Jumaat, 13 Mei 2016

Bila masanya tiba....

Tiap permulaan, ada pengakhiran.
Tiap pertemuan, ada perpisahan.
Itulah resmi kehidupan.

Pertama kali bertemunya semasa minggu suaikenal pelajar baru. Sesi Jun 2015. Aku pun orang baru juga masa tu. Baru seminggu lapor diri. Sedang aku 'ditemuramah' oleh beberapa rakan kj yang lain (maklum orang baru) sambil menunggu majlis taklimat pelajar baru, dari jauh aku tengok seorang yang agak berumur siap bersongkok, berkerusi roda menuju ke khemah kami. Dalam hati aku cakap -la kesiannya pakcik tu. Berkerusi roda tengah-tengah panas. Hantar anak daftar kot.

Dalam aku berkata-kata sendiri, aku nampak YDP JPP menuju ke arahnya. Bantu menolak kerusi rodanya ke arah kami. Dia duduk di sebelah aku. Ah sudah! Suspen dah aku. Sapa pulak dia ni.  Dia tanya aku - ni Pn Haniza kan? KJP yang baru lapor diri tu? Aku ye kan aje. Pas tu aku senyap. Control cun gitu๐Ÿ˜‚. Bila dia leka bersembang dengan orang sebelah cepat-cepat aku cuit Kak Sita. Sapa tu? Kak Sita kata, itulah TPSA. Fuh! Nasib baik aku tak panggil dia pakcik tadi๐Ÿ˜ฅ. Rupanya dia masih dalam cuti sakit. Kecederaan kaki yang agak serius.

Sejak itu acapkali juga aku berurusan dengannya. Mudah mesra. Seorang yang kaya pengalaman. Hari ini genap 37 tahun perkhidmatan beliau. Bersara wajib 58 tahun. Dua hari lepas kami meraikannya di majlis makan tengahari. Diminta berucap. Katanya panjang teks yang disediakannya. Tapi tak terucapkan. Sebak hatinya hingga teresak-esak tangisnya.

Dan petang tadi pun di majlis ringkas mengiringinya untuk punch out hari terakhirnya, masih lagi tidak terlafaz olehnya sepatah kata pun.

Terima kasih Tn. Haji. Doa kami mengiringi tuan sekeluarga.

                            Sayonara.

Lunch farewell at City Bayview

Momen tetakhir di pejabat TPSA

Berkaca matanya saat namanya diturunkan

Dalam tawa menahan sebak

Happy birthday Haji


The moment......

P/s : tahun lepas masa kawan-kawan buat farewell kat aku, disuruh berucap sepatah dua kata, aku teriak gak. Kj aku kata, ngada. Hang sendiri yang mintak pindah, gatai nak teriak pulak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.






Tiada ulasan: