Hari ni dah penghujung bulan April.
Maknanya dah hampir 2 minggu pelajar bercuti selepas selesai peperiksaan akhir.
Kampus.....sunyi
Jalanraya.....kurang sibuk
Gerai-gerai makan.....banyak kerusi kosong
Di pejabat hanya kedengaran bunyi mesin fotostat, printer sebab minggu ni masing-masing pensyarah nak selesaikan semua urusan berkaitan peperiksaan yang lepas.
Hujung minggu ni rakyat Malaysia bercuti panjang sikit. Sempena Hari Pekerja 1 Mei.
Dan ramai pensyarah yang dah mohon cuti rehat. Tiap hari ada saja notification masuk - anda ada satu permohonan kelulusan cuti.
Huhuhu.....sedih😢. Sebab makin sunyilah pejabat.
Saya kalau bab-bab tak nampak 👀 kelibat orang atau tak dengar 👂suara orang, boleh mati akal dibuatnya. Umpama oksigen tak sampai ke otak. Dan sel-sel otak pun tak berhubung!
Masalahnya - cuti semester ni masih panjang lagi. Ada satu 🌕dan dua minggu lagi. Boleh kejung urat-urat muka dan lidah bila nak mula berceramah dalam bilik kuliah naik semester baru nanti😧
Dah mula mengarang ayat untuk tulis 📖 rujukan sejak minggu lepas. Minggu pertama semangat menulis meluap-luap📈.
Masuk minggu kedua, saya pandang skrin 💻 tanpa perasaan.
🔝🔙🔛🔜🔚 ketik sana tak kena. Skrol atas tak jadi. Tetikus tu kalau boleh berbunyi dah lama dia cakap - kalau tak de benda nak ditulis, jangan tekan-tekan aku. Sakit tau!
Sorry cik mouse🐀
Hai lah semangat, ke manakah kau menghilang? 😩
3 ulasan:
SORRY MRS MOUSE :)
Kita panggil dia cik mouse sebab nak bodek dia je megat😀
Catat Ulasan