Ahad, 8 Mei 2016

Kalian, Insan Teristimewa

Istimewa buat emak - Pn. Saidah Buyong;


- Walaupun aku tau mak takkan baca nukilan di blog aku ni, aku nak mak tau yang aku amat sayangkan mak. Juga terima kasih atas kasih sayang mak yang tak kenal batas masa. Maafkan aku mak kerana banyaknya dosa aku pada mak.

Untuk kakak ipar ku - Pn. Norlida Mohd Arif dan adik-adik ipar ku - Eli, Su, Akid, As dan Ekin;

- Terima kasih atas kasih sayang kalian untuk abang dan adik-adik lelakiku. Jagakan mereka untukku. Maaf kerana aku tidak menjadi ipar yang terbaik pada kalian.







Buat adik bongsuku - Nurul Hidayah @ Nuui;
- Terima kasih kerana menjadi satu-satunya adik perempuanku. Maaf kerana aku tidak menjadi kakak yang terbaik untuk kau teladani.





Untuk anak saudaraku - Nur Amalina Natasha;
- Terima kasih kerana telah menyambung waris legasi atuk dan opah dengan kelahiran cicit pertama- Salma Aulia.



Khas buat kak Zai;
- Terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai adikmu, menumpang kasih kekasihmu.



                 Aku sayang kalian semua,
                        ibu-ibu yang hebat.
                                       ðŸ’ž


2 ulasan:

Nuui berkata...

Ape2 pon sy syg kakak sy dunia akhirat 😘😘

Fuhhh..1st time leave comment dlm blog..haha

Haniza berkata...

Tq2 adik.
Kata gen Y. Komen dlm blog pun nebes. Camane tu😂