Jumaat, 17 Jun 2011

MAKNA SEBUAH KEJAYAAN

Minggu ini berlangsung Majlis Konvokesyen PSA kali ke 13. Selaku tenaga pengajar, sedikit sebanyak turut rasa gembira menyaksikan kegembiraan anak-anak didik, berjaya samapi ke tahap ini. Hadir bagi menerima skrol diploma dan sijil masing-masing.

Nani, berulang-alik dari JB saban minggu, setiap Jumaat dan kembali semula di sisi keluarga jam 4 pagi setiap Isnin berikutnya. Pernah sekali mengalami keguguran setibanya di Puduraya. Akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian dengan Anugerah Ketua Jabatan (the one and only in her class).

Azali, pelajar paling lama berada dalam sistem pembelajaran KSS, merentas 2 penyelaras. Kesibukan dan kekangan tugasnya membataskan dia dari mengambil kursus seperti pelajar lain. 2 penyelaras menyusun jadual mengikut ke'boleh'annya menghadiri kuliah, bagi memastikan dia berjaya menamatkan pengajian, walaupun tidak on time (better late than never!).

Baizura, juga melangkaui 2 penyelaras. Menangguhkan pengajian kerana masalah peribadi. Hampir saja menamatkan pengajian di awal musim. Mujur dapat menerima pandangan dan nasihat KJ dan penyelaras-penyelaras. Sempat melahirkan 2 cahayamata sepanjang pengajian.

Tahniah kepada semua. Moga kejayaan terus mengiringi langkah anda di setiap denyut nadi dan helaan nafas.

KSS sei Januari 2010

Anak pelajar KSS, hadir sama di hari raptai. Yang dukung tu bukan emaknya, emaknya dalam gambar di atas, depan kanan sekali, Baizura menduduki peperiksaan akhir dalam keadaan 'menunggu hari'.

Pelajar KSS dalam robe konvo. Kejayaan setelah melalui semua kepayahan.


Pelajar KSS sesi Julai 2010. Pantang nampak kamera!

Sheikh, tok imam merangkap bilal di Pusat Islam PSA! Hadir meraikan kawan-kawan. Tak datang konvo sebab simpan duit nak kahwin. Itu juga satu kejayaan!

Pelajar Integrasi DPM 6C sesi Januari 2010, bersama PA Pn. Zanita (pun tengah tunggu hari masa gambar ini diambil. Semalam selamat melahirkan bayi perempuan).
Azali dan Harnani. Pelajar KSS, Johor Bharu mari!

Zurinah & Norliza, staf BSN. Student dan lecturer yang sebaya!

Zurinah hamil anak ke lima. Katanya segan nak jumpa saya masa raptai, nanti Puan mesti kata 'O dan-dan habis belajar, terus pregnant'. Sebab saya selalu ingatkan pelajar KSS supaya merancang keluarga, agar tak bertembung hari bersalin dengan final exam.

Siti Surayyah dan Farah, pelajar cemerlang SPP. Tahniah !

Ler Mun Yik, pelajar DPM graduan cemerlang JPG sesi Januari 2010 bersama ibunya. Tahniah!

Tawfiq, anak murid saya, anak kepada jiran dan kawan baik, Kak Shima, saya semasa saya belajar di UKM. Darinya saya belajar makan sambal kicap orang Batu Pahat.

Panglima Hang Berenam dari Melaka. Tak berpisah sejak zaman Sijil di Poli Kota Melaka, sampailah datang konvokesyen. Duduk sederet aje dalam dewan.

TAHNIAH !!!!


Tiada ulasan: