Jumaat, 7 Jun 2013

CUTI-CUTI SEKOLAH

Minggu lepas, saya mengambil cuti 4 hari. Sementelah Politeknik belum memulakan sesi perkuliahan semester baru. 4 hari dihabiskan di rumah. Singgah pejabat sekejap on the way ke pasar. Hingga anak-anak merengek kata boring cuti sekolah ni tak ke mana-mana.

Rezeki terpijak, durian runtuh (ada ke musim durian sekarang?), saya membawa anak-anak panjat gunung Cameron Highlands selasa lepas. Dan-dan sampai di Tanah Rata, ketibaan kami disambut hujan lebat. Lepas check in di Strawberry Park Resort, kami jalan-jalan cari makan.



 
 Banglo di puncak bukit. Pemandangan dari balkoni hotel.
 


Ikmal paling teruja bercuti kali ni. Yang penting baginya hotel mesti ada kolam renang, kalau tak pun bath tub. Dua hari menghabiskan masa di puncak gunung, jalan-jalan beli sayur dan buah-buahan, sempat juga melawat MARDI. Ikmal jadi model photo shoot. sementelah katanya gambar dia tak banyak pun nak di post dalam fb.


 
 

 


 
Pusat Teknologi MARDI.

Bola Angry Bird, nak main dengan Kak Lang mandi di kolam nanti.



Menemani anak-anak mandi di kolam, bertemu sepasang datuk dan nenek bercuti bersama 3 cucunya. Sama-sama check out, jumpa di lobi, pakcik tu siap pesan minta saya tonton rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan bulan puasa nanti. Sebab katanya rancangan tu hasil produksi anaknya, Shiela Rusly.




Percutian singkat, namun cukuplah nak reenergize.

To Hasnida, cuti kali ni memang reenergize. Tak jenguk pejabat!
To Zu, mencegah lebih baik dari mengubati. So, sebelum akak stress semula, akak pergi bercuti dulu!