Jumaat, 10 Jun 2011

DIA

Kali pertama saya bertemu dengannya pada tahun 1998. Waktu saya menjalani latihan mengajar di Politeknik Shah Alam. Dia peramah. Suka ketawa.

Bila saya dihantar bertugas ke PSA, kami berjumpa kembali. Dia masih orang yang sama. Selalu menghargai orang lain. Yang buat saya jadi akrab dengannya bila dia dilantik sebagai Ketua Kursus DIN. Dia jadi bos saya.

Boleh kata tiap hari saya akan singgah di mejanya. Dan dia akan pelawa saya makan bekalan yang dibuat oleh emaknya. Macam mana Kak Zie nak diet, mak Kak Zie tiap-tiap hari masakkan bekalan untuk Kak Zie. Itu komennya bila kami nasihatkan dia suruh jaga pemakanan, sebab dia ada penyakit darah tinggi.

Kami bersama memimpin pelajar DIN. Dia seorang yang sangat mobile. Kami bersama mengiringi pelajar DIN dalam Program Komuniti bersama pelajar orang asli di Tapah. Rasanya dalam tahun 2000. Selesai program, kami bersama mandi di hutan lipur Lata Kinjang. Idea dialah tu suruh saya buat proposal lawatan pelajar dekat-dekat dengan tempat rekreasi. Dia yang lebih enjoy, siap duduk atas batu besar, syampu rambut dan terjerit-jerit dengan pelajar.

Saya tak dapat meneka bila dia ada masalah. Sebab, wajahnya tak pernah menunjukkan yang dia menghadapi masalah. Satu pagi, kami bersarapan di pantry. Kak Zie, minta maaf kalau saya tersalah cakap. Saya kagum dengan ketabahan Kak Zie, melalui long distance marriage. How do you survive?

Dia pandang muka saya. Kak Zie ok aje. Babu selalu balik. Kak Zie tak sunyi. Mak, nenek, anak-anak saudara Kak Zie ada. Perbualan kami habis di situ.

Kemudian kami dikejutkan dengan berita dia berkahwin. Mula-mula tu dengar rumors dari kawan-kawan. At last, dia tunjukkan gambar-gambar perkahwinannya. Cantik, sebab dia memang cantik. Yang mengejutkan kami, tiada siapa tahu dia bercerai. Tambah mengejutkan saya, bila Kak Zie kata, ni semua sebab Haniza Baharom.

Saya tak tahu hujung pangkal. Kak Zie bagitahu saya, the day saya tanya soalan cepumas di pantry dulu, on the way back ke rumah selepas waktu kerja, Kak Zie menangis sepanjang jalan. Memikirkan soalan saya. Saya minta maaf banyak-banyak kat dia. Saya rasa bersalah sangat dengan 'keceluparan' soalan saya.

Tapi macam biasa, Kak Zie adalah kak Zie. Dia gelak aje, sambil mukanya blushing diusik kawan-kawan bila tengok gambar dia beraksi di atas pelamin. Saya yang senak perut. Saya cari ruang bertanya dengannya secara peribadi. Betulkah soalan saya yang menyebabkan dia membuat keputusan yang besar macam tu. At last, Kak Zie declared, sebenarnya dah lama suaminya minta dia memikirkan perkara yang saya bangkitkan. Cuma Kak Zie saja yang tak nak fikir. Let it goes with the flow.

Kak Zie bagitahu Babu pasal hang tanya soalan tu kat Kak Zie. Babu kata, she is right. No woman would stand long in our situation. And she thanked me for that question.

Hari ini, balik dari bercuti selama 4 hari, pagi-pagi lagi sepejabat dikejutkan dengan berita pemergiannya yang abadi. Kak Zie, walaupun dia dah bertukar ke tempat lain, she's still in our heart. Kini, tiada lagi suara manja Kak Zie memanggil nama penuh saya bila kami berjumpa di mana-mana mesyuarat. Kak Zie akan dirindui oleh ramai orang yang pernah mengenalinya.

Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang dikasihi. Amin.

Tiada ulasan: