Isnin, 5 September 2011

SEPAGI DI TAMAN BOTANI

Semalam, usai menyudahkan urusan anak sulungku di Selayang, kami ke Taman Botani Perdana.

Becok Ikmal bertanya macam-macam. Macamana mama tau tempat ni? Mama pernah datang tak? Along, kakak pernah datang sini tak? Letih melayan soalan-soalannya yang tak putus-putus. Hingga alongnya kata, boleh tolong tak, tolong diam. Apa lagi berkeriaulah dalam kereta, saling berjawab. Maknya sabar ajelah sambil memandu sepanjang Jalan Kuching.

Sesat juga dalam kawasan taman tu. Maklum tak pernah sampai. Siap memarkir kereta, kami mencari port untuk isi perut dulu. Bekal nasi lemak dari rumah. Ikmal teruja melihat pasangan pengantin Cina bergambar di sekeliling taman. Bukan sepasang, berpasang-pasang.

Lagilah becok mulutnya bertanya, mama dulu masa kawin tangkap gambar macam ni ke? Kat taman mana? Siap dia membandingkan pasangan mana yang secocok, mana yang tak sepadan.

Dia yang paling teruja, nak main tu, nak naik ni. Masuk gelungsur yang berbelit-belit. Saya yang risau, takut dia tersangkut kat dalam tu.

Jarang kami outing bersama ke tempat-tempat riadah macam ni. Kebetulannya anak-anakku mewarisi tabiat emaknya, homely type. Apapun, aku puas. Dapat meluangkan masa walau seketika, melarikan diri dari buruan kerja. Tak pernah kami beraya di taman rekreasi. Tapi tak mustahil juga kami akan mengulanginya lagi, kalau ada usia di tahun-tahun mendatang.




Kak Lang pening fikir minggu depan nak UPSR. Moga dia berjaya dan Allah memberkati usahanya.




Ikmal dan Kak Lang, dekat, mesra tapi acapkali pantang tersentuh.



Anak teruna @ bujang saya.


















Tiada ulasan: