Ahad, 22 Mei 2016

Usia emas....

Kata orang bila menjangkau usia 40an, luangkan masa. Cari kawan-kawan. Ziarah rakan. Jalin persahabatan. Taut ukhuwah. Lapangkan masa hadiri jemputan. Majlis ilmu atau makan-makan.

Aku? Setahun lagi, panjang usia, ada rezeki akan bertemu usia 50an. Dulu, networking kurang. Rasa tiada keperluan. Dunia aku, rumah-pejabat, pejabat-rumah. Di antara dua lokasi tu adale lain-lain lokasi yang disinggah - pasar, sekolah anak-anak. Yang wajib singgah.

Mencari kawan, bertemu sahabat, tersangat jarang. Mungkin kerana keadaan. Tapi sekarang aku cuba mencari ruang, mencipta peluang. Temui rakan yang lama tak bersapa. Bina ukhuwah dengan sahabat-sahabat baru (kadang-kadang tumpang sahabat orang lain). Dan cuba penuhi jemputan jika ada kesempatan.

Hujung minggu ini, penuhi undangan sahabat sekolah rendah, meramaikan rombongan merisik untuk anak saudaranya. Berpeluang bertemu sahabat yang telah lebih 30 tahun terpisah. Sahabat sepermainan. Riuh Bitah bercerita dalam loghat peraknya yang masih pekat. Membahasakan dirinya aye. Kata Bitah sebenonya nak sebut saya, tapi kecik-kecik dulu pelat. Tu yang jadi aye. Walau telah 30 tahun berpijak di bumi merah kuning. Ketawa mengekek dia bila dikenang betapa lasak dan nakalnya dia dulu. Semua budak lelaki takut dengan dia hatta yang paling nakal sekalipun. Seingat aku dulu aku kecik dan pendek dari dia. Tapi la ni aku pulak yang terlebih tinggi dari dia.


Bersama Hasri, Mail, Yam dan Bitah.
                     

Dan hari ini aku menerima 'menantu' angkat. Kami sekeluarga memenuhi jemputan walimatulurus anak didikku, Azrina bersama pasangannya Hisyam.
Dia merupakan pelajar kumpulan projek akhir di bawah seliaanku. Riuh. Mesra. Dan manja. Kebetulan kakaknya adalah rakan sekerja aku di Shah Alam dulu. Tahniah Azrina. Didoakan moga hubungan yang dibina berakhir di jannah. Aamin.

Tahniah Azrina dan HisyamπŸ’‘

Dan rezekiku dapat berjumpa dengan adik kesayangan aku, Zuliana. Hampir 10 bulan tidak bersua muka. Masih kekal awet muda dan mesra dalam santunnya. 

                                       
                                                 Rohaida (kakak Azrina), aku, Zuliana dan Zalina.
                                                  Pertemuan semula rakan sekerja PSA.❤













Dan hari ni baru aku tahu di mana letaknya Subang Bestari walaupun 16 tahun 5 bulan aku bermastautin di Shah Alam. Selama ni tau sebut je. Dan yang lebih excitednya, hari ni first time aku guna waze cari dewan mbsa. Excited giler tengok anak panah tu guide kereta aku sampai depan pagar dewan baq hang πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Selama hari ni aku kebal dengan old school of thought aku - refer to signboard or ask for landmark.

In sha Allah, kerana 'dia' dan dengan izinNya aku semakin faham erti persahabatan. Ziarah dan sembang santai dalam menunaikan tanggungjawab memenuhi undangan, membuka mata dan meluaskan pandanganku tentang erti hidup dan kehidupan. Moga akan ada lebih kesempatan untuk aku menikmati indahnya ukhuwah persahabatan.







Tiada ulasan: