Sabtu, 30 April 2016

Berhati-hati di lebuhraya

Program perasmian mobile ctc di merlimau sentral selesai jam 12.

Kak lang selesai program motivasi spm di smk dang anum jam 12.30.

Balik rumah-makan-solat-rehat kejap, jam 2 gerak balik ke shah alam.

Alhamdulillah oleh kerana perjalanan kami menongkah arus, lebuhraya clear. πŸš˜πŸš•πŸššπŸšŒ tak banyak seperti yang menghala ke selatan.



Dari ayer keroh lagi dah nampak deretan kenderaan bergerak perlahan. Menyusuri lebuhraya ke arah utara, rupanya deretan tadi bertali arus dari senawang.

Singgah isi minyak di ⛽petron r&r seremban. Minggu lepas tak banyak kereta yang singgah. Tapi hari ni boleh tahan.

Inilah rakyat Malaysia. Kuat jiwa dan hatinya terikat dengan kampong halaman. Pantang cuti panjang sikit, lebuhraya takkan kosong. Dengarnya lebuhraya dari kl ke utara dah sesak sejak pagi tadi.

Dalam keriangan memandu sambil membayangkan lambaian desa, jangan abaikan keselamatan. Rancang perjalanan anda. Bagi yang membawa anak-anak kecil, sediakan bekalan makanan ringan. Siapa tau berlaku kejadian tak diduga. Dan kita tersangkut berjam-jam dalam kesesakan.

Jam 3.30 menyusur keluar ke klia tiba-tiba trafik terhenti. Alamak hati dah berkata-kata. Jem pulak ke. Rupanya jentera πŸš’ berhenti di laluan paling kanan membantu mangsa kemalangan di sebelah sana lebuhraya menghala ke nilai.

Sempat mengintai dari cermin kereta. Teruk juga. Remuk habis sisi kanan kereta dari belakang ke depan. Mudah-mudahan semua mangsa dapat diselamatkan. Sebab dalam jarak 7km dari tempat kejadian, πŸš‘ tersangkut dalam kesesakan! Kenderaan bertali arus sesak dari klia ke bandar saujana putra. Panjang tu.

Alhamdulillah jam 4.30 kami selamat sampai di teratak budiman. Home sweet home🏑😍

Jumaat, 29 April 2016

Menu spontan

Jam 12 tengahari bergerak ke sg rambai ambil anak balik dari sekolah.

Sebelum tu dah mesej kakaknya - masak apa hari ni?
Kakak jawab - tak masak lagi mama. Nasi je dah masak.
Saya suruh keluarkan apa saja yang ada dalam peti ais - ayam, ikan.

Sambil nemandu kepala ligat memikir nak masak apa ye. Rasa dah jemu dengan menu-menu sebelum ni. Sebenarnya dah lama saya tak masuk dapur. Sebab anak-anak rajin sangat memasak menu segera mereka πŸ—πŸŸπŸ”πŸ•πŸπŸ‘. Maknya apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal!

Tangan lekap di stereng. Otak ligat imbas semula stok bahan mentah di dapur.
Santan ✔
Cili api ✔
Ikan bilis ✔

Okay! Set! Saya dah tau nak masak apa tengahari ni.

Sampai rumah, turun dari kereta menonong-nonong saya ke tepi bukit kat padang permainan depan rumah.

Saya ajak Ikmal. Jom teman mama (dalam hati cuak jugak nak pegi sorang-sorang tepi bukit yang gersang di musim panas ni. Takut bertembung dengan cik 🐍)

Ikmal tanya nak pegi mana?
Petik pucuk ubi buat gulai lemak cili api.
Terbongkok-bongkok aku petik pucuk ubi yang tingginya hanya sekaki sambil mata meliar tengok kiri kanan. Dapatlah secekak.

p/s : Mak selalu pesan, kalau nak petik daun apapun petik waktu pagi atau malam. Maafkan daku mak, tindakan tidak dirancang, gitulah jadinya. Apapun, alhamdulillah perut terisi lepas tu mata punπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

Bila musim cuti tiba.....

Hari ni dah penghujung bulan April.
Maknanya dah hampir 2 minggu pelajar bercuti selepas selesai peperiksaan akhir.

Kampus.....sunyi
Jalanraya.....kurang sibuk
Gerai-gerai makan.....banyak kerusi kosong

Di pejabat hanya kedengaran bunyi mesin fotostat, printer sebab minggu ni masing-masing pensyarah nak selesaikan semua urusan berkaitan peperiksaan yang lepas.

Hujung minggu ni rakyat Malaysia bercuti panjang sikit. Sempena Hari Pekerja 1 Mei.
Dan ramai pensyarah yang dah mohon cuti rehat. Tiap hari ada saja notification masuk - anda ada satu permohonan kelulusan cuti.


Huhuhu.....sedih😒. Sebab makin sunyilah pejabat.
Saya kalau bab-bab tak nampak πŸ‘€ kelibat orang atau tak dengar πŸ‘‚suara orang, boleh mati akal dibuatnya. Umpama oksigen tak sampai ke otak. Dan sel-sel otak pun tak berhubung!

Masalahnya - cuti semester ni masih panjang lagi. Ada satu πŸŒ•dan dua minggu lagi. Boleh kejung urat-urat muka dan lidah bila nak mula berceramah dalam bilik kuliah naik semester baru nanti😧

Dah mula mengarang ayat untuk tulis πŸ“– rujukan sejak minggu lepas. Minggu pertama semangat menulis meluap-luapπŸ“ˆ.
Masuk minggu kedua, saya pandang skrin πŸ’» tanpa perasaan.

πŸ”πŸ”™πŸ”›πŸ”œπŸ”š ketik sana tak kena. Skrol atas tak jadi. Tetikus tu kalau boleh berbunyi dah lama dia cakap - kalau tak de benda nak ditulis, jangan tekan-tekan aku. Sakit tau!
Sorry cik mouseπŸ€

Hai lah semangat, ke manakah kau menghilang? 😩

Rabu, 27 April 2016

Hari mesyuarat

Dari semalam dah set dalam kotak fikiran - esok ada mesyuarat.

Mesyuarat pembukaan pertandingan ruang penyimpanan fail. Selesai jam 9.45 pagi.

Balik ke pejabat, sambung dengan mesyuarat peperiksaan akhir jabatan. Alhamdulillah statistik pencapaian memberangsangkan terutamanya pertambahan bilangan pelajar semester akhir yang berjaya memperoleh anugerah ketua jabatan. Selesai mesyuarat jam 12.00.

Petang ni jam 2.00 mesyuarat penutup pertandingan 5S.

Projek tulis buku? Ditangguhkan .......
Jangan semangat luntur sudah.

Selasa, 26 April 2016

Aku telah jatuh cinta.

Dah hampir setahun aku di sini. Bermastautin di bumi Hang Tuah.

Bila dikenang kembali, aku sendiri tak pasti apa yang mendorong aku berubah angin.

Kelelahan hiruk pikuk bandar?
Kelukaan disakiti tanpa sedar?
Keletihan dikejar tugasan tak bertepian?

Meninggalkan semua yang menjadi kebiasaan.
16 tahun berpijak di bumi merah kuning.
16 tahun menabur bakti melunas tanggungjawab di satu-satunya institusi di sepanjang tempoh perkhidmatan.
16 tahun dikelilingi rakan sahabat yang bagaikan saudara sedarah sedaging.

Banyak yang dipertaruhkan untuk aku berada di sini.
Penyesuaian diri di tempat baru.
Penerimaan rakan sekerja baru.

Alhamdulillah.
1 Jun 2016 nanti genap setahun perkhidmatanku di sini.

Politeknik Merlimau, Melaka.
Aku semakin jatuh cinta dengan semua yang ada di sini.

Benarlah dikata orang
Tak kenal maka tak cinta

Dan ku harap kecintaanku untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara akan terus subur dalam jiwa.