emmm kecur air liur menyebutnya.
Makanan cepat (fast food) ๐ŸŸ๐Ÿ”๐Ÿ•๐Ÿ— memang tak mandangle. Masa tu pakcik keni rojes ke, kenel senders ke semua belum berhijrah ke Malaysia lagi ngehngehngeh๐Ÿ˜‚. Lauk pulak kalau tak beli ikan idup memang tak sah. Sejak aku dah 'akil baligh' dengan pisau dan parang, memang rezeki aku la kena siang  ๐Ÿ ๐ŸŸ keli, haruan, sepat, talapia idup-idup. Tu belum lagi masuk bab ngejo ayam satu reban nak tangkap, sembelih buat rendang. Maunya tak fit ๐Ÿ’ช kami masa tu.

Lagipun kami takde masa nak golek-golek depan ๐Ÿ“บ 24 jam membina ๐Ÿ’ชbadan. Nak golek boleh, tapi takde siaran le sebab masa tengok tv sangat terhad. Dari pukul 8-10 malam aje sebab guna generator. Letrik takde lagi masa tu. So kena kawal time boleh tengok tv. Yang wajib tengok masa tu cerita Melayu hari Jumaat malam dan Hiburan Minggu Ini hari Sabtu.

Resam anak perempuan, kerja rutin hujung minggu, basuh kain di tepi sungai. Zaman tu takde air paip lagi masuk terus dalam rumah. Paling koman pun air telaga. Tapi jenuh ooo kalau basuh kain kat telaga. Sebabnya  kena timba air telaga berkali-kali. Mau terbakar karbo kau berkilo-kilo๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“. Belum masuk lagi bab boring sebab kau basuh baju sorang-sorang. So hari sabtu dan ahad memang sangat dinanti-nanti untuk kami reunion kat tepi sungai.  Aku sentiasa merelakan diri pegi basuh kain tepi sungai. Genyeh, gonyoh kain atas batu sungai yang besar. Sampai naik licin batu tu. Sabun? Tak mandangle kalau nak cari softlan ke, varnish ke, ๐Ÿฏkuat ke. Yang ada masa tu sabun cap kapak. Warna hijau. Sebuku 2 kupang. Kalau nak beli sekupang, nyonya kedai tu potong dua.

Selesai basuh kain, splash terjun๐ŸŠ masuk sungai. Mandi. Masa tu kau nak mandi sejam ke 2 jam ke suka hati kau lah. Sebab tak payah risau bil air kau bulan tu akan naik. Air free je. Tapi kena ber awas sikit takut ada "kayu" hanyut lalu sebelah kau๐Ÿ™Š. Standard la kalau aku turun pukul 8, pukul 11 pagi baru selesai urusan aku di sungai tu. Lebih dari tu tak berani sebab takut tiba-tiba berdiri je mak aku kat belakang dengan rotannya!

Masa cuti penggal persekolahan, bangun pagi-pagi pegi ikut abang yang sulung ambik upah cabut kacang tanah di kebun tokey Cina hujung kampong. Dari pagi sampai tengahari bolehle dapat ๐Ÿ’ฒ2 paling banyak. Itupun kalau stamina kau kuat dan kadar kelajuan kau sangat tinggi. Sebab satu tin susu pekat tu upahnya 20 sen aje. Huiii nangis budak-budak sekarang kalau dengar!


Manisnya zaman kanak-kanak dulu. Berkaca-kaca mata kami gelak sambil mengimbau kenangan manis tu. Sedar tak sedar kawan sebelah dah panggil - oii jom turun, nak tangkap gambar ๐Ÿ“ท!





Tiada ulasan: