Selasa, 31 Mei 2016

Cerita hari ini

16 Mei dah mula gerak kerja. Hasrat murni warga JKE khasnya dibantu beberapa tenaga kerja dari lain-lain jabatan dan unit. Membantu pihak Masjid as-Suja'ah, dalam membersih peralatan dan kawasan masjid sempena menyambut ketibaan Ramadhan tak lama lagi. Tak terkecuali memasang pendawaian elektrik serta menyumbang kipas angin bagi menampung keperluan jemaah nanti. Tenaga kerja JP yang terlibat menyumbang kepakaran mengemaskini perakaunan masjid serta merekod inventori aset.

Alhamdulillah. Pagi tadi telah diadakan majlis penutup. Mudah-mudahan sumbangan kecil ini memberi keselesaan kepada para jemaah nanti.

                      



Group JP menyumbang dalam mengemaskini sistem
perakaunan masjid.


Usai majlis, berkejar balik ke pejabat. Majlis meraikan pertukaran staf. Adat dalam perkhidmatan. Bertukar dan berpindah. Biasa. Kami menerima 2 staf baru. Dan melepaskan 2 staf yang banyak berjasa.
Untuk Pn Kairani dan En Mohd Firdaus, selamat datang ke JP. Dan buat Pn Maya serta En Saiful, selamat bertugas di tempat baru. InshaAllah silaturrahim akan kekal terjalin.





 Selamat jalan Maya. Moga kita akan bertemu lagi😙


Isnin, 30 Mei 2016

Jejak sahabat

Hidup dan kehidupan. Banyak warna. Bermacam cerita.
Apa yang ada di sekeliling kita. Tak semua difahami. Kerana kita tidak berada di dalamnya.

Aku tabik kawan-kawan aku. Megat. Rizal. Maimon. Berikhtiar menemukan kawan.
Berusaha menjejak sahabat. Maimon sanggup datang dari Perak. Bermalam di rumah adik. Nak join jumpa Ija. Kecil sangat rasa diri. Selalu bertangguh dan beralasan bila diajak.

Rancang, pakat melalui mesej. Kami nak melawat Ija, kata Megat. Kalau lapang jemputlah bersama kami. Congak sana, congak sini. At last, aku kata in sha Allah, ada rezeki kita jumpa ye.

Semalam, hadir jemputan kenduri kahwin di Port Klang. Adatlah bila berjumpa kawan-kawan lama, satu jam jadi dua. Mata kejap-kejap belek jam. Janji pukul 3 nak jumpa di stesen bas Greenwood. Tapi pukul 3.20 pun belum gerak lagi . Dalam hati, takpelah takde rezeki nak jumpa kali ni.

Jam 3.30 baru gerak dari Port Klang. Mesti depa dah sampai rumah Ija. Dalam hati redha ajelah. Aku teks Megat. Megat jalanlah dulu ye. Kalau ada rezeki kita jumpa. Tup-tup Megat balas. Kami baru sampai Selayang. Alhamdulillah. Masih ada harapan nak berjumpa kawan-kawan.

Akhirnya berjumpa juga kami, datang dari 3 penjuru -  BB, Klang dan Port Klang. Megat dan Rizal jadi ketua rombongan dan pemandu arah. Menjemput aku dan Aizura yang tersesat. Maimon dah standby di rumah Ija.

Gembiranya dapat jumpa Ija, Maimon dan Aizura. Sahabat zaman kecil aku. 38 tahun terpisah. Makcik Nyian, mak Ija masih ingat semua kenangan kami kecik-kecik dulu. Semua sedara mara aku masih dalam ingatannya. Sepatah kata Makcik Nyian, macamna makcik tak ingat kamu, anak Baharom. Masa kamu lahir abah kamu bagi nama kamu Haniza. Kata Makcik, masa Ija lahir, Pakcik Idrus tanya abah kamu, nak bubuh nama apa anaknya ni. Depa pakat dua orang, anak aku Haniza, ko bubuh nama anak ko Norliza. Dan bila sekolah kami sekelas.

Kami mengimbau kenangan manis. Segala selok-belok, blok berapa, lorong berapa, adik-beradik berapa, abang adik nama apa, semua kami ingat. Sebab bila berkawan, habis semua nama mak bapak adik beradik kawan kami akan tahu. Mana taknya. Kami-kami yang sebaya ni dah tentulah main sama-sama. Bila geng abang kakak main, kami pun join sama. Lapar, dahaga, mana dan aje singgah makan minum rumah sesiapa. Itulah indahnya hidup kanak-kanak dulu.

In sha Allah, silaturrahim akan terus ditaut selepas ini. Sementelah Megat pun ada bercadang nak kumpulkan kawan-kawan sekelas Rajin. Sebab kami memang rapat dan ingatan itu lebih kuat. Maimon aje dari kelas Usaha. Sepatah kata Mon, tak acilah. Mon pun nak join juga. Don wori Mon, nanti kita jemput Mon sekali ye.


Dalam erat genggaman tangan, sempat Aizura bertanya soalan cepumas.

Bersama Ija dan keluarganya, dan Megat serta Rizal

Jejak sahabat Maimon, selepas beberapa kali tertunda nak jumpa.

Ija, Maimon, aku dan Aizura

Alhamdulillah punya sahabat yang sangat mengambil berat. Janjinya, pertemuan semalam adalah pembuka jalan kepada pertemuan seterusnya (sebab dah tau jalan nak pi rumah). In sha Allah doa kami sentiasa ada untuk sahabat semua. Semoga di bulan mulia Syaaban ini yang membawa ke Ramadhan akan membawa sinar bahagia buat sahabat. Aamiin.

Khamis, 26 Mei 2016

Audit diri


Minggu lepas dah penat bersukan (depa la). Aku takat ambil bahagian english games.
Pagi tadi berlangsung tazkirah Ihya Ramadhan di Pusat Islam PMM. Juga anjuran KSK. Usai majlis tetamu dihidangkan juadah ringan. Ringan tak ringanlah jugak. Siap dengan kari kambing. Finger liking good dengarnya. Hingga ramai yang minta contact no chef.

Petang tadi, diadakan brief talk on Diabetic. Oleh pasukan dari Mahkota Medical. Salah seorang darinya adalah alumni JP. Brief but  very informative. Ditunjukkan punca-punca diabetes. Kesan dan akibat. Dan cara-cara mengawal serta mencegah diabetes.

 

Sumber gula antaranya adalah beras. Baru tau apa beza sebenar dari sudut kesihatan antara beras putih, beras perang, beras basmathi, beras siam.  Bezanya kadar penyerapan gula dalam darah. Yang paling cepat terserap ialah beras putih. Yang paling lambat - beras perang. So mulalah memakan beras perang ye lepas ni huhu

Sesiapa yang dah ter'ada' diabetes tu dan disarankan mengambil ubat secara berterusan, ikutlah nasihat pakar. Jangan skip ubat hanya kerana orang kata banyak makan ubat akan merosakkan buah pinggang. Sepatah kata Pn Hazliza, buah pinggang rosak bukan disebabkan oleh ubat. Bila kita tak makan ubat, gula dalam darah semakin membukit dan itulah punca sebenar yang akan merosakkan buah pinggang.

Sekarang ni di fb sibuk ramai yang post tentang diet atkins. Aku pun malu-malu alah tanya kat Maah semalam. Diet atkins tu apa Maah? Maah kata diet makan sayur dan buah aje puan. Tak makan nasi.
Sebenarnya untuk kekal sihat dan bertenaga, karbohidrat adalah perlu. Tak boleh tak makan nasi langsung. tapi makan dalam kuantiti yang mencukupi. Bila disarankan makan nasi 1/4 pinggan sahaja, masing-masing mengeluh. Ala lapo le macam ni😢.




Bersama Maah, Hanim dan Nurol


Bila ditunjukkan gambar kesan akibat kandungan gula ysng tinggi, semua eeee . Nak-nak Maah yang duduk sebelah aku. Siap cover muka tak nak tengok gambo kuku kaki cengkam, cagu, dan macam-macam lagi gambo yang agak mengerikan. Bukan hanya sebab diabetes. tapi jugak kesan pemakaian kasut bertumit tinggi.



Maah cover mata tak nak tengok kuku cagu


Selesai talk dijalankan pemeriksaan gula, tekanan darah dan degupan jantung serta bmi. Masing-masing takjub tengok alat yang diguna untuk ukur bmi. The best part dalam pemeriksaan bmi ialah mengukur kandungan miserable fats dalam organ. Sebabnya kandungan miserable fats ni menentukan bioage seseorang. Hahaha hanya kerana miserable fats aku 6 bioage aku bertambah 4 tahun dari usia sebenar. Waaaaaa 😭😭😭! Maknanya bioage yang cik meaww dalam fb cakap tu membohong la ye😡.

The ladies queuing for bp test


Hazma, Eva, Mid and Esly. Eva je pandang kamera sebab dia muda dari usia

Envy kat Eva. She is 8 years younger that her actual age😑
 

Me and Zara. The machine recorded we are sebaya😂

My result. Still okay. But have to get rid off the miserable fats
Moral of the story : masih gagah berlari, masih kuat mendaki, masih tegak berjalan tidak bermakna kita sihat. Luaran menampakkan tiada yang kurang. Rupanya kat dalam dah bersarang lemak-lemak jahat. Gula yang diserap dah boleh supply kat kilang CRS.

Gotta do something with it. So petang tadi, jog dengan anak keliling taman perumahan. 1/2 jam aje. Day 1 warm up dulu. Jalan. Lari-lari anak. Habis semua lorong aku masuk.  Balik rumah rehat. Sedar-sedar dah azan Maghrib. Pengsan mak😂😂😂. Mudah-mudahan aku akan teruskan aktiviti jog untuk kesihatan diri.

First day jog dengan anak bongsu.

Selasa, 24 Mei 2016

Moh kita bersukan...Part 2

Bermula 18 mei - indoor games. Juara keseluruhan dengan 1 emas dan 2 perak. Diikuti dengan 1 gangsa untuk catur (w).

Day 1 medallists

Khamis minggu lepas berlangsung pertandingan petanque dan bola tampar. Petanque bertahan hingga suku akhir. Tiada rezeki nak kumpul pingat dari sukan padang. Never mind. Tak menang pingat, kita menang tubuh sihat💪.

Pemain dan penyokong bola tampar.
Gigih mereka berlatih hingga Hidayat injured.

Geng petanque. Pose dulu!

Jumaat - the girls enjoying themselves dengan futsal. Gangsa. Hebat dema. First trial. Depa kata kami berlatih aje ni puan. Sebab tu dapat gangsa. Tahun depan we go for gold. Chaiyok!

The bronze girls in lavender


Semalam ceria berbaju pink, mereka berseronok di MIBC. Berbowling mereka beramai-ramai. Satu lagi emas untuk JP.

             
Nak enter frame jugak sebab tak
dapat ikut ke MIBC😭

The bowlers in pink😀
The golden boys.

Setakat pagi tadi, JP berkongsi tempat ke 3 bersama JKM dengan 2 emas dan 2 gangsa. Kemenangan petang ini adalah penting untuk menjarakkan kedudukan kami😥.

Pungutan pingat setakat pagi tadi.
                       
Dari pagi tadi berlangsung perlawanan badminton. Staf aku turun penuh semangat. Mempertahankan kejuaraan 2 tahun berturut-turut. Menjelang petang dikhabarkan mereka berjaya mara ke peringkat akhir menentang JKA. Untuk mara ke akhir, bukan mudah. Sepatah kata Zali, teruk saya kena bantai 11-2, 11-3. Saya kata okayla tu. Sebab shuttle tu kita tak boleh pegang. Kalau boleh pegang, senang cerita.

Aku luangkan masa untuk bersama-sama mereka. Masuk aje pusat sukan Rakime siap inform aku. Puan, tekanan sangat tinggi ni. Diaorang takut nak lawan kita. Tapi kami lagi takut sebab nak pertahankan maruah.

Aku kata takpe. Yang penting kita lawan. Hoirie & Saiful, Zali & Hamam (beregu yang menceriakan petang kami😂), Lina & Azu, Rus & Fizz serta gandingan Rakime & Aidi (pemain impot😀). Semangat juang mereka sangat tinggi. Azu sempat terpelecok tapi meneruskan permainan hingga menang. Konsentrasi Fizz sedikit terganggu bila anaknya turut masuk gelanggang. Namun akhirnya menang untuk menjadikan seri 2-2. Dan gandingan Kime serta Aidi berjaya melenyapkan impian JKA untuk merampas kejuaraan pada kali ini.


The champs for 3 consecutive years. Bravo JP!!


Congrats to all, the players and supporters.
Kita nantikan games yang seterusnya esok.

Isnin, 23 Mei 2016

Tetamu jauh dan dekat

Minggu lepas meeting tergempar. Bukanle tergempar sebab isu serius. Tapi short notice. Isi cerita, nak terima tetamu jauh. Delegasi anak-anak SMA dari Indonesia.

Pelan awal, selesai sesi taklimat dan suai mesra, delegasi akan dibawa melawat kampus terutamanya 5 jabatan akademik induk. Fokus - hospitaliti dan pelancongan serta bisnes.

Pada hari kejadiannya pagi tadi, prinsipal yang mengiringi delegasi dah tak larat nak round semua. Termasuk 2 LO kami, Pn Nani dan En Jais. Sepatah kata Pn Nani, energetik sungguh bebudak ni. Tak larat ngejau😂😂.

Delegasi singgah di JPH, JP dan JKE. JKA dan JKM ambik bau aje. Sempatlah aku menerangkan serba sedikit program pengajian di Jabatan Perdagangan. Harapnya lepas ni nanti akan ada kerjasama 2 hala antara kami.


Penerangan ringkas di JPH, JP dan JKE



Menjelang petang, aku menanti ketibaan sahabat sekolah menengah dari Perak. Datang ke Merlimau untuk urusan pendaftaran pengajian anaknya di UiTM Jasin. Aku tawarkan diri untuk carikan tempat penginapan di poli. Tapi penuh la pulak. Alhamdulillah, dapat juga homestay Ayah Soh Taman Merlimau Bestari. Townhouse.

Berbual dengan Cik Tati masa ambil kunci tadi - ada orang dari kelantan dah call sebelum you. Tapi dia nak discuss dulu. Lepas tu you call and confirm booking. Rezeki you sebab confirm awal. Orang tu nak sewa 3 malam. Tapi kami dahulukan siapa yang confirm dulu walaupun you sewa satu malam aje. Terima kasih banyak Cik Tati kerana memudahkan urusan sahabat saya. Moga Allah panjangkan rezeki anda sekeluarga.

Alhamdulillah dapat bertemu Rohana sekeluarga di sini. Selfie kat medan selera aje sebab rushing nak masuk ofis balik.Dan of course gambar ni masuk wasap group
😙Kintarian di hati💖. Bukti pertemuan sahabat☺.





Moga esok dipermudahkan segala urusan sahabatku sekeluarga. Aamiin.

Ahad, 22 Mei 2016

Usia emas....

Kata orang bila menjangkau usia 40an, luangkan masa. Cari kawan-kawan. Ziarah rakan. Jalin persahabatan. Taut ukhuwah. Lapangkan masa hadiri jemputan. Majlis ilmu atau makan-makan.

Aku? Setahun lagi, panjang usia, ada rezeki akan bertemu usia 50an. Dulu, networking kurang. Rasa tiada keperluan. Dunia aku, rumah-pejabat, pejabat-rumah. Di antara dua lokasi tu adale lain-lain lokasi yang disinggah - pasar, sekolah anak-anak. Yang wajib singgah.

Mencari kawan, bertemu sahabat, tersangat jarang. Mungkin kerana keadaan. Tapi sekarang aku cuba mencari ruang, mencipta peluang. Temui rakan yang lama tak bersapa. Bina ukhuwah dengan sahabat-sahabat baru (kadang-kadang tumpang sahabat orang lain). Dan cuba penuhi jemputan jika ada kesempatan.

Hujung minggu ini, penuhi undangan sahabat sekolah rendah, meramaikan rombongan merisik untuk anak saudaranya. Berpeluang bertemu sahabat yang telah lebih 30 tahun terpisah. Sahabat sepermainan. Riuh Bitah bercerita dalam loghat peraknya yang masih pekat. Membahasakan dirinya aye. Kata Bitah sebenonya nak sebut saya, tapi kecik-kecik dulu pelat. Tu yang jadi aye. Walau telah 30 tahun berpijak di bumi merah kuning. Ketawa mengekek dia bila dikenang betapa lasak dan nakalnya dia dulu. Semua budak lelaki takut dengan dia hatta yang paling nakal sekalipun. Seingat aku dulu aku kecik dan pendek dari dia. Tapi la ni aku pulak yang terlebih tinggi dari dia.


Bersama Hasri, Mail, Yam dan Bitah.
                     

Dan hari ini aku menerima 'menantu' angkat. Kami sekeluarga memenuhi jemputan walimatulurus anak didikku, Azrina bersama pasangannya Hisyam.
Dia merupakan pelajar kumpulan projek akhir di bawah seliaanku. Riuh. Mesra. Dan manja. Kebetulan kakaknya adalah rakan sekerja aku di Shah Alam dulu. Tahniah Azrina. Didoakan moga hubungan yang dibina berakhir di jannah. Aamin.

Tahniah Azrina dan Hisyam💑

Dan rezekiku dapat berjumpa dengan adik kesayangan aku, Zuliana. Hampir 10 bulan tidak bersua muka. Masih kekal awet muda dan mesra dalam santunnya. 

                                       
                                                 Rohaida (kakak Azrina), aku, Zuliana dan Zalina.
                                                  Pertemuan semula rakan sekerja PSA.❤













Dan hari ni baru aku tahu di mana letaknya Subang Bestari walaupun 16 tahun 5 bulan aku bermastautin di Shah Alam. Selama ni tau sebut je. Dan yang lebih excitednya, hari ni first time aku guna waze cari dewan mbsa. Excited giler tengok anak panah tu guide kereta aku sampai depan pagar dewan baq hang 😂😂😂. Selama hari ni aku kebal dengan old school of thought aku - refer to signboard or ask for landmark.

In sha Allah, kerana 'dia' dan dengan izinNya aku semakin faham erti persahabatan. Ziarah dan sembang santai dalam menunaikan tanggungjawab memenuhi undangan, membuka mata dan meluaskan pandanganku tentang erti hidup dan kehidupan. Moga akan ada lebih kesempatan untuk aku menikmati indahnya ukhuwah persahabatan.







Jumaat, 20 Mei 2016

Gen TVET

Hajat di hati beso sangat.
Nak masuk pertandingan edola la, emcc la, eConvergence la. Tapi tak pandai. Tak dan lagi nak belajo teknik-teknik tu.

Last pikir, try la masuk kategori bergambar Gen TVET. Walaupun tak mahir nak shoot gambo. Kamera DSLR pun takde.

Aku redah aje. Paksa Maah dan Maini join group aku. Sebab aku plan nak shoot gambar yang berkaitan dengan subjek digital entrepreneurship. Agaknya sebab takut ke, idakpun segan ke dengan aku, dema setuju aje.

Dari april berganti mei. Tak siap-siap juga projeknya. Nak 4 keping gambo aje. Tapi disebabkan situasi yang disyaratkan tu, projek mini ni memakan masa.

Kategori 1 : I am TVET
Model 'terpaksa' kami, Indra dan Intan, redha je ikut arahan. Dalam sibuk-sibuk final exam, aku paksa dema beraksi. Settle satu kategori.

Kategori 2 : Tools of the trade
Takde masalah. Susun-susun alat, gajet, snap pic. Siap.

Kategori 3 : TVET Industrial Mentors
Hat ni problem sikit. Mula-mula nak tangkap Fizo Omar. Tapi sebab jadual dia penuh tak dapekla nak nolongnya.

Nasib baik Maah dan Maini bagi idea (depa ni memang banyak idea). 'Puan, kita ada sorang alumni yang buka butik Bawal Ratu di Shah Alam. Kita shoot dengan dia ajelah', cadang Maah. Saya okay aje. Tapi masalahnya jauh nau nak pergi shoot gambaunya. Tapi Maah kata don wori puan. Saya dengan Maini nak cuti-cuti Malaysia seminggu. Nanti kitorang singgah Shah Alam. Dengan syarat puan luluskan permohonan cuti kami ye. Sempat Maah cucuk jarum😀. Alhamdulillah. Selesai satu lagi kategori. Depa siap beli tudung bawal swarovski RM100 itupun lepas diskaun 50%!

Cabaran terakhir, nak shoot untuk kategori Little TVET. Syaratnya mesti kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun. Dah booking anak teruna Aleyzan. Time ready nak shooting, depa exam pulak. Switch to anak dara Suzana. Pun sama. Minggu exam. Bukan salah sekolah depa buat exam. Salahnya aku. Suka buat kerja last minute.

Petang semalam siap bawa balik kamera. Konon kalau ada rezeki boleh shoot gambar anak jiran sebelah rumah. Takde la pulak budak-budak main basikal kat depan rumah. Adoi. Hari ni dateline kena hantar. Jammed sekejap otak. Anak sapa la aku nak pinjam ni😟. Semalam dah letih sangat, pukul 9 aku dah 😴. Pasal gambo budak tu esok jela aku pikir. Mudah-mudahan dapat ilham masa tidur nanti. Huh! Sampai ke pagi aku kroh kroh lena.

Pagi tadi ada mesyuarat jam 9.30. Dari rumah aku dah siap bawa tablet lenovo dengan kamera. Stabdby dalam kereta. Kut-kut jumpa budak-budak comel kat mana-mana, aku terjah je la hiks hiks😂.

Selesai mesyuarat, aku bergegas ke kedai cermin mata seberang jalan depan poli. Cermin mata aku dah retak tapi aku belasah je pakai. Selagi bingkainya boleh sangkut kat telinga. Tup-tup 2 hari lepas, aku 'terduduk' atas cermin mata tu. Plak. Adoi! Confirm patah punya. Ya lah muatan berat 60kg😂😂. So kena la buat baru.

Habis urusan aku ngok ngek ngok ngek dengan adik-adik di kedai cermin mata tu, aku pun gerak nak ambil anak-anak balik sekolah. Masa aku hidupkan enjin kereta, on aircond bagi sejuk dulu, mata aku tertangkap kelibat seorang ibu dengan 2 anaknya yang baru balik dari sekolah tadika. Apalagi, aku terjah le cepat-cepat. Peluang jangan ditolak.

Dengan muka tak malunya, aku tegur akak tu. 'Kak, boleh tak saya nak ambil gambar anak akak?'. Akak tu pelik semacam tengok aku. 'Untuk apa ye?' Akak tu tanya aku. Punyala kelam kabut sampai lupa nak buat set induksi 😂. Aku pun dengan sopan santunnya bagitau kat akak tu untuk buat projek politeknik. Akak tu pun okay je. Mungkin sebab dia tengok aku dress up profesional rupa cikgu.

Yang kelakarnya, akak tu yang beriya-iya ajar anak-anaknya macamana nak posing.
'Kakak senyum kak'. 'Adik tengok tab akak tu'. 'Kakak buat-buat cakap dengan adik'. Fuh! Daebakk la akak tu. Inilah hasilnya 👇

Model bidan terjun,
Elysa dan Eqbal - tqvm adik😙

Gambar cantik dah. Tapi layout portrait. Tak konsisten dengan gambar-gambar kategori lain. Aduyai! Nasib baik Maah dan Maini sempat reshoot. Tapi kali ni modelnya anak Pn Zu, adik Sofea. Akhirnya, selesai projek kami. Really last minute. Berjaya jugak aku dan geng nak try luck. At least ada penyertaan dari jabatan. Chaiyok Maah & Maini. Lets fight. Jangan kalah sebelum bertanding.

Inilah hasilnya.

The team - with Rusmaini and Rabi'ah.





Khamis, 19 Mei 2016

Kolaborasi bersama industri

Jalinan kerjasama bersama industri merupakan di antara KPI tahunan yang perlu dicapai. Bulan pertama aku menjejakkan kaki di sini, Pn Suria, semasa briefing serah tugas, dah maklumkan bahawa JP belum ada kolaborasi dengan mana-mana industri lagi. Termenung aku sekejap. Pertamanya sebab aku pun belum jelas selok belok nak memulakan langkah ke arah itu. Dan yang keduanya, aku tak ada rapport dengan industri berhampiran.

Tetapi seperti yang aku sebut dalam entri aku sebelum ini, pegawai-pegawai di jabatan aku sangat proaktif dan progresif. Alhamdulillah akhirnya nota kolaborasi (NoC) di antara PMM dan Koko Minda Food Industries berjaya dimeterai hari ini.

Menariknya tentang operasi syarikat ini, dengan tenaga kerja tempatan penduduk sekitar Serkam seramai 25 orang, pengeluaran dibuat dengan mengambilkira amalan-amalan sunnah. Selain dari bahan-bahan mentahnya, alunan ayat-ayat suci al-Quran berkumandang setiap masa. Operasi mencampur bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran produk hanya dilakukan oleh pekerja lelaki sahaja. 80% kerja dilakukan menggunakan mesin dan kerja pembungkusan produk ke dalam kotak masih dilakukan secara manual. Sepatah kata pemiliknya, jika semua kerja dimesinkan takde kerjalah pekerja-pekerja saya.

Dan syarikat ini sedang mendaki ke puncak bilamana mereka sedang dalam rangka kerja membina kilang yang lebih besar bagi membolehkan mereka membuat pengeluaran dalam volum yang lebih besar untuk memenuhi permintaan tender yang baru sahaja mereka perolehi. Dan mereka akan bersiaran dalam rancangan Koko Log sebanyak 26 siri di tv pada bulan Ogos nanti yang mana penggambarannya telah dibuat di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PMM. Dan juga mereka sedang mengorak langkah menjadi syarikat bumiputera pertama mengeluarkan ready to drink cocoa dalam kotak. Syabas KMF dan terima kasih kerana sudi menjadi rakan industri kami.

Secara peribadi aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Siti Najdah dan Cik Nazila di atas usaha dan komitmen mereka dalam merealisasi hasrat ini. In sha Allah banyak manfaat dan kebaikan bakal menyusul untuk kedua-dua belah pihak.

Sekitar upacara menandatangani NoC

Warga kerja JP bersama Tn Pengarah dan pihak KMF


Penerangan tentang operasi pengeluaran

Kerja pembungkusan produk.


Produk keluaran syarikat.




P/s : Next, NoC bersama Bawal Ratu. Mula-mula pindah ke sini, sebulan sel-sel otakku membeku sebab takde kerja nak dibuat. Tapi selepas 10 bulan, naik kejung semua urat-uratku😥. Alhamdulillah dengan rahmatNya mengurniakan aku team yang superb awesome gorgeous, in sha Allah kami boleh walaupun 80% dari kami adalah diva 👸👠👜💄😀.





Rabu, 18 Mei 2016

Moh kita bersukan..... Part 1

Hebohnya lama dah. Diwar-warkan sukan dalam kalangan staf. Dianjur oleh KSK. Penyelaras jabatan, Hoirie pun dah lama berkempen. Mencari calon-calon ahli sukan. Wakil jabatan.

Macam-macam sukan dan permainan. Indoor and outdoor. English games - dixit, catan, what say you, apples to apples, scrabble. Catur dan carom. Permainan padang - petanque, bola tampar dan futsal. Serta bowling.

Hebatnya anak-anak buah aku, tak perlu disuruh. Tak payah digertak. Sangat sporting, proaktif dan komited. Sentiasa ada volunteer. Saling ajak-mengajak. Dorong-mendorong. Hasil pimpinan kj-kj terdahulu. Aku je depa tak pelawa. Agaknya sebab age gap yang jauh dengan depa, depa pun tak confident nak suruh aku main 😭. Excited nak main, dengan muka tak 🙈, aku mencalonkan diri aku sendiri.

Aku, bab-bab sukan fizikal tengah padang ni, memang kurang minat (ke sebab tak pandai main?). Pernah cuba main bola tampar, tergeliat pergelangan tangan. Futsal? Memang idakle. Mau semput ngejo bola tu. Pernah main petanque. Memang no 3 itupun mungkin nasib aje. Bowling-semedang masuk longkang😓.

Sebab nak bagi moral support kat anak buah, aku calonkan nama sendiri untuk main scrabble. Perasan macam baguih je english ngeh ngeh😀😀.  Belasah je la. Janji ambik bahagian. Kali terakhir main benda ni 30 tahun dulu.

Mainnya idakle susah beno pun. Bina perkataan dalam english. Tapi aku kalau bab-bab ada markah ke, poin ke, memang senak perut dibuatnya. Bukan apa. Takut kalah. Nak-nak pulak sendiri offer diri bawa maruah jabatan. Mau tak debo dibuatnya. Alhamdulillah, akhirnya selepas 1 jam pertarungan, aku menang johan kumpulan 2 dan naib johan keseluruhan. Fuh! 😥 Lega teramat. Kalau tak malu oo🙈.

Keputusan pertandingan hari 1:
Tempat pertama : Dixit - Siti Najdah
Tempat kedua : Scrabble - aku le😀
Tempat kedua : Catan - Nisrina
Tempat ketiga : Catur (p) - Norlina
Petanque mampu bertarung hingga suku akhir.

Para penyumbang medal untuk JP hari ini.

Team petanque. Kita pose dulu sebelum wisel pemula.

Aksi wira dan wirawati JP. Penuh gaya dan wibawa.

Hari ni, first time dengo games dixit, apples to apples
what say you☺


Esok, pertarungan diteruskan dengan bola tampar. Di group whatsap, heboh dema kempen pakai baju biru. Kalau tak menang pun, at least menang gaya kata dema. Apa-apa ajela kome. Janji bahagia😂.

Nanti kita sambung part 2, 3 & 4 ye☺.

Selasa, 17 Mei 2016

KJ's hang out.

Rancang dah lama. Tapi kerap tertangguh. Sebab nak pastikan semuanya ada.

Last week dah tetapkan hari ni kami akan keluar sarapan bersama-sama. Dan semua orang available.

Bila tiba harinya, ada juga yang tak dapat ikut serta (mintak maafle ye En Kelana dan En Sharil). Takpelah tak dapat semua 11 orang pun jadilah. Ahli mesyuarat bermuzakarah di gerai asam pedas johor.

Konvoi 3 kereta. Sampai di sana, kelihatan 2 meja dipenuhi oleh staf poli. Tercengang-cengang mereka lihat segerombolan kj-kj tiba dengan 2 kereta. Bila diberitahu bos pun ada akan sampai sekejap lagi, macam tak cukup sudu Dijah, Maya dan Pejah menyuap nasi lemak😰. Kesian pulak tengok depa kelam-kabut makan.

Apapun thanks Mr Simma sebab belanja kami semua. Semoga terus sukses mendaki ke puncak.
P/s : next giliran kak sita. Ke Durian Daun pulak kita santap☺

Bos dengan kj's dan ex-kj's.

Orang lain semua dah stop. Kak Sita baru
nak mula second round capati kari kambing☺

En. Saiful, Kj paling junior.

Mr. Simma, thank you sebab belanja kami. Ada rezeki
Naik 54 boleh belanja lagi hikshiks😂

Isnin, 16 Mei 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Hari ini 16 Mei, sambutan Hari Guru mengiktiraf peranan dan jasa para guru dalam setiap kehidupan manusia.

Bermula dengan pendidikan tidak formal, sejak dari dalam rahim ibu, janin didendang dengan alunan ayat-ayat alQuran, salawat dan zikir. Pendidikan membentuk rohani sedari roh ditiup ke dalam jasad. Besar harapan si ibu agar janin yang dikandung membesar dengan rahsia kalimah memuji Allah dan Rasul.

Hadir ke dunia, gegendang telinga bayi yang masih merah, menangkap alunan azan, memberitahu si bayi, keagungan Allah Maha Pencipta. Menyahut seruan mengesakanNya.
Ibu dan ayah pemula pendidikan insan.

Meniti usia kanak-kanak, 40, 50 tahun dulu, kita diasuh, dididik, diajar macam-macam ilmu kehidupan. Tidak sekadar mengenal abc, 123. Malahan lebih besar dari itu. Penerokaan alam kehidupan. Belajar bergaul dalam masyarakat. Bermain. Berkongsi. Bertolak ansur. Saling memberi dan menerima. Berhadapan dengan kesusahan. Menyelesai konflik dan masalah. Banyak kali pembelajaran berlaku tanpa cikgu. Belajar dari alam. Belajar dengan alam.
Alam juga mendidik kita.

Aku masih ingat. Saat mula kenal abc. Saat ditunjuk 123. Berbekal papan hitam mini (kapur tak payah bawa), tiap pagi sabtu dan ahad kami berkumpul di masjid. Belajar dengan kawan-kawan. Aku tak ingat siapa yang mengajar. Tiada baju seragam. Kami belajar sambil bermain. Masa tu tak stres pun sebab takde report card day macam tadika zaman sekarang.

Menginjak usia persekolahan. Didedah dengan macam-macam ilmu. Ilmu hisab. Ilmu alam. Tawarikh. Ugama Islam. Kesihatan. Tatarakyat. Bahasa Melayu. English. Antara nama-nama ilmu yang sering bertukar bunyi untuk kekal relevan dengan perubahan global kini.

Cikgu, berperanan besar dalam tempoh 11 tahun kita bergelumang di alam persekolahan. Tidak sekadar mengajar kita membaca, mengira dan mengeja. Lebih jauh dari itu. Mereka membelai jiwa kita dengan kasih sayang. Sehingga kini dalam serba kemodenan masih lagi ada murid tahun 1 yang menangis pada hari pertama bersekolah. Malah mungkin seminggu. Cikgulah yang memujuk. Bercerita. Bernyanyi. Untuk mengalih perhatian murid. Dari rasa trauma berpisah dengan rumah masuk ke suatu dunia yang asing bagi mereka.

Tu belum lagi tengok cikgu sama-sama beratur nak beli makanan di kantin waktu rehat. Nak biasakan murid-murid dengan sistem beratur. Ada banyak lagi peranan cikgu selain dari mengajar. Tukang cuci kelas bila ada murid 'termelepas' dalam kelas. Jadi referee bila murid bergaduh. Jadi pegawai kebajikan bila ada murid tak berbelanja waktu rehat. Jadi pegawai kaunseling pada murid dan mak ayah.

Begitulah juga peranan pensyarah. Cuma bezanya mereka bergelandang dengan pelajar dewasa. Masalah tetap ada. Ujian dan cabaran tetap ada malahan lebih besar lagi. Hampir 17 tahun aku bergelumang dalam dunia pendidikan. Kerjaya yang aku sendiri pilih. Banyak suka duka, pahit manis di dalamnya. Aku tidak hanya mengajar. Malah aku juga belajar dari mereka. Kita boleh belajar dari sesiapa saja hatta dari anak kecil juga. Belajar dari pengalaman. Belajar dengan pemerhatian. Walau apa juga medium pembelajaran kita, asal ianya memberi manfaat dan ilmu yang baik, itulah guru kita.

           The world's best architect is a teacher.

   
Selamat hari guru kepada anak-anak
 Baharom dan Saidah.


Guru Pembina Negara Bangsa

Hari ini 16 Mei, sambutan Hari Guru mengiktiraf peranan dan jasa para guru dalam setiap kehidupan manusia.

Bermula dengan pendidikan tidak formal, sejak dari dalam rahim ibu, janin didendang dengan alunan ayat-ayat alQuran, salawat dan zikir. Pendidikan membentuk rohani sedari roh ditiup ke dalam jasad. Besar harapan si ibu agar janin yang dikandung membesar dengan rahsia kalimah memuji Allah dan Rasul.

Hadir ke dunia, gegendang telinga bayi yang masih merah, menangkap alunan azan, memberitahu si bayi, keagungan Allah Maha Pencipta. Menyahut seruan mengesakanNya.
Ibu dan ayah pemula pendidikan insan.

Meniti usia kanak-kanak, 40, 50 tahun dulu, kita diasuh, dididik, diajar macam-macam ilmu kehidupan. Tidak sekadar mengenal abc, 123. Malahan lebih besar dari itu. Penerokaan alam kehidupan. Belajar bergaul dalam masyarakat. Bermain. Berkongsi. Bertolak ansur. Saling memberi dan menerima. Berhadapan dengan kesusahan. Menyelesai konflik dan masalah. Banyak kali pembelajaran berlaku tanpa cikgu. Belajar dari alam. Belajar dengan alam.
Alam juga mendidik kita.

Aku masih ingat. Saat mula kenal abc. Saat ditunjuk 123. Berbekal papan hitam mini (kapur tak payah bawa), tiap pagi sabtu dan ahad kami berkumpul di masjid. Belajar dengan kawan-kawan. Aku tak ingat siapa yang mengajar. Tiada baju seragam. Kami belajar sambil bermain. Masa tu tak stres pun sebab takde report card day macam tadika zaman sekarang.

Menginjak usia persekolahan. Didedah dengan macam-macam ilmu. Ilmu hisab. Ilmu alam. Tawarikh. Ugama Islam. Kesihatan. Tatarakyat. Bahasa Melayu. English. Antara nama-nama ilmu yang sering bertukar bunyi untuk kekal relevan dengan perubahan global kini.

Cikgu, berperanan besar dalam tempoh 11 tahun kita bergelumang di alam persekolahan. Tidak sekadar mengajar kita membaca, mengira dan mengeja. Lebih jauh dari itu. Mereka membelai jiwa kita dengan kasih sayang. Sehingga kini dalam serba kemodenan masih lagi ada murid tahun 1 yang menangis pada hari pertama bersekolah. Malah mungkin seminggu. Cikgulah yang memujuk. Bercerita. Bernyanyi. Untuk mengalih perhatian murid. Dari rasa trauma berpisah dengan rumah masuk ke suatu dunia yang asing bagi mereka.

Tu belum lagi tengok cikgu sama-sama beratur nak beli makanan di kantin waktu rehat. Nak biasakan murid-murid dengan sistem beratur. Ada banyak lagi peranan cikgu selain dari mengajar. Tukang cuci kelas bila ada murid 'termelepas' dalam kelas. Jadi referee bila murid bergaduh. Jadi pegawai kebajikan bila ada murid tak berbelanja waktu rehat. Jadi pegawai kaunseling pada murid dan mak ayah.

Begitulah juga peranan pensyarah. Cuma bezanya mereka bergelandang dengan pelajar dewasa. Masalah tetap ada. Ujian dan cabaran tetap ada malahan lebih besar lagi. Hampir 17 tahun aku bergelumang dalam dunia pendidikan. Kerjaya yang aku sendiri pilih. Banyak suka duka, pahit manis di dalamnya. Aku tidak hanya mengajar. Malah aku juga belajar dari mereka. Kita boleh belajar dari sesiapa saja hatta dari anak kecil juga. Belajar dari pengalaman. Belajar dengan pemerhatian. Walau apa juga medium pembelajaran kita, asal ianya memberi manfaat dan ilmu yang baik, itulah guru kita.

           The world's best architect is a teacher.

   
Selamat hari guru kepada anak-anak
 Baharom dan Saidah.