Rabu, 18 September 2019

Terakhir Kali

Sungguh. Benar.
Alhamdulillah
Allah swt beri saya peluang duduk berjaga semalaman, bercakap dgn arwah mak sejak dibawa keluar dr emergency room hingga ke helaan nafasnya yg terakhir.

Walau mak tak bersuara, kerdip matanya, linangan airmatanya tiap kali saya bisikkan al-Fatihah adalah kenangan yang tak mungkin dilupakan.

Saat saya sapukan air dibibirnya dan melihat mak menjilatnya~ Allahuakbar. Rasa pecah dada saya.

Kering airmata mak bagai kristal saat saya minta mak bertahan dan berbisik di telinganya ~ chik dah nak sampai. Mak tunggu adik ye. Jantung saya bagai dipalu. Kerana saya tau janjiNya tidakkan tercepat maupun terlewat.

Tiap titis airmata saya membacakan surah Yaasin takkan dapat menyamai titis airmata mak melahirkan membesarkan saya.

Allah swt beri saya peluang memandikan mak. Mensucikan mak. Mewudukkan mak. Untuk kali terakhir.

Waktu jenazah mak tiba di rumah untuk persinggahan kali terakhir, saya tak lepas menatap wajah mak. Dihujung kepalanya. Kerna selepas itu saya tau saya hanya akan dapat menatap gambarnya sahaja.

Alhamdulillah anak2 lelaki mak mengusung jenazahnya ke kubur. Menyambut jenazahnya di liang lahad. Membuka ikatan kafannya. Mengiringkan mak ke arah kiblat. Dan menyempurnakan pengkebumiannya.

Sungguh. Ingatan itu takkan pernah luput.
Sungguh. Rindu ini takkan pernah pudar. Apalagi terpadam.

Saya rindu mak. Serindu-rindunya.
Al-fatihah untuk mak, Allahyarhamah Saidah bt Buyong.
12/7/16

Tiada ulasan: