Jumaat, 20 Mei 2016

Gen TVET

Hajat di hati beso sangat.
Nak masuk pertandingan edola la, emcc la, eConvergence la. Tapi tak pandai. Tak dan lagi nak belajo teknik-teknik tu.

Last pikir, try la masuk kategori bergambar Gen TVET. Walaupun tak mahir nak shoot gambo. Kamera DSLR pun takde.

Aku redah aje. Paksa Maah dan Maini join group aku. Sebab aku plan nak shoot gambar yang berkaitan dengan subjek digital entrepreneurship. Agaknya sebab takut ke, idakpun segan ke dengan aku, dema setuju aje.

Dari april berganti mei. Tak siap-siap juga projeknya. Nak 4 keping gambo aje. Tapi disebabkan situasi yang disyaratkan tu, projek mini ni memakan masa.

Kategori 1 : I am TVET
Model 'terpaksa' kami, Indra dan Intan, redha je ikut arahan. Dalam sibuk-sibuk final exam, aku paksa dema beraksi. Settle satu kategori.

Kategori 2 : Tools of the trade
Takde masalah. Susun-susun alat, gajet, snap pic. Siap.

Kategori 3 : TVET Industrial Mentors
Hat ni problem sikit. Mula-mula nak tangkap Fizo Omar. Tapi sebab jadual dia penuh tak dapekla nak nolongnya.

Nasib baik Maah dan Maini bagi idea (depa ni memang banyak idea). 'Puan, kita ada sorang alumni yang buka butik Bawal Ratu di Shah Alam. Kita shoot dengan dia ajelah', cadang Maah. Saya okay aje. Tapi masalahnya jauh nau nak pergi shoot gambaunya. Tapi Maah kata don wori puan. Saya dengan Maini nak cuti-cuti Malaysia seminggu. Nanti kitorang singgah Shah Alam. Dengan syarat puan luluskan permohonan cuti kami ye. Sempat Maah cucuk jarumπŸ˜€. Alhamdulillah. Selesai satu lagi kategori. Depa siap beli tudung bawal swarovski RM100 itupun lepas diskaun 50%!

Cabaran terakhir, nak shoot untuk kategori Little TVET. Syaratnya mesti kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun. Dah booking anak teruna Aleyzan. Time ready nak shooting, depa exam pulak. Switch to anak dara Suzana. Pun sama. Minggu exam. Bukan salah sekolah depa buat exam. Salahnya aku. Suka buat kerja last minute.

Petang semalam siap bawa balik kamera. Konon kalau ada rezeki boleh shoot gambar anak jiran sebelah rumah. Takde la pulak budak-budak main basikal kat depan rumah. Adoi. Hari ni dateline kena hantar. Jammed sekejap otak. Anak sapa la aku nak pinjam ni😟. Semalam dah letih sangat, pukul 9 aku dah 😴. Pasal gambo budak tu esok jela aku pikir. Mudah-mudahan dapat ilham masa tidur nanti. Huh! Sampai ke pagi aku kroh kroh lena.

Pagi tadi ada mesyuarat jam 9.30. Dari rumah aku dah siap bawa tablet lenovo dengan kamera. Stabdby dalam kereta. Kut-kut jumpa budak-budak comel kat mana-mana, aku terjah je la hiks hiksπŸ˜‚.

Selesai mesyuarat, aku bergegas ke kedai cermin mata seberang jalan depan poli. Cermin mata aku dah retak tapi aku belasah je pakai. Selagi bingkainya boleh sangkut kat telinga. Tup-tup 2 hari lepas, aku 'terduduk' atas cermin mata tu. Plak. Adoi! Confirm patah punya. Ya lah muatan berat 60kgπŸ˜‚πŸ˜‚. So kena la buat baru.

Habis urusan aku ngok ngek ngok ngek dengan adik-adik di kedai cermin mata tu, aku pun gerak nak ambil anak-anak balik sekolah. Masa aku hidupkan enjin kereta, on aircond bagi sejuk dulu, mata aku tertangkap kelibat seorang ibu dengan 2 anaknya yang baru balik dari sekolah tadika. Apalagi, aku terjah le cepat-cepat. Peluang jangan ditolak.

Dengan muka tak malunya, aku tegur akak tu. 'Kak, boleh tak saya nak ambil gambar anak akak?'. Akak tu pelik semacam tengok aku. 'Untuk apa ye?' Akak tu tanya aku. Punyala kelam kabut sampai lupa nak buat set induksi πŸ˜‚. Aku pun dengan sopan santunnya bagitau kat akak tu untuk buat projek politeknik. Akak tu pun okay je. Mungkin sebab dia tengok aku dress up profesional rupa cikgu.

Yang kelakarnya, akak tu yang beriya-iya ajar anak-anaknya macamana nak posing.
'Kakak senyum kak'. 'Adik tengok tab akak tu'. 'Kakak buat-buat cakap dengan adik'. Fuh! Daebakk la akak tu. Inilah hasilnya πŸ‘‡

Model bidan terjun,
Elysa dan Eqbal - tqvm adikπŸ˜™

Gambar cantik dah. Tapi layout portrait. Tak konsisten dengan gambar-gambar kategori lain. Aduyai! Nasib baik Maah dan Maini sempat reshoot. Tapi kali ni modelnya anak Pn Zu, adik Sofea. Akhirnya, selesai projek kami. Really last minute. Berjaya jugak aku dan geng nak try luck. At least ada penyertaan dari jabatan. Chaiyok Maah & Maini. Lets fight. Jangan kalah sebelum bertanding.

Inilah hasilnya.

The team - with Rusmaini and Rabi'ah.





Tiada ulasan: