Jumaat, 9 September 2011

TERIMA KASIH CIKGU

Kembali dari de Palma 12.00 tengah malam Rabu, sampai di rumah, unpack barang serba sikit, terus tertidur. Sebelum tu set alarm dulu jam 4am nak bangun sahur, puasa sunat sempena solat hajat di sekolah Yani hari Khamis nanti.

Nama pun manusia, saya terlajak bangun jam 6am. Maknanya terlepas waktu nak bersahur. Alhamdulillah saya berjaya melalui hari semalam.

Sibuk itu ini di pejabat, meeting dengan AJK Kelab DPM clock out jam 5.30. Sedang memandu balik, Nurul called.

Hang nak pi sekolah pukui berapa?
7 kut, saya balas.
Anak aku kata kena sampai before 7.
Tak apalah lambat sikit. Nak kena cari kuih sikit nak bawa ke majlis tu.
Kena bawak ke? suara Nurul dah menunjukkan riak risau.
Saja je nak tambah-tambah.
Aku nak bawak apa, nak masak sure tak sempat.
Hang pi la beli pisang emas 2,3 sikat.
(So malam tadi Nurul datang dengan 3 sikat pisang)

Singgah di TTDI beli kuih, terserempak dengan KJ. Pun inti perbualannya sama, sekolah anak-anak masing-masing menganjurkan solat hajat untuk UPSR.

Tok tek tok tek, saya sampai rumah pukul 6. Minta adik tolong uruskan apa patut. 6.45 we (saya dan dua anak dara) went off ke sekolah. (Kesian adik saya, dia datang dari kampung, transit di rumah saya sebelum balik ke UUM malam tadi. Dek kakaknya sibuk benar, terpaksa minta tolong adik lelaki saya hantarkan dia ke stesyen bas, sebab perjalanannya jam 10.30, khuatir majlis tu habis lewat, dan memang lewatpun).

Saya datang ke majlis solat hajat itu selaku ibu (walaupun pada masa yang sama saya juga seorang pendidik). Rasa macam majlis terbuka hari raya. Penuh kawasan kantin dengan murid-murid tahun 6 serta ibubapa, dan pastinya guru-guru. Dan dewan sekolah penuh dengan hadirin menunaikan solat hajat hingga ke akhir majlis.

Rasa sebak dan terharu, mengenangkan pengorbanan guru. Sempat bersembang dengan guru kelas anak saya yang bongsu, tinggal lebih jauh dari rumah saya. Sarat mengandung, datang dihantar oleh suami. Nampak kereta cikgu depan saya tadi, cikgu tinggal di mana? saya berbasa-basi.
Pristana. Dah setahun minta tukar sekolah, tapi tak dapat. tahun ni nak cuba lagi.
Dalam hati saya berbisik, jelas dari kata-katanya kelelahan nak datang malam-malam, walau beliau tidak mengajar murid tahun 6, masih menghadirkan diri atas komitmennya terhadap tugas dan amanah.

Setinggi penghargaan kepada semua guru-guru, terutamanya guru-guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam. Atas pengorbanan tenaga, masa, wang ringgit yang mereka curahkan kepada anak bangsa. Tak terkecuali mereka menumpahkan kasih dan sayang terhadap anak-anak kita, yang kadangkala kita selaku ibu/bapa tanpa sedar, terlupa yang anak-anak kita perlukan kehadiran dan kasih sayang kita.

Moga mereka dilimpahi berkat dan iradahNya.


"A hundred years from now, it will not matter what kind of car I drove, what kind of house I lived in, how much money I had in the bank...but the world may be a better place because I made a difference in the life of a child." -- Forest Witcraft

TERIMA KASIH CIKGU.

Tiada ulasan: