Selasa, 26 April 2016

Aku telah jatuh cinta.

Dah hampir setahun aku di sini. Bermastautin di bumi Hang Tuah.

Bila dikenang kembali, aku sendiri tak pasti apa yang mendorong aku berubah angin.

Kelelahan hiruk pikuk bandar?
Kelukaan disakiti tanpa sedar?
Keletihan dikejar tugasan tak bertepian?

Meninggalkan semua yang menjadi kebiasaan.
16 tahun berpijak di bumi merah kuning.
16 tahun menabur bakti melunas tanggungjawab di satu-satunya institusi di sepanjang tempoh perkhidmatan.
16 tahun dikelilingi rakan sahabat yang bagaikan saudara sedarah sedaging.

Banyak yang dipertaruhkan untuk aku berada di sini.
Penyesuaian diri di tempat baru.
Penerimaan rakan sekerja baru.

Alhamdulillah.
1 Jun 2016 nanti genap setahun perkhidmatanku di sini.

Politeknik Merlimau, Melaka.
Aku semakin jatuh cinta dengan semua yang ada di sini.

Benarlah dikata orang
Tak kenal maka tak cinta

Dan ku harap kecintaanku untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara akan terus subur dalam jiwa.

Tiada ulasan: