Jumaat, 14 Oktober 2011

TAK PASTI

2,3 hari ni rasa serba tak kena aje kat ofis.

Nak kata tak ada kerja, banyak yang menunggu. Masuk ofis aje, atas meja bertimbun dengan kertas-PB1 yang perlu disemak dan ditandatangan. Belum lagi nak pastikan seminar yang dirancang berlangsung dengan jayanya.

Satu dah selesai. Alhamdulillah, tidak menghampakan. Hari ni, satu lagi seminar akan berlangsung. Minggu depan yang terakhir. Harap-harap semua yang terlibat mendapat manafaat darinya. Pun perlu rancang satu lagi program/kursus untuk staf.

Dah masuk minggu ke 13 kuliah. Celam-celum tinggal 2 minggu lagi sebelum final exam, tak termasuk minggu 'kecederaan' dan study week. Rasa nak terkehel segala sendi, nak mengejar apa yang tertinggal.

Bila hati rasa gundah, Manjae jadi mangsa, kena kacau. Semalam dia terpaksa mendengar keluhan saya. Fikiran pun macam kosong aje. Kaki bagai tak berpijak kukuh di bumi. Entahlah apa yang mengganggu sebenarnya.

Banyak yang terbuku di hati, terkekang di minda. Ada yang telah terluah, tak kurang yang masih tersisa. Mencari ruang dan masa untuk menelusuri permasalahannya. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Pun tak pasti apa yang menunggu di hujung waktu.

Tiada ulasan: