Isnin, 23 Mei 2011

AFIQ

Afiq, pelajar istimewa. Kenapa?

Pertama kali dia dibawa berjumpa dengan saya oleh Pn. H kerana Pn. H menghadapi masalah untuk mendaftarkan kursus yang perlu diambilnya.

Bila dikorek-korek, rupanya Afiq memohon program diploma menggunakan sijil SPM sedangkan dia dah punya sijil Politeknik. Bila ditanya kenapa, dia jawab tak confident boleh dapat kalau apply dengan sijil sebab CGPA tak strong.

Puaslah susun kursus yang perlu  dia ambil. So dia terpaksa merentas banyak kelas, dari semester2, 3 dan 5.
Kebetulan dia mengikuti kelas HR saya. Pendiam, selalu duduk di belakang.

Dua minggu lepas, Afiq sms kata tak jadi nak ikut program short sem sebab dia disyaki menghidap demam denggi. Semasa saya berkursus di Kota Bharu ayahnya called maklumkan Afiq ditahan di ICU.
Dari jauh saya minta Pn. Z arrrange bas untuk saya dan rakan-rakan Afiq melawatnya di Hospital Melaka sekembalinya saya dari Kota Bharu.

13 hb saya bersama Pn. S dan 12 rakan-rakannya menziarahi Afiq dan ibubapanya. Berlinang airmata ibunya menceritakan keadaan Afiq. Saya sempat melawatnya di ICU. Afiq bukan Afiq yang saya kenali. He was seriously affected by the virus. Tapi semangatnya melawan penyakit membolehkannya bertahan sehingga hari yang ke 7 di ICU. Doktor sendiri tak sangka.




Rakan-rakan Afiq bersalaman dengan ibunya. Mudah-mudahan beliau kuat demi anaknya.

Hari ini saya called ayah Afiq. Untuk bertanyakan perkembangannya. Afiq telah pulang ke rumah walau keadaannya masih lemah. Alhamdulillah, Allah telah mengembalikan keceriaan dan kebahagian kepada ibubapanya.

Sepatah kata ibu Afiq semasa kami menziarahinya di hospital, anak akak cuma 2 orang aje. Allah pinjamkan dia pada akak sekejap sangat.

Tak sanggup nak bertentang mata dengannya saat beliau menuturkan ayat-ayat tersebut. Saya cuma balas, insyaAllah kak, Afiq tahu akak dan ayahnya sayangkan dia sehingga sanggup memenuhi permintaanya nak minum teh O ais limau sebelum dia 'direhatkan' di ICU walaupun doktor melarang. Dia pasti akan berjuang berbekalkan doa dan kasih sayang ibubapanya.

Harap saya dapat berjumpa lagi dengannya  untuk dia menamatkan pengajiannya di peringkat diploma, insyaAllah.

Tiada ulasan: