Selasa, 31 Mei 2011

LANGKAH PERTAMA

Dalam hidup ni banyak yang kita tak pasti. Satu yang pasti, kita akan MATI. Terus hidup? Pun kita tak pasti.

Walau dalam serba 'ketidakpastian', hidup perlu diteruskan. Liku-liku jalanan perlu ditempuhi. Di kiri dan kanan sepanjang laluan, tak tahu apa yang menanti kita. Begitu juga di penghujung laluan. Sering 'kerisauan' nakal menerjah kotak fikiran, lantas mengocak ketenangan minda dan perasaan.

Setimpal dengan imbalan yang diterima dari perjawatan, tiap tugasan yang datang wajib dilaksanakan. Ungkapan yang sangat popular, SYMP. Walau perasaan ditimpa kerisauan yang tidak berpenghujung. Kenapa kena buat? Macam mana nak buat? Bila kena buat? Siapa nak buat?

Dalam kita leka bersoaljawab dengan diri, mencari klu jawapan kepada pelbagai persoalan, masa terus berlalu. Meninggalkan kita. Dan kita masih tidak berbuat apa-apa.

Di abad ini, dalam era globalisasi dan kecanggihan teknologi, pencarian ilmu sepanjang hayat adalah tanggungjawab semua. Belajar tidak hanya secara bersemuka dengan pengajar. Belajar dari buku. Belajar melalui teknologi. Belajar dari pemerhatian. Belajar dari pengalaman.

Untuk tidak terus jauh ketinggalan, redah aje laluan yang perlu kita tempuhi. Kerana acapkali dalam banyak situasi, kita tak punya banyak pilihan. Dengan ilmu, iman, amal dan takwa, insyaAllah kejayaan akan menanti kita di hujung jalan. Yang penting usaha dan tekad kita untuk memulakan langkah pertama ke arah kejayaan.
Kita tidak akan tahu apa yang menanti kita di penghujung jalan, sehinggalah kita melalui jalan-jalan tersebut dan sampai di penghujungnya. Untuk itu, kita kena mulakan langkah pertama dan tamatkan dengan sempurna hingga tiba kita di penghujung jalan. Dan lihatlah apa yang menanti kita di sana!

Jumaat, 27 Mei 2011

KIK

Dalam kesibukan dek pelbagai tugasan, tanggungjawab dan kerja yang tak berkesudahan, kawan-kawan saya ni masih berkeupayaan dan berkemampuan memperuntukkan masa, tenaga dan minda, menggalas tanggungjawab mewakili PSA ke pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif yang akan berlangsung di Politeknik Seberang Prai 15 Jun nanti.

Asal ada ruang-ruang kosong di pejabat, mereka akan berkumpul, ber'brain storming' menambahbaik isi pembentangan. Dua hari lepas rasanya laporan bertulis mereka telah siap dicetak untuk dibawa dan dibentangkan. Dan hari ini, mereka berombongan che kiah ke Jln. TAR, nak beli sut seragam. Mereka memang insan-insan hebat. Tak berkira masa, tenaga dan juga wang ringgit.

Kepada FAME BEYOND, SEMOGA BERJAYA !




Apalah agaknya yang ada dalam kotak fikiran Aya ni?

Macam biasa, aksi vokalis kumpulan FAME.

Rasanya bungkusan makanan dan minuman tu dah overshadowed kertas-kerta pembentangan !

Hazariah, dari mula-mula kumpulan FAME diwujudkan, dialah tekong tetap dan berpencen.



Ahli FAME BEYOND termuda !


Apalah yang Che Ta tak puas hati agaknya?

SHARING IS CARING

Semalam, saya berkongsi maklumat bersama rakan-rakan sekerja dalam sesi perbengkelan.
Saya harus mengakui, tak mudah rupanya berdepan dengan audien dari kalangan rakan sejawatan, berbanding pelajar. Pun harus saya mengakui, banyak yang perlu saya perbaiki, bukan kerana tidak tahu, tetapi lebih kepada tersilap persepsi.

Sesi perbengkelan yang dirancang hanya bertujuan 'memandu' kawan-kawan dalam membuat analisa dan menghasilkan laporan di akhirnya. Jadi saya tidaklah mempersiapkan diri sebagai 'penceramah'. Rupanya saya tersilap mentafsir jangkaan kawan-kawan.

Sudahnya, saya 'dikritik' depan-depan oleh Che Ta (urusetia) melalui bisikan di telinga (akak, bagilah 'salam' dulu, intro bengkel ni nak buat apa, macamana nak download dari CIDOS akak), juga oleh peserta barisan paling hadapan (akak cakap laju sangat, slow lah sikit), dan dikomen oleh peserta baris tengah (akak, kami ni baru nak belajar, tak pandai macam akak, pelan-pelan la sikit).

Saya 'terlupa' bahawa audien saya semalam belum mahir tentang isi perkara yang akan dibengkelkan. Saya tersalah tafsir situasi. Kerana mereka adalah pensyarah seperti saya, saya mengandaikan mereka tahu dan faham isi percakapan saya. Itulah kelemahan saya yang paling ketara. Bak kata Diana dengan selambanya, memang part tu akak paling lemah.

Anyway, thanks to all for the comments. Thanks for being there. Saya sangat-sangat berharap, perkongsian ilmu semalam dapat membantu kita semua melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

And the most important thing is, do not forget to submit all the reports (CLO assessment and CLO/PLO analysis) to your respective Ketua Programs.

'Penceramah' yang tak cukup tauliah.

 Zanita, thanks for being there (dalam keadaan dia yang tak berapa nak kondusif)

KP & PKP DIN. Masa saya ambil gambar ni, Ain kata, kak posingnya tak berapa nak cun!

Yang sengih pandang kamera ni lah urusetia yang kutuk saya kat telinga tu!
Di tengah tu, Jem. Pagi ni nyaring suaranya minta pada saya salinan kurikulum, sebab nak sambung kerja semalam. SYABAS JEM !

Aksi PKP DPM. Style sangkut cermin mata tu sesuai sangat jadi PKP DPM. Sebijik!

Ni audien yang paling brutal bagi komen, Diana.

Aksi dan ekspresi wajah yang membawa pelbagai maksud.

Two in One. Satu briefing  by Ain, shared by both KP DPR & DIN.

Ati, the best lecturer, varian analisisnya negatif.

Yang tengah tu, Hanum audien yang paling pantas.
KJ turun padang. Thanks a lot for your moral support.

Yan, rakan se ad-hoc committee.

KJ dan 2 PKP DPI .

Isnin, 23 Mei 2011

AFIQ

Afiq, pelajar istimewa. Kenapa?

Pertama kali dia dibawa berjumpa dengan saya oleh Pn. H kerana Pn. H menghadapi masalah untuk mendaftarkan kursus yang perlu diambilnya.

Bila dikorek-korek, rupanya Afiq memohon program diploma menggunakan sijil SPM sedangkan dia dah punya sijil Politeknik. Bila ditanya kenapa, dia jawab tak confident boleh dapat kalau apply dengan sijil sebab CGPA tak strong.

Puaslah susun kursus yang perlu  dia ambil. So dia terpaksa merentas banyak kelas, dari semester2, 3 dan 5.
Kebetulan dia mengikuti kelas HR saya. Pendiam, selalu duduk di belakang.

Dua minggu lepas, Afiq sms kata tak jadi nak ikut program short sem sebab dia disyaki menghidap demam denggi. Semasa saya berkursus di Kota Bharu ayahnya called maklumkan Afiq ditahan di ICU.
Dari jauh saya minta Pn. Z arrrange bas untuk saya dan rakan-rakan Afiq melawatnya di Hospital Melaka sekembalinya saya dari Kota Bharu.

13 hb saya bersama Pn. S dan 12 rakan-rakannya menziarahi Afiq dan ibubapanya. Berlinang airmata ibunya menceritakan keadaan Afiq. Saya sempat melawatnya di ICU. Afiq bukan Afiq yang saya kenali. He was seriously affected by the virus. Tapi semangatnya melawan penyakit membolehkannya bertahan sehingga hari yang ke 7 di ICU. Doktor sendiri tak sangka.




Rakan-rakan Afiq bersalaman dengan ibunya. Mudah-mudahan beliau kuat demi anaknya.

Hari ini saya called ayah Afiq. Untuk bertanyakan perkembangannya. Afiq telah pulang ke rumah walau keadaannya masih lemah. Alhamdulillah, Allah telah mengembalikan keceriaan dan kebahagian kepada ibubapanya.

Sepatah kata ibu Afiq semasa kami menziarahinya di hospital, anak akak cuma 2 orang aje. Allah pinjamkan dia pada akak sekejap sangat.

Tak sanggup nak bertentang mata dengannya saat beliau menuturkan ayat-ayat tersebut. Saya cuma balas, insyaAllah kak, Afiq tahu akak dan ayahnya sayangkan dia sehingga sanggup memenuhi permintaanya nak minum teh O ais limau sebelum dia 'direhatkan' di ICU walaupun doktor melarang. Dia pasti akan berjuang berbekalkan doa dan kasih sayang ibubapanya.

Harap saya dapat berjumpa lagi dengannya  untuk dia menamatkan pengajiannya di peringkat diploma, insyaAllah.

Khamis, 19 Mei 2011

SAMA-SAMA

Lama tak berkesempatan nak berceloteh. Sekembali dari tugasan di Kota Bharu, cuti hujung minggu sambung hari Isnin. Rabu terus sambung dengan bengkel audit.

Kebetulan result peperiksaan akhir dikeluarkan pada hari Isnin bersamaan dengan sambutan hari guru. Pun ramai pelajar tak boleh nak log in.

Semalam saya mula menerima sms dan panggilan dari anak-anak murid.

Terima kasih Puan, atas bimbingan dan tunjuk ajar Puan hingga membolehkan saya dapat A untuk paper puan, kata Tek'a di hujung talian.

Alhamdulillah, semuanya atas usaha awak, saya hanya memberi markah atas apa yang awak jawab, saya balas dengan nada gembira juga.

Buat pertama kali, semua pelajar saya lulus bagi subjek yang dianggap killer oleh pelajar. Mereka berhak menikmati kejayaan ini kerana telah berhempas pulak berusaha untuk memecah rekod, TIADA PELAJAR YANG GAGAL UNTUK P5125. Syabas !!!!

Ain pelajar part time saya pun dalam nada terharu mengucapkan terima kasih kerana dia dapat A untuk projek akhir.

Bagi yang masih belum berjaya, tak kurang juga mengomel bila terserempak dengan saya di pejabat.
Puan, kenapa tak luluskan kami, sendu saja suara mereka.

Bukan saya yang nak luluskan atau gagalkan awak. Awak belum lagi lulus kerana awak tak jawab.

Kami jawab puan, cuma jawapan kami tu salah.

Mana awak tau jawapan awak tu salah? saya soal balik nak tahu apa komen mereka.

Sebab lepas exam kami check nota dalam buku.

Saya senyum aje. Mereka dah dapat jawapan kenapa mereka masih belum LULUS.

JANGAN PUTUS ASA, CUBA HINGGA BERJAYA.

Isnin, 16 Mei 2011

BIARKU MENJADI LILIN

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan
rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa
dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini
dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Kita tidak memberi apa-apa makna, walau sehebat manapun diri kita, sehinggalah kita memberi manfaat kepada orang lain.
Kepada Cikgu Saadiah, Cikgu Faridah, Cikgu Jemoin, Cikgu Halimahtul Saadiah, Cikgu Nor Sabariah, Cikgu Azmi, Cikgu Zainah, Cikgu Azma (bekas cikgu-cikgu saya di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Batang Berjuntai, Selangor; Sekolah Kebangsaan Tapah Road, Perak; Methodist Girls' School, Ipoh).

Tak lupa kawan-kawan sekolah yang kini berkecimpung dalam gelanggang pendidikan :
Dr. Norliza (Uitm), Cikgu Normegawati (SMKTTDI Jaya), Cikgu Rohaida (Kajang), Cikgu Nora (Pandan Indah), Cikgu Nafisah , Cikgu Rohana (Bidor).

Dan rakan-rakan sekerja kini, di Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


SELAMAT HARI GURU !!!

Sabtu, 7 Mei 2011

HARI IBU

Hari Ibu tiba lagi.
Macam selalu, seperti tahun-tahun sebelumnya. Banyak promo tentang sambutan hari ibu. Samada persembahan oleh artis terkenal, mahupun pakej hotel, tak terkecuali spa, untuk menghargai ibu-ibu.

Menjadi ibu, rasanya penghargaan dan hadiah secara lahiriah, bukanlah segala-galanya.
Usah cerita tentang pengorbanan dan kesusahan. Semua ibu pernah mengalaminya.
Juga usah ditanya apa balasan yang wajar, kerana kita takkan mampu membayarnya.

Peranan dan tanggungjawab ibu, takkan berkesudahan. Sehingga nyawa bercerai dari badan.
Walau anak dah besar panjang, punya kehidupan sendiri, mampu berdikari, jiwa ibu tetap bersamanya. Ke mana jua dan di mana saja.



A man's work is from sun to sun, but a mother's work is never done.

Selamat Hari Ibu

Rabu, 4 Mei 2011

EXAM FEVER

Bila sebut pasal exam, bukan student saja yang boleh demam. Pensyarahnya pun tak kalah. Especially bila tiba bab marking paper. Macam-macam omelan yang keluar. Dan pelbagai gelagat yang boleh dilihat. Belum lagi cerita pensyarah yang 'menyembunyikan' diri di tempat-tempat yang strategik, tak nak ada gangguan (sebenarnya nak lari dari situasi bersembang dan gossip). Nanti tak siap, tak dan pulak nak key in on time. Ni semua penangan tauke besar exam JPG. Sekali dia keluar arahan, semua orang tak kata apa dah. Siapa lagi kalau bukan Zura.

Tengoklah, selalunya bilik ni berisi orang waktu mesyuarat aje. Tapi bila musim marking paper tiba-tiba saja jadi hot spot!



 

Tangan siapa la ni?


Aksi malu-malu kucing si Manjae, menemankan para pensyarah marking paper di bilik mesyuarat!

Cerita tentang key in markah pun satu hal juga. Zura ni punyalah dedikasinya, hingga sanggup buka kaunter hari Isnin lepas, walaupun cuti. Tak terkecuali beberapa pensyarah yang datang untuk key in markah. Saya macam biasa. I work best last minute (tapi boleh buat orang lain tension!).

Zura dan teamnya bertungkus-lumus menyiapkan spreadsheet dari semalam hinggalah petang ni (thanks a lot from all of the PA's!). Seawal 4.15, PA dah standby di pejabat. Tepat 4.30 petang, sejurus kotak toyogo dibawa masuk, riuh satu pejabat dengan gelagat PA nak tengok keputusan pelajar kelas masing-masing.



Ni orang-orang kanan tauke besar spreadsheet. Taukenya sibuk di unit exam. Sorryla Zura, tak dapat nak enter frame!



PA-PA yang amat dedikasi (dan exited sebenarnya!) Mereka ni otai-otai belaka. Yang tak ada dalam frame tu rasa-rasanya PA yang 'berkenderaan berat', bagi laluan pada kenderaan ringan dulu (sebab tak boleh nak speeding lebih!)



Ni lah antara kerja-kerja akhir sebelum mesyuarat final exam pagi-pagi esok. Walau penat, tetap maintain dengan senyuman.


Kita tunggu apa ungkapan-ungkapan baru yang bakal dilontarkan oleh pensyarah apabila diminta mengulas keputusan peperiksaan. To all of us, selamat bermesyuarat esok.


Selasa, 3 Mei 2011

HADIAH DARI HATI




Usai mengkhabarkan pencapaian markah di dalam kelas, dalam perjalanan balik ke meja tugas, Nadiah tarik tangan saya.
Puan, saya nak jumpa puan.
Kenapa? Ada hal penting ke? Saya ada appointment lain lepas ni.
Kalau macam tu takpelah. Macam sedih aje bunyi suaranya.

Saya terlupa tentang permintaan Nadiah di sebalik kesibukan hari itu. Balik ke meja bertugas, terlihat sekotak hadiah berbungkus cantik. Bila dibuka, nah mug yang comel, warna yang lembut dan menarik.

Puas saya berfikir, makna di sebalik pemberian. Agaknya dia nak suruh saya cool down sikit dalam kelas kut, kalau tak kena jumpa misi. Sebabnya saya dok membebel kat students sementelah pencapaian mereka belum memberangsangkan.

Kelas berikutnya, saya tanya Nadiah, kenapa bagi saya hadiah?
Sebab saya dapat markah PB paling tinggi untuk paper puan dan saya tak pernah dapat markah setinggi itu sepanjang saya belajar di sini, ucap Nadiah. Saya lihat airmatanya bergenang. Seronok sangat agaknya. Alhamdulillah. Itulah nikmat kejayaan atas usaha gigih.

Satu pemberian membawa maksud yang pelbagai, bagi si pemberi dan juga penerimanya. Tak kisahlah bagaimana kita mentafsir pemberian seseorang, yang penting ia hadir dengan hati yang berbunga, kegembiraan.
Tapi saya kena be careful dan alert juga, bila umur dah nak masuk 5 series ni, may be saya kena letak mug ni atas meja, supaya saya sentiasa peringatkan diri untuk lebih cool dari temperature yang tertera di mug tersebut. Thanks Nadiah, for a sweet reminder!