Rabu, 20 Julai 2011

TANPA DUGA

Sepanjang minggu lepas, saya dan beberapa rakan setugas berkampung di Maytower KL bagi memurnikan kurikulum JPG sedia ada.

Penat. Seronok. Mencabar. Belajar sesuatu yang baru. Kenal lebih ramai kawan dari Politeknik lain (sebab saya antara kalangan orang-orang yang more towards significance rather than relax, according to Mr. Ho and his spouse. TQ for the alarm.)

Dan tahun ini juga saya meraikan hari ulangtahun kelahiran di Maytower. Pesta keraian sebelum, semasa dan selepas (mesyuarat berlangsung dari 12 - 15 Julai. Dan tarikh lahir saya jatuh di antara tarikh-tarikh tersebut).

 
Pagi-pagi lagi, dalam perjalanan ke Maytower, saya terima sms dari Zanita , selamat hari lahir moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hidup lebih diberkati, menjadi pemimpin yang terhebat dari yang hebat. Berat pengharapan rakan sekerja saya ini. Berat lagi tanggungjawab saya nak merealisasikannya.


Sampai di Maytower, sarapan di restoran La Maison, Zu kata hari ni saya belanja kak niza breakfast. Tiba di bilik mesyuarat, Tuty  mendoakan saya dengan panjang lebar. Nampaknya tahun ni taklah akak celebrate dengan McD aje ye (tahun lepas saya beli ayam goreng McD dan makan di pantry saja). Siap ugut saya lagi kalau akak tak confirm request saya nak jadi friend akak dalam fb, saya takkan request sampai bila-bila. Maknanya tak nak jadi cyber friend saya la tu. To Tuty, request accepted and confirmed.

Nadiah bekas pelajar turut menghantar ucap selamat.

Petang tu, saya dan Zu merayau di Jalan TAR. Saja cuci mata. Tengok jubah, tudung. Zu kata Kak Niza pilihlah satu tudung, saya belanja. Saya balas, kak Niza tak bercadang nak beli tudung. Nak beli anak tudung aje.  Pilih-pilih anak tudung, tawar-tawar harga dengan kakak tu, alih-alih Zu kata, saya belanja Kak Niza hari ini. Nasib baik Kak Niza tak pilih nak beli jubah tadi. Kalau tidak banyak juga nak kena keluar duit tadi, kata Zu. Macam biasa adik saya yang sorang ni, kalau nak mengenakan saya, selamba rock aje. Tapi hadiah yang lebih bermakna dari Zu, knowledge sharing about softskills. Sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Maytower, Zu brainwash saya supaya tingkatkan softskills (selain dari buah betik yang dipetiknya jam 11.30 malam sebagai hadiah hari jadi!)

Balik ke rumah malam hari lahir saya, keesokannya anak saya Kak Lang menghadiahkan lollypop coklat dan Ikmal memberi bendera Malaysia sebagai hadiah hari lahir. Kata mereka ini aje yang ada jual kat bookshop yang sesuai nak jadikan hadiah untuk saya. Terima kasih nak, kerana mereka memotong duit belanja hari itu untuk belikan saya hadiah.

Habis mesyuarat, hari Jumaat saya singgah di pejabat. Terserempak Manjae di luar pintu pejabat, turut mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan saya.

Semalam Kak Yus menghadiahkan sebotol minyak kambing gurun (buat sapu-sapu badan kalau rasa nak demam katanya) dan sebuah buku doa yang dibelinya semasa program motivasi keibubapaan oleh Datuk Dr. Fadillah Kamsah. Sayang saya tidak dapat hadir.

Rupanya tak rugi kalau kita luaskan dan tambahkan emotional bank account (saya dapat istilah ni dalam kursus coaching & mentoring). Be humble, be nice, be sincere, be friendly, be caring, sharing with others. Walaupun kita tidak mengharapkan balasan dari kebaikan kita. Tetapi ganjaran datang dengan kehendakNya.

Masih lagi hari ini saya menerima titipan dari hati dari adik-adik yang pernah bersama saya di dalam Program DIN , Aya, Yan dan Ain, sepasang kain serai wangi. Tak taulah istilah ni betul ke tak. Tapi yang pasti baunya memang wangi. Harap-harap kehidupan mereka sewangi hadiah yang diberi.

Kepada semua yang masih mengingati dan mendoakan saya, terima kasih atas ingatan dan doa anda. Semoga anda juga dirahmati olehNya dalam semua aspek kehidupan, dunia dan akhirat.

Tahun ini, banyak yang terjadi pada saya, tanpa saya duga.




Anyway, HAPPY BIRTHDAY TO ME (Walaupun dah seminggu ia berlalu)

Tiada ulasan: