Khamis, 19 Mei 2011

SAMA-SAMA

Lama tak berkesempatan nak berceloteh. Sekembali dari tugasan di Kota Bharu, cuti hujung minggu sambung hari Isnin. Rabu terus sambung dengan bengkel audit.

Kebetulan result peperiksaan akhir dikeluarkan pada hari Isnin bersamaan dengan sambutan hari guru. Pun ramai pelajar tak boleh nak log in.

Semalam saya mula menerima sms dan panggilan dari anak-anak murid.

Terima kasih Puan, atas bimbingan dan tunjuk ajar Puan hingga membolehkan saya dapat A untuk paper puan, kata Tek'a di hujung talian.

Alhamdulillah, semuanya atas usaha awak, saya hanya memberi markah atas apa yang awak jawab, saya balas dengan nada gembira juga.

Buat pertama kali, semua pelajar saya lulus bagi subjek yang dianggap killer oleh pelajar. Mereka berhak menikmati kejayaan ini kerana telah berhempas pulak berusaha untuk memecah rekod, TIADA PELAJAR YANG GAGAL UNTUK P5125. Syabas !!!!

Ain pelajar part time saya pun dalam nada terharu mengucapkan terima kasih kerana dia dapat A untuk projek akhir.

Bagi yang masih belum berjaya, tak kurang juga mengomel bila terserempak dengan saya di pejabat.
Puan, kenapa tak luluskan kami, sendu saja suara mereka.

Bukan saya yang nak luluskan atau gagalkan awak. Awak belum lagi lulus kerana awak tak jawab.

Kami jawab puan, cuma jawapan kami tu salah.

Mana awak tau jawapan awak tu salah? saya soal balik nak tahu apa komen mereka.

Sebab lepas exam kami check nota dalam buku.

Saya senyum aje. Mereka dah dapat jawapan kenapa mereka masih belum LULUS.

JANGAN PUTUS ASA, CUBA HINGGA BERJAYA.

Tiada ulasan: