Jumaat, 29 April 2016

Menu spontan

Jam 12 tengahari bergerak ke sg rambai ambil anak balik dari sekolah.

Sebelum tu dah mesej kakaknya - masak apa hari ni?
Kakak jawab - tak masak lagi mama. Nasi je dah masak.
Saya suruh keluarkan apa saja yang ada dalam peti ais - ayam, ikan.

Sambil nemandu kepala ligat memikir nak masak apa ye. Rasa dah jemu dengan menu-menu sebelum ni. Sebenarnya dah lama saya tak masuk dapur. Sebab anak-anak rajin sangat memasak menu segera mereka 🍗🍟🍔🍕🍝🍡. Maknya apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal!

Tangan lekap di stereng. Otak ligat imbas semula stok bahan mentah di dapur.
Santan ✔
Cili api ✔
Ikan bilis ✔

Okay! Set! Saya dah tau nak masak apa tengahari ni.

Sampai rumah, turun dari kereta menonong-nonong saya ke tepi bukit kat padang permainan depan rumah.

Saya ajak Ikmal. Jom teman mama (dalam hati cuak jugak nak pegi sorang-sorang tepi bukit yang gersang di musim panas ni. Takut bertembung dengan cik 🐍)

Ikmal tanya nak pegi mana?
Petik pucuk ubi buat gulai lemak cili api.
Terbongkok-bongkok aku petik pucuk ubi yang tingginya hanya sekaki sambil mata meliar tengok kiri kanan. Dapatlah secekak.

p/s : Mak selalu pesan, kalau nak petik daun apapun petik waktu pagi atau malam. Maafkan daku mak, tindakan tidak dirancang, gitulah jadinya. Apapun, alhamdulillah perut terisi lepas tu mata pun😪😪😪

Tiada ulasan: