Sabtu, 14 Mei 2016

Tumpang gembira...

Seronok berkongsi berita gembira kawan-kawan.
Walau tak bersua muka bertikam bicara, khabar gembira mereka sampai juga di retina mata (sebab baca status di fb).

En Su dan Pn Ginger - tahniah kerana permohonan pertukaran telah diluluskan. Bakal kembali ke negeri tumpah darah. Bertuah PKB hadirnya beliau dengan ilmu penuh di dada. Bisa merobah yang biasa-biasa. Juga merungkai keliru yang melata. Disukai oleh anak didik. Senyuman manis bicara lembut, tapi jangan sangka dia tak pernah marah. Segarang-garang saya tak pernah lagi pelajar saya menangis kena marah. Moga tambah sukses En Su dan Ginger☺.

Pn Umi - memenangi pingat emas di ITEX2016 dengan inovasinya eco 2 in 1 shoes. Selalu didendang projek kejuruteraan menggondol macam-macam anugerah inovasi. Jarang projek sains sosial dapat anugerah ini. Tapi beliau membuktikan sesiapa pun boleh menang. Tahniah Umi moga tambah cemerlang☺.

Seha dan Mas, dua pegawai muda di jabatan sedang bergelut mengemaskini folio kecemerlangan, studi serba sedikit segala dasar dan polisi dan yang pasti debaran belum reda selagi hari validasi belum menjengah diri. Gembira? Sudah tentu kerana permohonan kenaikan pangkat mereka lulus tapisan pertama. Dan minggu depan mereka akan berjuang untuk masa depan mereka. Aku, sokong apa yang boleh. Dan pasti doa aku moga keduanya berjaya.

Gembira datang dalam banyak cara. Adakalanya datang tidak diduga. Tapi banyak kalinya ia perlu dicari. Jadi bergembiralah. Kerana gembira kita, kita yang cari😚.

Bagi anak kecil dapat naik kereta
 pusing-pusing 360°  pun dah
cukup gembira.


Tiada ulasan: