Selasa, 3 Mei 2016

Biar statistik berbicara!!!

Balik dari bercuti hari pekerja, kena masuk mesyuarat jawatankuasa peperiksaan.




Untuk kali kedua sejak berpindah ke sini, aku membentang, melapor prestasi pencapaian pelajar dan tak ketinggalan mencadang rangka program dan tindakan pencegahan dan penambaikan bagi menambahbaik prestasi semasa di semester akan datang.

Giliran aku yang akhir sekali dari 7 jabatan. Letih. Bukan sebab menunggu giliran. Tapi sebab memaksa otak aku merangka strategi dan jawapan berdasarkan pembentangan rakan-rakan kj yang lain.


Bukan kerja senang. Bila kena tanya - kenapa jadi macam ni? Apa yang you buat? Ishh mau berpeluh dingin aku kalau jawapan tak menepati soalanπŸ˜“. PPJ Pn Azu pun sama tak senang duduk sebelah aku sebab kejap-kejap aku tanya ini, mintak itu. Terima kasih Azu kerana bertabah sehingga tiba giliran kita membentang☺.

Alhamdulillah prestasi jp jarang yang tidak membanggakan.

- 98.98% pelajar layak meneruskan pengajian
- 95% - 100% pencapaian objektif kecemerlangan akademik
- 167 penerima AKJ
- 99.27% pelajar semester akhir lulus penuh
- 17 penerima AKKJ
- 100% pelajar lulus latihan industri dengan gred cemerlang dan kepujian


Pencapaian terbaik antara semua jabatan πŸ“ˆπŸŒˆπŸŽˆπŸŽ†πŸŽ‡πŸŽŠ

Walaupun masih ada isu-isu yang perlu ditangani dengan lebih khusus, secara peribadi, aku sangat berbangga mempunyai team yang berkaliber, komited dan berdedikasi dalam memastikan prestasi kami kekal unggul.

Banyak juga pelaksanaan program semester ini menampakkan hasil yang diharapkan. Walau kecil tapi impaknya besar.

To all my awesome academic staffs, thank you for being here with me. You make it happen. Keep up the good work and momentum. Together we excel!!



You fill a special place in my heart❤

To all my students, best of luck!!!


Tiada ulasan: