Isnin, 9 Mei 2016

Sehari semukasurat πŸ“–

Hasrat nak menulis buku dah lama ada. Niat dah lama tertanam di hati. Tekad pun kuat juga. Tapi.....sense of urgency kurang sikit.

Sementelah cuti semester kali ni agak panjang (memang panjang oooo...2 bulan!), aku memaksa diri memulakan mukaddimah penulisanku.

Puas juga memikir konsep buku yang macamana aku nak tulis. Kalau setakat fakta dan teori semata, rasanya berlambak buku sebegitu di pasaran. Dalam Bahasa Malaysia ada. English ada. Locally published ada. International lagi la banyak. Tinggal lagi nak baca atau tak nak je.

Masa mula-mula terjun dalam dunia pendidikan ni (cewah! dah macam perenang terjun di papan anjal pulak rasanya😁), aku pun heran kenapa la bebudak sekarang ni tak rajin nak beli buku apatah lagi nak baca buku.

Masa aku belajar dulu dari zaman diploma hingga ke sarjana, perkara pertama yg kami buat bila dapat course framework dari pensyarah ialah pegi cari buku rujukan. Sanggup beli original. Taknak fotostat sebab takde ummmph bila nak baca nanti. Kalau pinjam kat library nanti tak boleh nak kalerkan key points dengan highlighter yang berwarna-warni tu. Semangat nak membaca rasa lain macam sikit bila tengok buku yang dah diwarna-warnikanπŸ˜€. Pegi kuliah siap kepit buku tu tak main la bawak beg besor sandang kat bahu. Baru nampak ala-ala orang educated walhal belum confirm lagi akan grad chia chia chiaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Bebudak sekarang nak tengok depa baca buku, entahle. Dah dua semester aku di sini, awal sem masuk kelas dah siap pesan mintak student beli buku. Kalau tak cukup duit, pakat-pakat le sorang beli satu buku pas tu share. Tak pun cari senior yang nak jual buku preloved depa. Dapat le murah sikit.

Tapi tak maunya dema. Sem ni aku ajar subjek insurans untuk student business studies. Awal-awal aku dah pesan suruh beli buku ni buku tu untuk rujukan. Tapi sampai ke sudah takde sorang pun yang beli.

Okay, aku takde masalah. Mengajar tetap mengajar. Tapi masalahnya ialah student aku confirm tak buat pre-reading sebelum masuk kelas dan sah-sah revision lepas kelas pun idakle jawabnya. Bulat-bulat harap kat nota dan slide yang aku guna dalam kelas.

Nak salahkan depa πŸ’―% pun tak adil jugak. Sebab buku-buku yang ada tu sangat theoritical. Ayat panjang berjela. Tu belum lagi dengan jargons yang memeningkan orang yang first time baru nak belajar what is insurance. Yang kau memang tak boleh kelentong goreng macam kau jawab soalan what is management.

So aku plan nak tulis buku guna approach soalan final exam. In a point form so that my students will be directed straight to the content. Kalau nak sembang lebih pasal intro, stimulus of the knowledge whatsoever, pensyarah boleh buat dalam kelas. Terangkan dengan panjang lebar. The book to me should serve as a reinforcement tool prior and after lecture.

So, for the past few days, I have wrote 15 pages covering 2 chapters. Lot more to go. Hope I would be able to share it with my students in the coming semester.



Good luck Haniza. You can do it!!!



Tiada ulasan: