Jumaat, 17 Jun 2011

TANGAN YANG MEMBERI

 

Majlis konvo JPG tahun ni jatuh pada 15 Jun 2011. Macam tahun lepas, peranan saya pada hari kejadian - duduk di pentas bersama VIP lain. Menyaksikan graduan menerima skrol diploma dan sijil mereka.

Penat juga duduk saja-saja, tak buat apa-apa. Boleh sembang ajelah dengan kawan yang duduk sebelah menyebelah. Kebetulan tahun ni, 'jiran' di kedua-dua belah saya pertama kali berada di pentas. Tahun lepas mereka berada di luar kawasan atas sebab tugas rasmi.

So, isi sembang saya lebih kepada senario majlis tahun lepas. Wak, panggilan santai kami kepada seorang staf, dulu berkhidmat bersama-sama di JPG. Kini dah naik pangkat, dan dah tentu tambah tanggungjawab.
Tengah sembang-sembang, bila pembaca nama sebut nama seorang graduan DPI, Insyirah, spontan Wak selak buku cenderamata.

Haniza ingat tak satu kes kemalangan, kereta dengan treler di Lebuhraya Persekutuan 2, 3 tahun lepas. Sepasang suami isteri dengan anaknya dari Gombak hendak berbelanja untuk persiapan raya di Mydin Subang Jaya. masuk surat khabar berita tu. Wak tanya saya.

Ingat. Semua mangsa meninggal kan? saya soal wak balik.

Ha'ah. Dan mangsa tu adalah ibubapa kepada Insyirah ni. Student kita. Katanya lagi.

Ya ke. Saya tak tau pulak. Tapi masa raptai semalam, KJ ada tanya graduan, ada sesiapa tak yang tak bawa tetamu masuk dewan. Dan ada seorang graduan perempuan angkat tangan. Agaknya dialah tu.

Tu lah. Masa kejadian tu, disiarkan di TV sesiapa yang nak menderma boleh kreditkan ke akaun Maybank anaknya. Saya sedekahlah juga. Tak banyak pun.

Bukan isu tunjuk riak, atau sedekah tak banyak yang dibicarakan oleh Wak yang menarik minat saya. Wak kata dia simpan nombor akaun budak tu sebagai favourite dalam maybank2u dia. Bila-bila ada duit lebih dari gajinya setiap bulan, dia akan transfer ke akaun tersebut.

Saya terdiam, sambil mencongak dah berapa lama Wak kreditkan duit ke akaun anak yatim piatu ini, tanpa dia sendiri mengetahui siapa yang bersedekah dengannya. Besar ganjaran menanti Wak. Mudah-mudahan Allah merahmati dan memberkatinya sekeluarga. Amin.





Tiada ulasan: