Jumaat, 29 Julai 2011

MAAF


MAAF, sesingkat ejaan, seringan sebutan.

MAAF diucap tatkala berusaha menghilang marah di jiwa, memadam palit hitam di sanubari, mengusir cuak di muka si mangsa.

MAAF. Mudahkah kita menerima dan memberinya?

MAAF. Jujurkah kita memohon dan menerimanya?

MAAF. Adakalanya tak serap di minda, tak utuh di jiwa, tak suci di hati tatkala tangan berjabat, mulut menyebut - SAYA MAAFKAN.

MeMAAFkan : tinggi benarkah nilainya, mahal benarkah harganya - hingga sukar kita memberi?


Selagi kita tidak belajar dan bersedia untuk meMAAFkan, hidup kita akan dihantui dengan rasa amarah, benci, dendam. Sinar muka merefleksi rasa cuak, menyampah dan menabiri ceria.





Bagi si pesalah, memohon MAAF mudah baginya, semudah ia mengandaikan permohonannya diterima dengan senang hati oleh si mangsa.

Namun bagi si mangsa, beban perasaan akan terusan menyaluti kehidupan andai ia tidak belajar dan bersedia untuk meMAAFkan.


MAAFkanlah - kerana memaafkan tidak bermakna kita merelakan segala perlakuan dan tindakan yang salah.

MAAFkanlah - kerana memaafkan tidak bermaksud kita bersedia menerima si dia kembali dalam hidup kita.

MAAFkanlah - untuk diri anda, untuk diri kita sendiri.

Untuk hidup yang lebih berbahagia. MAAFkanlah. Kerana meMAAFkan membawa erti yang lebih besar untuk hati dan jiwa kita.

MAAFkanlah untuk MELEPASKAN HARAPAN BAHAWA MUNGKIN MASA SILAM YANG TELAH BERLALU AKAN BERBEZA.

Kerana meMAAFkan akan mengusir anganan KALAU dari kotak minda. Selagi KALAU menjadi mainan jiwa, kita akan terus membelenggu HARAPAN untuk masa silam yang telah berlalu.




Saya MAAFkan semua dan juga memaafkan diri saya.
Selamat datang Ramadhan.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Tiada ulasan: