Khamis, 26 September 2019

Ini syurga kami





Ini rumah akak. Syurga akak, sementara, selagi bernafas. Banyak kenangan tercipta di sini. Senyum, tawa, tangis. Dengan anak-anak. Dengan suami.

Sejak akak berhijrah, rumah ni kami tinggalkan kosong. Bertahun. Akak berhijrah membawa hati, merawat luka.

Hinggalah tahun lepas. Bersama suami, kami bina semula rumah kami, syurga kami ini, jadikan homestay.

HoneyBee Homestay. Bukan untuk untung niaga. Sekadar memastikan rumah tidak tinggal kosong, lama. Sambil membantu musafir yang berurusan di kawasan sekitar.

In shaa Allah, akak akan kembali ke rumah ini. Ini syurga kami. Walaupun suami akak tiada lagi di sisi, akak tahu dia sentiasa ada.
Al Fatihah.

Selasa, 24 September 2019

A note a day

Hari ni sempat mengikuti kursus Komunikasi Berkesan Melalui NLP. Masuk dah tengah-tengah sebab semalam ada mesyuarat so skip few slots.

Sangat menarik. Memahami bagaimana orang berfikir memudahkan kita berkomunikasi dengan mereka. Dalam kata mudah, mesej diterima, difahami dan objektif tercapai.

Juga ada slot bertemu Doktor. Bukan sebarangan doktor. Doktor yang boleh menganalisis peribadi kita melalui tulisan.

Seriau jugak nak mengadapnya tadi. Dengan 3 perenggan karangan je, doktor tu boleh reveal macam2 tentang sifat diri kita.

Akak orang kumulatif katanya.
Step by step, follow procedure. Tapi takle takde pertimbangan langsung. Procedure first. Hujunggggg nanti baru timbul budibicara. See, akak takle kejam nau kan😉

Katanya, akak positif. Stress takde. Akak tau apa akak nak dalam hidup. Akak jelas hala tuju. Dan akak ni sebenarnya talkative, tapi selective. Kannn akak dah cakap. Akak ni banyak cakap orangnya tapi pilih2 topik kalau nak cakap banyak. Selalu yang jadi mangsa gegendang telinga students le. Depa cuit je akak sikit, haaa sediala tadah telinga dengau akak tazkirah😁.

Bab2 membawang ni akak kurengg. Makan bawang ye akak suka.

Alhamdulillah. I understand my true self. Doktor tu pesan, menulislah setiap hari. Kerana ianya adalah terapi. So akak berazam akan menulis. A note a day. Online and offline. Doakan akak istiqomah ye. Aamiin.

             Kanan Kiri akak tu the Doctors.       

Kanan kanan, kiri kiri dan belakang akak tu semua my brothers and sisters. I love all of you.

Rabu, 18 September 2019

Terakhir Kali

Sungguh. Benar.
Alhamdulillah
Allah swt beri saya peluang duduk berjaga semalaman, bercakap dgn arwah mak sejak dibawa keluar dr emergency room hingga ke helaan nafasnya yg terakhir.

Walau mak tak bersuara, kerdip matanya, linangan airmatanya tiap kali saya bisikkan al-Fatihah adalah kenangan yang tak mungkin dilupakan.

Saat saya sapukan air dibibirnya dan melihat mak menjilatnya~ Allahuakbar. Rasa pecah dada saya.

Kering airmata mak bagai kristal saat saya minta mak bertahan dan berbisik di telinganya ~ chik dah nak sampai. Mak tunggu adik ye. Jantung saya bagai dipalu. Kerana saya tau janjiNya tidakkan tercepat maupun terlewat.

Tiap titis airmata saya membacakan surah Yaasin takkan dapat menyamai titis airmata mak melahirkan membesarkan saya.

Allah swt beri saya peluang memandikan mak. Mensucikan mak. Mewudukkan mak. Untuk kali terakhir.

Waktu jenazah mak tiba di rumah untuk persinggahan kali terakhir, saya tak lepas menatap wajah mak. Dihujung kepalanya. Kerna selepas itu saya tau saya hanya akan dapat menatap gambarnya sahaja.

Alhamdulillah anak2 lelaki mak mengusung jenazahnya ke kubur. Menyambut jenazahnya di liang lahad. Membuka ikatan kafannya. Mengiringkan mak ke arah kiblat. Dan menyempurnakan pengkebumiannya.

Sungguh. Ingatan itu takkan pernah luput.
Sungguh. Rindu ini takkan pernah pudar. Apalagi terpadam.

Saya rindu mak. Serindu-rindunya.
Al-fatihah untuk mak, Allahyarhamah Saidah bt Buyong.
12/7/16