Rabu, 22 Jun 2011

UBAH, BERUBAH

Tiga hari sejak Isnin lepas, berkampung di Bilik Teratai menjalani kursus Coaching and Mentoring. Banyak perkara baru yang dipelajari. Tak kurang membetulkan salah tanggapan beberapa perkara sebelum ini. Baru jelas persamaan dan perbezaan antara coachoing, mentoring & counselling.

Satu perkara penting untuk jadi coach yang baik, kata penceramah, kena betulkan dalaman coach dahulu. Kena reframe  frames yang ada. Antaranya :

Significance - game
Doubt - confidence
Blame - responsibility
Delay - action

Sempat jugalah memuhasabah diri sambil-sambil dengar penceramah bercakap.

Semalam, waktu rehat tengahari, Afiq dan ibubapanya datang, nak minta pandangan isu yang dihadapi oleh Afiq. Kata bapanya, selepas Afiq sedar dari 'lena'nya yang panjang semasa dijangkiti virus denggi bulan lalu, dia didatangi tawaran menjawat jawatan pembantu tadbir di Kem. Kesihatan. Dia mohon jawatan tersebut selepas tamat pengajian tingkatan 5. Excited. Tak sangka dapat. Dan pada masa yang sama, nak teruskan juga pengajian peringkat diplomanya yang dah berlangsung 3semester. Tinggal sikit saja lagi nak tamat.

Sesi perbincangan berlangsung dengan baik. Ibubapanya memahami senario dan pilihan-pilihan yang mereka ada. Mereka anak-beranak akan balik, berbincang dan insyaAllah akan kembali dengan keputusan yang dipilih.

Sebenarnya, bukanlah isu Afiq nak sambung belajr sambil bekerja yang membuatkan saya berfikir akan diri saya. Semalam, selesai perbincangan, dengan nada perlahan, Afiq bersuara.

Puan, secara peribadi saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana puan sudi melawat saya semasa saya terlantar di Hospital Melaka. Saya memang tak percaya bila mak saya bagitau puan dengan puan Suzana datang melawat saya. Berkali-kali saya tanya, betulke? Sampai saya call kawan-kawan saya, betulke Puan Haniza datang melawat. Kawan-kawan kata. betul. Saya kata biar betul, Puan Haniza kan garang, selalu marah kita dalam kelas.

Saya tak marah Afiq kerana mempunyai tanggapan yang begitu. Yang pasti, saya sedar kekurangan diri saya dalam menunjukkan keprihatinan dan kasih-sayang pada orang lain. Terlalu fokus dan terlalu objektif, mungkin telah menenggelamkan sifat ambil berat, prihatin, dan sayang saya pada orang lain.

Dan saya anggap ini titik permulaan, saya harus gunakan semua kurniaan Allah pada saya secara seimbang, dan memberi manfaat pada semua. Harapnya, saya dapat seimbangkan emotional bank account saya. Kalau deposit lebih banyak dari withdrawal, itu lebih baik. InsyaAllah.

Tiada ulasan: