Selasa, 10 Mei 2016

Ber'angan'lah...

Tersinggah di wall rakan mukabuku. Sahabat sejawatan di poli lama dulu.
Masih muda (dalam usia dan perjawatan).
Aktif, proaktif, responsif dan progresif.

Bulat besar matanya menyerlahkan keterujaan bila dengar idea untuk bereksperimen. Tak kiralah tentang kerja ke.  Tentang make up dan touch up wajah ke. Tentang nak buat potluck ke. You can easily spot her excitement through her big shining eyes ๐Ÿ‘€.

Hari ni update di efbinya menangkap pandang mata aku. Tertarik dengan ungkapan kata-katanya. Part yang paling best tang hashtags. Memang WIN.


Angan-angan. Mimpi. Tak salah. Malah banyak kali kejayaan bermula dengan angan-angan. Tapi perlu disusul dengan usaha dan kesungguhan.

Aku pun dulu pernah berangan masa mula-mula aku daftar sebagai student ITM, aku nak grad dengan dean's list. Dengan gred 3 mana uni yang nak terima aku huhuhu๐Ÿ˜ญ. Nasib baik aku budak sains. Orang kata budak sains gred 3 pun laku lagi. Dan nasib baik jugak ITM nak terima aku.

Minggu orientasi, abang-abang OC yang senior tu dok kutuk aku yang masuk sesi Jan. Depa kata aku ni saki-baki depa yang masuk sesi Julai. Eksyen sungguh depa pakat sengih gelak kat aku. Masa tu aku redha ajela sebab kalau menjawab kang kena denda pulak. Tapi dalam hati macam ๐Ÿ’ฃ tunggu nak meletup je. Dan sejak tu aku pasang tekad. Aku mesti grad dengan dean's list.

Result first sem aku awesome 3.89. Masa daftar untuk sem dua kebetulan abang OC yang kutuk aku dulu jaga kaunter DBS. Dengan penuh bangganya aku tunjuk slip result aku. Aku cakap kat dia - saya terima kutukan awak sebagai cabaran. Dia? Speechless baq hang๐Ÿ˜‚. Lagi syahdu bila dia terpaksa join kelas aku sebab kena repeat paper english. OMG! masa tu aku punya tahap kepuasan hati setinggi langit ketujuh sebab dia sendiri dah buktikan yang top scorer macam dia tak selamanya akan berada di atas. And guess what? Aku berjaya mencapai impian aku, ๐ŸŽ“ dengan dean's list tahun 1989.

Sama jugak macam screenshot status kawan aku kat atas tu. Aku dulupun masa mula-mula lapor diri bertugas di poli, dah berangan yang aku akan bersara sekurang-kurangnya sebagai ketua jabatan. Nak berangan lebih pencen dengan JUSA tak sampai hati la pulak sebab mula join service pun umur dah banyak. Takut tak cukup syarat dan pengalaman ngeh ngeh ngeh๐Ÿ˜‚

Dan alhamdulillah selepas mengharungi ranjau duri sepanjang tempoh 16 tahun perkhidmatan, kini aku di sini. Diberi peluang mendaki dari setangga ke setangga gred perkhidmatan pendidikan tinggi. Dan diberi peluang mendokong amanah dan menggalas tanggungjawab sebagai ketua jabatan.

So to you Mdm Inilza, dreaming, sometimes is essential to stimulate your energy and passion. So dream high and dream big. After all, its free๐Ÿ˜€. Best of luck adik. See you at the top!!!

Tiada ulasan: