Rabu, 4 Mei 2016

Macam-macam gila!!!

Sejak darjah satu hingga usia menjengah setengah abad kini, aku hanya tau makna  G-I-L-A ialah tidak siuman.

Tapi sekarang, makna tidak siuman tu mungkin tak sesuai bagi menjelaskan situasi-situasi gila ni :

1. Gila novel
Aku tabik orang yang gila novel ni. Sebab? Bukan senang wo nak fokus, membaca sambil menjiwai watak dalam novel tu. Lagi-lagi kalau novel cinta. Kalau nak kenal siapa yang tergolong dalam kumpulan ni, tengok siapa yang rajin upload muka depan novel terbaru di fb, selalu buat 'lintas langsung' dan ulasan semula pada kawan-kawan tentang isi cerita novel yang dibaca. Depa siap ada target lepas habis novel ni nak baca novel apa pulak. Nak-nak pulak la ni banyak drama kat tv yang diadaptasi dari novel. Aktor pulak tall, dark, handsome. Graf gila depa confirm 📈.

Aku : kurang minat baca novel. Kalau dipaksa juga baca, aku baca sinopsis cerita kat belakang buku tu aje😃. Satu-satunya novel yang berjaya membuat aku membacanya dari kulit ke kulit ialah novel Ayat-Ayat Cinta karangan penulis Indonesia Habiburrahman El Shirazy👍

2. Gila tudung
Sekarang ni memang tengah hot hijabista. Kesedaran menutup aurat tanpa menghadkan peluang untuk berekspresi diri semakin tersebar. Aku tabik orang yang sanggup melaburkan modal yang besar untuk tampil cantik dan menawan dengan fesyen tudung kegilaan mereka. Bukan kecik modal tau - harga dah tentu bukan RM10. Sanggup beratur subuh hari nak dapatkan tudung idaman hati. Tu belum lagi berejam jam depan cermin belek awning dan lilit shawl dua loop tiga loop.

Aku : nak pakai tudung 3 layer yang reganya lebih dari 30 atau dengan taburan batu swaroski (betui ke ejaannya) yang boleh cecah beribu reganya, ataupun spesies ikan dok atas kepala (tudung bawal la!) yang cecah beratus, memang taklah. Shawl? Pakailah jugak sekali seminggu. Itupun kalau malam sebelumnya hujan. So pagi esoknya sejuk sikit. Takle meleleh peluh nak melilit shawl😓

3. Gila drama korea
Yang ni aku tak heran sangat. Sebab aku rasa orang yang minat gila kat drama korea ni sebab aktornya hensem dan scene drama yang cantik. Feeling syahdu gitu. Dan jangan tak percaya, depa boleh sanggup simpan duit pegi melancong secara backpackers ke korea sebab nak tengok scene drama tu secara live.

Aku : drama korea bukanlah kegilaan aku sebab payah nak hadam maksud cerita. Kalau nak set audio ke bm, fake sangat la pulak. Hilang 'kekoreaan'nya 😂😂😂. Tapi aku pernah terjebak jugak sekali - Autumn in my heart. Tapi sebab endingnya sedih 💔 aku jadi malas nak taksub dah.

4. Gila smartphone/gajet
Orang dalam golongan gila ni samada dia banyak duit, jaga status atau orang yang suka explore latest tech. Pantang keluar yang baru boleh tak lena tidur malam depa.
Kusut otak aku memikir apa yang depa cari asyik bertukar-tukar fon. Yang lagi aku pelik, sampai ada 2,3 fon atau gajet. Smartphone ada, tab pun ada. Lepas tu kalau jalan 📱mesti kat tangan. Padahal 👜punyale beso😁.

Aku : mindset yang fokus on functionality vs my needs. Call, mesej, chat, ambik gambar - it is more than enough to me tak kirale brand apa atau tahap kenipisannya (psst: sebenarnya purse aku yang agak nipis sebab tu tak boleh join geng gila gajet ni huhu😢😢).

5. Gila selfie
Ha yang ni pun satu hal punya gila. Dah jadi fenomena dah tangkap gambo sendiri. Aku pun tak faham jugak kenapa orang selalu berselfie. Macam student aku. Kadang-kadang sambil aku berceramah kat depan kelas pun depa sempat berselfie. Depa ingat aku tak perasan walaupun depa mute sound fon. Aku pulak kalau dah ternampak memang akan sound direct aje. Tu kira okay lagi lah. Yang paling aku tak faham depa yang dok dalam group ni kadang-kadang hilang rasa silu depan orang. Kat kenduri kawin selfie. Kat pasar malam selfie. Kat dalam masjid selfie. Tu kira okay lagilah pada aku. Tapi yang aku rasa tak okay yang selfie masa pegi ziarah kematian, pun nak selfie jugak. Apa le perasaan depa agaknya.

Aku : adale jugak sesekali selfie ngeh ngeh ngeh 😂😂😂, tapi kat dalam ofis je. Itupun aku mute kan sound fon takut staf aku kat luar bilik tu dengar🙈

6. Gila update prof pic
Selalu jugak bila aku skrol muka📚 aku, ada je friends aku yang update prof pic depa. Gambo selfie ada. Gambo orang tolong tangkapkan pun ada. Gambo sefamili pun ada. Pendek kata macam-macam gambo le. Aku tak kesah sangat pasal depa nak update tiap saat pun. Tapi kadang-kadang terfikir jugak motif. Saja suka suki? @ nak tengok berapa like? @ nak tengok berapa ramai yang komen?
Jangan tak percaya, depa yang rajin update prof pic ni akan selalu skrol fb depa nak tengok berapa like yang depa dapat.

Aku : pernah sekali aku update prof pic selepas sekian tahun mukabuku aku wujud. Sehari lepas tu bila aku online balik, tuuu diaaa, like yang aku dapat unbelievable😰 . Tu belum lagi hok yang komen - sweet, awet muda, ayu, lawa bla bla bla. Dan-dan tu aku delete. Sebab aku seriau bila tengok hok yang komen tu ramainya yang bukan muhrim aku. Sesungguhnya aku telah berdosa dalam kelekaanku. Serik dah lepas tu tak buat dah kerja-kerja update prof pic ni.

7. Gila-gila
Depa yang duduk dalam kategori ni kalau hangpa terjumpalah dengan depa, samada hangpa akan hidup bahagia 😃 takpun merana😭. Sebab apa aku kata lagu tu? Sebab ia bergantung pada sapa diri hangpa. Kalau hangpa pun 2x5 gila macam depa kira ngam le. Tapi kalau hangpa jenis yang straight ikut buku, naya lah. Boleh makan hati kalau kena ngadap depa berjam-jam.

Aku : ikut mood. Orang yang tak kenal aku akan kata aku ni jenis lurus, skema, nerd dan yang seangkatan dengannya. Tapi kalau datang gila-gila aku, kawan-kawan aku dulu tak berani gak nak gelak ka senyum ka kat aku. Bukan sebab gila-gila aku tu tak kelakar. Tapi depa takut kot aku memang betui-betui gila 😂.

Rumusannya : makna G-I-L-A masakini bukan hanya tak siuman tapi juga OBSES. Hangpa tergolong dalam kategori gila yang mana satu?

Aku, semua gila ada. Tapi secukup rasa chia chia chia 😘

Tiada ulasan: